NuffNANG

Monday, December 31, 2012

Part II: Dari Shah Alam to Tanjung Piai meleret ke Kuantan

Korang nak cakap apa..nak komen apa lantaklah..janji aku nak cerita details pasal trip kali ni..ok..aku sambung gini..Selepas sahaja acara senguk-sengukkan dalam kereta..akhirnya kami tiba disebuah petrol pum..yang aku lupa nak check kat mana, kat sini aku argue skit dengan en.suami..aku cakap kami dah sampai ke Pontian kecil rupanya..baru kat area jalan Batu Pahat..berapa banyak kampong –kampung kecil aku tak sedar..sebak lebih banyka tersenguk dari terjaga kan..eleh..baru kali ni pun en.suami drive sorang-sorang biasa dia yang lagi banyak membuta dari aku...dah sampai petrol pump petronas ni aku dah terkepit-kepit lari ke toilet...langsung tak fikir lain dah..walaupun time tu dah jam 3 pagi. Asyraf aku dah letak seat tengah. Nasib baik toilet dia cantik dan bersih..lega..kalau tak mahu aku terkepit lagi sampai Pontian kot..hehhe. Bila balik semula ke kereta Sara dah jaga...en.suami dah selamba pergi belakang sekali tidur..emm walaupun aku dah rasa segar sikit tapi tak ada maknanya kau nak gilir drive..sambung tidur adalah lebih afdal sementara tunggu subuh. Jam 6.15 aku yang tidur-tidur ayam dah kejut semua orang untuk bangun dan solat subuh. Ingat nak terus mandi tapi masing2 masih kesejukkan..Asyraf pun masih tidur..jadi lepas solat subuh terus gerak menuju ke Pontian. Dah Nampak cahaya dah sikit..kami singgah sarapan. Semua orang makan roti canai kecuali akulah..aku makan nasi lemak..jalan-jalan jauh gini risau betul aku takut kelaparan. Aku geng dengan Asyraf..dia pun ikut maknya ni..makan nasi lemak..boleh tahan jugak.sikecil ni makan..nampak je badan kecik tapi makan kuat jugak... Lepas makan kami teruskan perjalanan..dan berhenti kat kampung nelayan ni dalam Daerah Pontian..sebab nampak view macam sangatlah menarik jadi kami decide nak tengok..masing2 dengan nawaitu sendiri..Asyraf aku tak pasti. Aku: nak ambik gambar yang view menarik jer En. Suami: skodeng port yang boleh memancing Sara: boleh mandi pantai ke ni.. ok korang tengok gambar ni nawaitu sapa yang terlaksana tu:
dah jenuh ambik gambar-gambar kat sini terus memecut pergi Tanjung Piai..eee. tak sabar-sabar-sabar..walaupun terlajak skit ke Kukup sebab aku yang mati-matian arahkan en.suami ikut arah situ..jenuh la aku kena perli sebab Kukup tu tempat jeti nak ke Indonesia je..ampun pak!!.
Dah nak sampai TP..eee tak sabar, tak sabar...eh.ada gaya Lisa Suriahani tak?..korang dah tengok Istanbul aku datang?...Part II..TP..aku datang!!

