NuffNANG

Wednesday, February 18, 2009

Lagi cerita tentang kawan

Saya tidak sempat menjamah makan tengahari hari ini, berkejar ke Port Klang yang mengambil masa hampir 1 jam itu tidak mengizinkan saya mengenyangkan perut yang kelaparan ini. 20 minit masa yang ada sebelum bertolak pergi saya cuma sempat menghabiskan baki air dari sarapan pagi tadi sambil berbual dengan 2 rakan sekerja dan salah seorang dari mereka adalah rakan yang saya ceritakan semalam. Alhamdulillah hari ni dia sedikit ceria, namun riak wajahnya masih menampakkan kegusaran. Tak banyak yang dapat dibualkan, cuma saya sempat membaca kesalahan yang diutarakan oleh orang atasan kepada HR department agar mengeluarkan surat "amaran" atas keselahan beliau. Saya membelek kertas size A4 tu kedua-dua page penuh...lebih dari 20 kesalahan teman saya itu disenaraikan..semuanya adalah kesalahan biasa..bukan kesalahan yang besar pun tidak sedikit pun rasanya merugikan beratus duit syarikat. Salah satu kesalahan yang masih melekat dalam ingatan saya sewaktu membaca senarai itu ialah:

-wrongly email to customer(send to wrong address-

Wah itu jugak disenaraikan, amat tidak munasabah kesalahan itu dan memang agak melampau jika dia juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Setahu saya ex-bos saya ini jugak mempunyai rekod buruk sebelum ini, malahan kesalahannya memang dikira tak dapat dimaafkan jika saya berada atau sebagai pihak atasan beliau. Ex-bos saya ini setahu saya pernah mengelapkan duit syarikat ketika dia memegang jawatan sebagai accountant ,bukan 20 or 30 ringgit tapi ribuan, namun dek kerana Director syarikat saya sebangsa dan seagama dengan dia, maka dia dimaafkan...dimaafkan???? bukan ker dia telah melakukan kesalahan yang begitu berat...entahlah..kuasa tidak ditangan saya..huhuhu..bila bangsa saya sering ditindas begini, memang hati saya jugak begitu terguris..mengapa begini..dibumi sendiri, namun seolah berada di negara ****A..teringat lagu akan lagu warisan seperti yang tertulis diblog Kak Sapiah memang lagu ini benar-benar menyentuh naluri dan rasa cinta pada tanahair saya.

5 comments:

Umie said...

sape pny cite ni datin?

Sally said...

Biarlah saya bercerita kemudian dengan awak..as I said before.pity her..

m-i-o said...

datin,
i tak kesah. i mungkin ada simpati sikitla. tapi i tak kesah.

kejamkan i?

tp dia lagi kejam. bkn takat u je datin, byk lagi org yg dia pnh kenakan dulu. dn org2 tu sume dh kuar dari sana. sikit sebanyak ada campurtangan dia jgk.

spt mana entry i ttg dia dlm what goes around comes around. ya, mmg utk dia entry tu.

Sally said...

Cik Zufa..bagi akak tindakan Cik Zufa biasa2 saja..tidaklah kejam mana pun..Cik Zufa berhak..itu hak Cik Zufa untuk membenci dia..mungkin kesannya ke atas akak masih boleh dimaafkan tapi kesannya pada orang lain atas kerelaan hati masing2 untuk memaafkan dia..

Anonymous said...

Adik2 ku yang di kasihi sekelian.. ni secara rasmi nak jemput kalian semua ikut ku jadi keluarga HPA.. banyak manfaatnya, paling utama pasal boikot barangan Yahudi dan disamping menambahkan pendapatan. Baru semalam pegi bincang dgn gu yang bawa masuk jadi ahli HPA (cuma RM30.00 je) atas cadangan nak buka RADIX Fried Chicken.. nak lawan produk Jews .. Mc-D dan KFC tu.. kat Bangi dan kws strategik lain.. dan dimasukkan juga le nak bawa ke Saujana Utama Sg.Buloh tu.. adikku Sally (bukan Sally jandaJoran nunnn) ni rasa2nya boleh menggalas cabaran ni, sikapnya yg peramah tu boleh jadi modal penting utk kemakmuran ekonomi Islam ni.. Iza dan farah juga menjadi sasaran strategik.. woii.. lumayan juga.. bukan macam MLM lain.. So.. harap Sally, Iza & FarSyad jgn le tolak pelawaan ni.. TQ (Abe)