NuffNANG

Friday, June 18, 2010

Kepuasan Hati Seorang Tukang Masak

Tak semua orang mempunyai skill yang bagus dalam memasak. Ada yang cuma pakar dalam masakkan tertentu....ada yang hanya boleh memasak untuk jumlah yang kecil..bila dalam jumlah yang banyak terus gagal..mungkin ada yang kurang masinlah..manis sangat la..cair la.
Tak kurang jugak yang memang seorang pakar seperti ini, ini dan ini ....setiap buat percubaan kedua atau ketiga baru menjadi. Ada juga yang memasak sekadar melepaskan batuk ditangga..masak tapi tak ada rasa rasa langsung..oh kecewa tau seolah masakan itu tidak bernyawa..hambar.. manis tidak, masin tidak, lemak tidak..masam tidak.
Ada juga masakan yang indah rupa dari rasa..ah ini memang sangat-sangat mengecewakan.. look nice look delicious buat the taste..langsung tak ada. Itu semua adalah pandangan dari seorang pengkritik makanan seperti saya..ekeke.

Kalau dari segi tukang masaknya..apa yang paling menjadi kepuasan bilamana masakan yang dimasak dipuji-puji..oh pujian sahaja tak cukup..paling puas lagi jika masakan yang dihidang licin dimakan dan siap ada permintaan siaran ulangan lagi.

Pujian yang bagus inilah yang semakin mendorong untuk si tukang masak untuk mempamerkan lagi pelbagai masakan.

6 comments:

lemongrass said...

Uish, I bukan pakar sama taraf mcm mamafami sbb most of my food semua jenis sempoi2 giler and jenis cepat nak masak and ulang2, hehehehe....
But thanks anyway for thinking that I can cook :-D.

mak encik | SZ said...

sangat setuju ngan point utama, semua masakan habis licin tu! semangat nk masak lg lenkali! :)

TopsyTurvyMum said...

sama la..mak ni main ikut resepi jer..takde la pandai2 nak reka resepi sendiri:) kdg2 je ubah ikut selera..
mmg betul..paling puas bila licin! tak yah cakap sedap pun takper:D

IntanSham said...

setuju sangat...bila tengok mknn abis licin, senyum senang laa si tukang msk...:)

lady lavender said...

sah2 I tergolong dlm category yg tak pandai masak dlm jumlah kuantiti yg byk..biasa masak untuk mkn 4 mulut saje heehh..

Sally said...

LG..yang sempoi tu best..tengok gambar jer dah boleh bagi inspirasi pada saya ytg tengah merangkak ni..

Sz.
bila licin tu rasa berbaloi kan!

TTM..
selalunya si tukang tiru lg berjaya dari org yg ditiru..

Cikgu Intan..gembira tak terkata bila licin kan!..siap tido pun leh planning nak masak apa pulak esok!ekekke..

LL,
hah samalah kita..u kira lebih sikit kot sebab 4..hehhe..saya bila balik rumah mertua naik risau kalo nak masak..almaklum family suami ramai...nak pulak masak bukan kat dapur sendiri..gelabah sangat..cara senang I ambil alternative lain dgn jadi tukang cuci pinggan mangkuk jer..ekekke