Part I: Dari Shah Alam to Tanjung Piai meleret ke Kuantan

Punyalah jauh kami travel kali ni, Nasib baik la tak bawa rombongan cik kiah sekali, kalau tak mahunya kena mak hamun dek kepenatan dan rimas. Kali nit n director aka en.suami ajak aku jalan-jalan menyusuri tepian pantai..oh ini bukan jalan-jalan cari makan ye..lebih kepada jalan-jalan cari penat je..oleh itu tiada gambar makanan ikan bakar famos ke, mee udang ke..mee bandung ke..semua tarak..makan bagi kenyang je kekdahnya. Mula perjalanan dari Sungai Buloh lepas hujan reda dan solat isyak, singgah makan di Sri Muda, seksyen 27 sebab en.suami pergi hantar surat ponteng kerja..aku biasalah makan dengan lahap dan kenyang, tak cukup tu aku tapaukan lagi bun roti gardenia takut anak-anak kelaparan tengah malam buta, mana nak cekau kan..walaupun sebenarnya lebih kepada perut aku sendiri..takut kelaparan. Dari Sri Muda Shah Alam..kami ambik highway je..dan keluar ikut Ayer Keroh, Melaka walaupun rancangan awal nak keluar ke Muar terus. Emm awal-awal lagi nampak plan kucar kacir sikit..sikit je..hehhe. Pusing-pusing di Melaka di tengah malam dalam jam 1 pagi adalah tidak seronok..nothing. Akhirnya aku sound en.suami dari dok perabis minyak pusing Melaka tu baik teruskan perjalanan ke Muar ikut Merlimau..dah rasa mata tak boleh tahan lagi lepaklah mana-mana petrol pump untuk tidur. Sara awal-awal lagi dah punch card kat belakang sekali,langsung tak sedar yang kami dah singgah Melaka sekejap. Asyraf pula layan tidur juga sambil mulut tak lepas dari menenen je kerjanya. Layan jer la janji dia tak meronta dan melalak tengah-tengah malam..maklum la tengah-tengah malam buta kan. Aku laya tidur sambil tersenguk-senguk. En.suami mmg rimas tgk aku tidur cam gitu..dia yag terseksa katanya.. jadinya aku tak tidur sangat sebab dok dengar dia bebel suruh aku terlentangkan seat kereta tak pun pergi tidur kat seat bahagian tengah. Bila aku pejam jer dia kejut suruh tidur dengan sopan sikit katanya..hhaha lantaklah..janji aku memang lena bila tidur macam tu..terror kan aku..tidur sambil duduk dan meriba Asyraf..siap nenen lagi..terror la sangat ..ekkeke. Ok no photo yet sebab tengah malam..nak ambik gambar pun mood tak ada lagi..nak focus tang mana pun malas...sementelah aku belum masukkan memori kad lagi dalam kamera.. sambung part II..lak..sebab aku nak habiskan order yang masuk bagi tahun 2012..eh..esok dah tahun baru kan..

Monday, December 24, 2012

bertambah sengal

kepala otak aku hari ni, payah betul bila dah install Bitdender ni, banyak blog kegemaran tak boleh tak masuk..semua kena blog. Asalnya blog snediri pun x boleh buka jugak..puas aku godek-godek sana sini boleh..tapi sayangnya bila nak log masuk blog2 lain lagi sekali hampeh..tak dapat..aku cuba praktikkan cara yang sama tapi x dapat jugak..aku dapat baca blog kengkawan pun dari handphone aja..nak ngomen balas dendam ke tak dapat la..tu pun sakit mata aku dok ngadap skrin nan kecik tu..hadoii..
Saja je aku tayang gambar ikan patin masak tempoyak ni..aku tak makan pun..aku tayang sebab ada kaitan dengan waktu tengahari je..ekkek..

Salam hari Isnin..

Sengal je kerja hari ni..ikut hati rasa nak memonteng je hari ni..teringat janji-janji manis dengan client trus lompat bangun, elok habis solat subuh..Asyraf meraung..aku rasa gusar sikit pasal Asyraf hari ni, teruna aku ni dari pagi semalam aku tengok ada bintik kecil dibadannya terutama kat dada dan ketiak. 2 hari lepas dia demam tapi hari semalam aku tengok ok je..tak ada pulak demam. Aku Tanya jiran sebelah katanya mungkin Asyraf kena demam campak kecik!..Demam campak kecik ..emm rasanya kalau kat kampong aku dulu kami panggil biji rambai..aku agakla...istilah tak sama tapi nama penyakit yang sama. Aku kadang konpius..bab demam demam gini..ada panggil chicken pox..ada panggil bertih, ada panggil cacar..tahlah..harap-harap demamnya tak berlarutan sebab kami cadang Jumaat ni nak gambling berjimba ke Johor. Ni pertama kali nak jejak Johor..umur dah nak cecah 40 tahun dah..kat Malaysia ni..ini baru kali pertama nak jejak..so orang Johor nanti kan kemunculan orang pantai timur ya..eh..apa yang best kat Johor erkk?
(Gambar tiada kaitan langsung dgn yang hidup ataupun yang mati)

Friday, December 21, 2012

Roti Jala

ni aku buat dah lama..dah pun jadi baja,sebelum gambar ni hilang baik aku update kat blog kan.. ni resepi aku guna yang letak susu punya..ambik kat myresepi..sebelum memori hilang aku copy paste kat sini buat rujukan diri sendiri..lain kali cuba try resepi lain pulak.. Bahan-bahan ( 3 orang ) •3 cawan tepung gandum •2 1/2 camb minyak masak •1 camt garam •sedikit pewarna kuning •1 biji telur •2 1/2 cawan air/santan/ susu segar Cara-cara 1.Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. 2.Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. 3.Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. 4.Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah. Gambar tak semengah ni cuma boleh buat dgn hanphone korok je...

