Mengusha ke alam maya milik Cik Zufa,lewat tengahari ini benar-benar menyentuh perasaan saya.
Hendak pula dalam keadaan hati yang sedikit tidak tenteram akan perihal teman sekerja yang tak tahu untung nasibnya lagi. Sudahlah teman sekerja ini masih belum reda dengan kerisauan anak kecilnya yang masih belum sembuh dek campak, ditambah pula dengan keinginan dan rasa bosan orang atasan yang cuba menyingkirnya dari department yang hampir 9 tahun dia 'bertapa'. Entah mengapa hati saya juga tersentuh dengan situasi beliau. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama, tertekan yang teramat sangat dengan orang atasan saya(orang ini adalah orang yang sama mengenakan teman saya ini).Oleh sebab tekanan ini saya sering bergaduh dengan bf saya (sewaktu itu sudah menjadi suami saya).Sememangnya pula bf saya ini seorang yang kurang rasa sensitiviti dia, sifat belas dia, malahan bila saja saya mengadu akan keadaan saya di tempat kerja dia akan berkata begini;
"agaknya memang awak buat silap"adussss...saya ingin melepas perasaan tertekan dengan bercerita padanya dan berharap dia akan memahami situasi saya, namun saya mendapat reaksi yang tidak sekali berpihak pada saya...mana mungkin???..begitu jugak dengan teman saya ini, walaupun saya dahulu agak sedikit terkilan dengan tindakan beliau pada saya..tak mahulah saya bercerita disini apa yang berlaku antara saya dan beliau..bagi saya the past is the past..tak perlu kenang lagi, telah lama saya padamkan perasaan itu..hey bukankah "bintang saya" menyatakan saya mempunyai sifat pemaaf...kih!!! kih.!!.
Apapun saya amat belas dan jelas dengan keadaan dia, sambil mengunyah makanan tengahari beliau tadi airmatanya bergenang..saya tahu tekaknya amat perit untuk untuk menelan, namun dia cuba tersenyum dan mengunyah perlahan makanannya. Ok lupakan pasal kisah teman sekerja saya, mungkin dilain N3 saya akan bercerita lagi tentang apa yang berlaku sebelum dan selepas itu, berbalik kita pasal N3 yang ditulis oleh Cik Zufa. Ya...membaca kisah yang Cik Zufa paparkan tentang ibu beliau yang sanggup mengjaga atok, moyang dan ibunya semasa sakit menginsafkan saya bahawa saya harus mengambil inisiatif yang drastik untuk menjaga nenek saya..bahkan bukan sahaja nenek saya tapi kemungkinan ibu bapa saya..bukanlah saya meminta sesuatu yang buruk berlaku tapi suratannya begitu atau mungkin juga jika saya yang pergi dulu..dimohon padaNya jangan kalau tidak macamana, siapa yang akan menjaga kedua orang saya kelak,walaupun hakikatnya saya masih lagi mempunyai adik-beradik yang penyayang dan sering mengambil berat antara satu sama lain tapi saya ingin membalas jasa orang tua saya dari kudrat saya sendiri.oleh itu saya tak ingin membayangkan seperti lagu yang dinyanyikan oleh Allycat "Andainya aku pergi dulu sebelum mu"..ohhh..buruknya prasangka saya..dan kepada sesiapa yang membaca N3 saya harapnya dia dapat membelek sekali N3 cik Zufa..kerana disitu ceritanya amat lebih berkesan..
2 comments:
mcm kenal org yg diperkatakan tp kurang pasti.
yg mana mengenakan yg mana?
long guek kenakan cik y*** ke?
yup..Cik Zufa..tekaan anda memang menpati sasaran...pity her
Post a Comment