NuffNANG

Tuesday, June 1, 2010

Tiada lagi not 10x1 ker??

dalam erti kata lain bila ada kenduri kendara sekarang ni jarang dah orang nak bagi RM10 kan!.. Paling tidak RM10 tu didarab 2..itu paling sikit. Adakalanya ianya bergantung pada lokasi kenduri..

Sewaktu kecil-kecil dulu..mungkin sewaktu usia 7 atau 8 tahun..pernah suatu ketika saya mengikuti nenek yang saya panggil Mek...sebelah ibu saya menghadiri kenduri. Yang saya ingat hanyalah bekas periuk kunci(bekas silver sebesar periuk masak yang berdiameter 10-12cm..bersambung dengan penutup yang boleh dikunci..kalau tak sila saya kami panggil benda tu puyuk koci..agaknya kerana boleh dikunci barangkali..oh bukan kuih koci Labu yg dibuat dek ibu Cikgu Intan ya! ).yang sering dibawa dek mek ketika menghadiri kenduri kahwin atau sebarang kenduri. Kebiasaannya Mek akan mengisi bekas tersebut dengan beras barang secupak. Lepas diisi beras Mek akan kunci dengan selak yang di perbuat dari kertas suratkhabar yang digulung dan diselit antara pengunci. Seingat saya beras sahajalah yang akan dibawa oleh Mek untuk hadiri kenduri tu.

..inilah bekas yang dikatakan itu..gambar ni bagi kredit kat blog Blue Riders Bukan Mek sahaja yang bawa bekas begitu, majoriti kaum wanita yang lain akan bawa bekas tu(kalau sekarang sudah dikira antik gamaknya). Adakala secupak beras yang dibawa tapi kenduri dihadiri bukan oleh satu individu..ada yang siap bawa lima orang sekali.

Sedikit demi sedikit perubahan berlaku..dari beras bertukar ke susu tin cap junjung ataupun gula dan seterusnya ke wang kertas serinngit.. jika yang org kaya RM3 masa tu sudah dikira besar.. sudah boleh dikatakan dilabelkan dengan gelaran "Orang kaya" gitu. Ajakan pemberian wang akhirnya dinaik taraf dari RM3 ker RM5...ke RM10 dan sekarang kalau ke rumah kenduri dan segan nak hulur RM10.. paling-paling tidak not RM10x2 diletakkan dalam sampul angpow raya(tak kira raya cina ker aidilfitri ker depavalli ker)asalkan bersampul.

Bila diterima tuan rumah, pastinya ada yang diingat berapa yang telah dihulurkan dek kenalannya. Pun begitu jangan terkejut kalau ada yang menghulur sampul kosong saja tau!..ish buat malu jer kan!..tak kurang masih ada yang hanya menyisipkan not RM1x2. Kalau dikampung2 mungkin itupun nunnnnnnnn jauh dari bandar.

Disebabkan inilah mungkin ada yang berkenduri tapi ramai jugak yang mengeluh sebab tak balik modal. Ini tentang kampung saya la..mungkin ditempat anda mahupun bandar sudah pasti ada bezanya.
Oh kami baru sahaja mengumpul duit untuk kenduri rakan lama yang telah lebih 22 tahun tidak bertemu dan pastinya bukan not sepuluh yang dikumpul..ahak! bersedialah sebab cuti sekolah sudah bermula...sedikit sebanyak tabung kena korek jugak buat hadiri kenduri kan!..itupun belum yang dikira kos perjalanan dan sebagainya..aduhai!!

4 comments:

mak encik | SZ said...

ahahaha..sangat betul kak...apatah lagi kenalan rapat mahunya kena sedia duit kaler lain...kawan2 plak bukan dok dekat2..seluruh pelusuk negara (mungkin smpi negara lain)

Sally said...

Sz..
apasal la duit ni byk kaler sgt kan!!..satu kaler cukuplah..walaupun different nombor..ekekk saja bagi rog keliru...

IntanSham said...

btol...btoll.. tu zmn skrg kann.. agaknya zmn akan dtg cemana pulak ler..

Sally said...

Cikgu Intan..jom kita pakat bawa beras lak..back to basic..