Wednesday, December 19, 2012

Baru je..

nak hangatkan balik blog..tup tup lappy pulak buat hal..jenuh la nak nak fix kan balik..sebab dah lamatak bersiaran maka nak jamu mata korang dengan pavlova ni. Ni gambar via handphone korok je..gambar yang buat air liur korang menitis tak henti-henti..kononnya la kan..tak boleh tayang..buat simpanan pribadi je la..bila musim dah berakhir baru buat tayangan amal kan..hehhe..bukan apa takut nanti habis pulak tisu rumah korang dok buat lap air liur tu. Orang lain dah jenuh buat ni cik pavlova ni..akak pun tak mahu kalah dik..nak-nak pulak tengok ex gf cik suami dok tayang pavlova dia kat FB..akak pun boleh dikkkkk...hehhe..Saja je tak mahu tayang awal-awal..heroin kan tak kecoh. Pavlova ni oklah senang je nak buatnya. Aku tak buat manis sangat,sedang-sedang je...kang tak pasal kena kerat pulak kan...layan le dulu mata korang..hehe..ni je buah yang ada untuk buat pavlova kali ni...kiwi gold tu actually tak berapa nak masuk dengan rasa manis tu..lagi best guna kiwi ijau kan..apa-apa pun layannnnnnnnnnnn

Monday, November 26, 2012

Rasa macam nak lempang

pipi sendiri berkali-kali sebab asyik dok berdenyut sakit gigi..tetiba je pagi noi boleh sakit balik gigi yang berlubang ituhari..gamaknya tampalan sementara tu dah tanggal kot..err tak boleh dah nak update banyak-banyak walaupun rasa nak bebel sakan..plus minus nak pack balik rumah dah..dah nampak muka anak bujang dok melambai-lambai nak nenen la tu kekdahnya..
Gambar tak ada kaitan dengan kes sakit gigi..huhuh..

Thursday, November 22, 2012

Moody pulak...

aku hari ni..tak pasal..aku sendiri tak tahu..apasal..pagi2 dah aku mengamuk pasal kerja..pastu tak pasal ada sorang sangap kat opis aku ni kena marah dek tanya pasal appraisal aku..tengokkk nampak..sangat aku tengah marah kan!..tulis pun tak ada dah nak bersaya-maya..mulai hari ni aku ndak delete la saya tu..aku macam sopan sangat bila bersaya-saya ni..muahhahahha..gelak jahat gitu..aku ni kan kadang balik kerja nak mengamuk je..tapi bila tengok muka anak-anak terus tak jadi nak marah..kadang rasa nak merajuk dengan en.suami..tup-tup bila main-main dengan anak-anak terus dah lupa yang aku nak merajuk+ marah bagai..nak-nak pula bila muka siensem ni sengih2 je bila tiap kali ambik dia petang-petang. Walaupun kadang-kadang aku hangin jugak dengan dia ni..tiap kali kedapur dialah yang nyempit sama..dialah yang dok bergayut kat kain bila time nak masak..bila aku ngendeng sambil potong bawang ke apa ke..dia siap hulur jari kecik dia sekali..rimas btul aku..kadang bila nmpk en.suami lalu kat dapur tu saja je aku buat macam susah sangat bila si Acap ni dok kat dapur jugak..korang tengok la betapa rajinnya anak bujang aku ni..yang si kakak lak..dok tonggang tungging tengok TV..tak adanya nak nolong aku langsung..dia time aku tak ada kat rumah rajin la pulak masak sendiri..nak harap tolong aku..kirim salam jer la....

Wednesday, November 21, 2012

Puding Jagung

Tenggelam timbul kan!..kejap ada kejap senyap. Tengah struggle macam mana nak arrange or manage masa untuk berblog..hhaha..kadang terfikir baik saya lipat kain baju yang mengunung dari menghapdet blog...ekekeke..sibuk macamana pun kalau dah ada niat nak makan saya usahakan juga..even terpaksa bangun pag-pagi buta untuk sediakan..apa pun demi makanan I rela you..nampak sangat jenis kaki makan kan!. Orang lain tengah gila mengcrepe kan durian la ni tapi saya pula dok gila pulun makan puding jagung ni..ni gara-gara jiran sebelah nun(jiran yang beselang sikit jarak rumahnya) hulurkan puding masa puasa ituhari..wah biasanya saya tak berapa gemar puding jagung..tapi ternyata..eceh..waktu itu puding jagung beliau telah mampu mengatasi rasa ego saya..sumpah saya tak pernah beli seketul pun puding jagung bila shopping kuih muih bagai..sebabnya puding jagung adalah kuih yang membantutkan selera saya untuk kuih kuih seangkatan dengannya...sejak itu saya seakan ketagih nak makan lagi...Sewaktu makan-makan dirumah mak saya tempohari hari tu dengan tak khatamnya saya cuba berpuding..kononnya kalau jadi pun tak la saya sorang yang akan hadap puding tu kan..search resepi sana sini akhirnya jumpa yang sangat sedap..tapi sebab nak rush pergi rumah mak saya tak habis khatam baca semua komen-komen dan tunjuk ajar..akhirnya puding yang saya buat tak menjadi..rasa memang tetap mabeles..walaupun agak lembik..memang tak angkat untuk tetamu la..sendiri ngap..lemak berkrim..walaupun tak jadi tapi ada gak yang sudi menghabiskan puding tu..sungguh tak puashati saya cuba lagi sabtu lepas..tunggu Asyraf tidur tup-tup terjaga semula lepas menenenkan Asyraf dalam jam 4 pagi terus bangun dengan bersemangat gila nak buat..cun la sangat time tu sebab tak ada yang bergayut kat kaki saya time nak kacau puding tu.. Saya updatekan resepi puding jagung mabeles tu untuk ingatan saya sendiri dimasa depan. Puding Jagung Lemak Bekrim disukai ramai(yg ni saya jer yg cakap..hheh) 1 cawan jagung 3 cawan air 1 1/2 cawan susu sejat 1 cawan tepung kastard 1 sudu besar/makan planta/butter. 1 cawan gula Cara-caranya: Masuk semua bahan dalam kuali..(sy guna kuali sebab senang nak kacau puding tu)..kacaulah sampai likat dan berkilat..angkat dan sejukkan ..(tak sempat sejuk lagi sy dah ngap..sedap makan time suam-suam tu.
Tapi puding ni kena kutuyk jugak dgn en.suami..katanya puding sy buat mengerutu..tak cun..memang la tak cun sy tak guna jagung cream tu guna yang berbiji sebab sy buat ikut tekak saya yang bsuka rasa crunchy jagung tu..emm nmpk gayanya lenkali sy kena buat guna jagung cream jugalah adanya sebab Aysraf dengan Sarah dok tibai makan kastardnya aja..tak suka rasa jagung tu..

Thursday, November 1, 2012

Abang Jen dah kawen...

cepatjugak process meminang pastu terus kawen saja sehari sebelum raya haji minggu lepas..kawen dengan janda je pun, walaupun dah janda tapi bagi aku isteri abang Jen cantik, kulit luar dan dalam asian punya kulit walaupun dia berasal dari negara matahari terbit..pestime tengok pun en.suami yang jatuh cinta..tengok jugak janda-janda lain sampai ke Seremban pergi merisik tapi sebab hati dah tertawan dek kecantikkan janda bergetah ni maka, cepat-cepat propose bincang dengan encik suami untuk pergi meminang cik Janda ni..yer la janda jer la yang mampu nak kami kawenkan dengan Abang Jen pun..tu pun nasib baik Abang Jen tak merajuk..sebab kami suami isteri sayang nak lepas terus Abang Jen…dari biar lepas terus en.suami sanggup keluarkan duit simpanan dia untuk buat pinangan bagi pihak Abang Jen. Sabtu ni minta mak dan ayah saya datang bagi restu sikit kat menantu baru tu..bagi berkat kata orang...lepas dah bagi restu nanti boleh la nak bagi canang sikit-sikit nama isteri Abang Jen...tunggu je la.

Orange Fruit Jelly

..ni kali kedua buat, kali pertama test buat trus serve tak sempat nak ngap sendiri cuma dapat feedback dari mereka-mereka yang merasainya aja..semalam buat lagi pun sempat ngap ciput sangat sebab buat untuk kakak berpotluck diopisnya. buat 10 biji limau..sumpah manis betul limau tu..emm rasa macam tak puas makan la pulak..mungkin lenkali boleh buat lagi.. ngam2 je 10grm serbuk agar2 tu dengan limau ni..nasib dapat jumpa limau yang dijual agak murah..13 biji RM5 je..kulit agak tebal cantik la kalau nak korek2 kluar isinya tu...nasib baik senang bangat buatnya..main campak2 je..sambil ngendeng anak teruna kat sebelah..Oh ya. anak teruna baru dapat menapak sendiri..seronok tengok dia bertatih..walaupun dikira agak lewat jugak dah masuk 14 bulan baru boleh berjalan.

Tuesday, October 30, 2012

Banyak xtvt

kegemaran saya yang dah dipinggirkan. Saya tak lagi mengengdeng cik kamera kesana sini..dari situ mood memasak dan berphoto bagai senyap. Masak tetap masak tapi nak setting mengambil gambar makanan dah tak sempat. Anak teruna saya tu asyik berkepit memanjang. Waima mahu ke toilet pun meraung sakan dah ngalahkan cerita batu belah batu bertangkup dah..agaknya dia nampak pintu toilet tu macam gua kot..untuk tak melihat blog saya tanpa hiasan..kali ni saya pamerkan sebiji kek yang jenuh saya nak melepa sebab dah lama tak buat..kali ni cik kamera nikon saya tak tolong capturekan cuma pakai cik samsung yang kadang-kadang gambarnya tak berapa nak jadi sangat..oh tak kisahlah kan janji blog ni ada unsur kaler of ranggoli skit..lagipun deepavali coming soon kan!..ahah!..

Friday, October 19, 2012

Kekok pula...

rasanya nak menulis N3 kali ni, mungkin sebab lama sangat tinggalkan rumah kan!..dah janggal pula rasanya. nak mula menyapu pun tak tahu nak mula dari hujung mana dah..sibuk sangat la kononnya kan...hhuhu..emm maybe sibuk dengan sibujang kecik saya yang lebih kot..emm lainkalilah saya menyapu sawang ni..biar sibujang jadi tontonan kali ni ok tak?

Monday, May 21, 2012

Kembali ke tahun 1999

..lama tu..lebih kurang 13 tahun jugaklah.. tiba-tiba aku rasa macam nafas aku tercungap-cungap..cuba recall balik apa yang telah aku buat pada tahun itu..bagaimana aku boleh tercampak untuk bekerja disini..dan menghabiskan seluruh 13 tahun hidup aku mungkin kadang-kadang dalam tempo atau rentak yang sama. Ada tercatit contoh surat mencari kerja bertarikh 18 May 1999..macam-macam kerja aku cuba apply dulu rupanya..sehingga bila aku buang semua memori ini?...macam ada yang cuba menghentikan ingatan aku pulak..kelebek punya kelebek jumpa catatan pasword dan juga jaringan blog..eh..ehe..aku ada blog??kenapa boleh aku lupa pulak aku dah ada blog dulu..masih boleh bukak blog tu..err bertulis dalam BI pulak tu..heran betul aku..aku ada accident ke? Bi aku kan tahap below Z Level..camana boleh berN3 dalam BI ni?..makin aku selongkar barang2 makin banyak pulak misteri nusantaranya.. ahh..dahi panas la..dada pulak tak henti berdegup!!..arghhh

Wednesday, May 2, 2012

berblogwalking

Ke blog sendiri saja kekdahnya petang ni..biasa bukak blog terus merayap kat bloglist terutama kat rumah TTM,Lemongrass, MCK,KJee atau blog siapa yang ada N3 menarik yang boleh aku terjah sepantas kilat..hari ni terstop seketika pada ruangan potpet kat blog sendiri..tengok nama pengunjung yang baru..eh.eh..ada artis singgah blog aku daa..ekeke..tipula kalau aku langsung tak selak blog dia..hahha..aku selak jugak..blog belajar bahasa inggeris rupanya..bagus..jugak so aku ambik sikit2 info buat pendidikan awal anakku yang kecik tu..ada lagi tu..nama artis gak..eddry pulak siap puji2 blog lagi..pandai korang ya..nak kasi aku selak jugaklah tu..tak pa..aku memang suka pun selak2 ni..tak best seminit jer la akak selak dik oiii..best kalu..terus akak follow.. Mood tapis bertapis: Eh!..perasan ke?? Beraku kau pulak bulan May ni kan..oh ya..azam tahun ni bersikap extreme sikit boleh.??

Tuesday, April 3, 2012

Lama

benar tak tulis, blog dah berubah structur dia...maklum sibuk dengan budak 2 orang ni..
Semalam tak tulis N3 tapi bila dipublish tak keluar pulak..adusss!!