NuffNANG

Saturday, February 28, 2009

Masa riang bersama..

Hari ni, saya memang bercadang nak bawa Sara pergi tengok cerita upin ipin tu..dia beria sangat nak tengok. Dari pagi lagi dia dah siapkan homework dia semata-mata nak tengok cerita tu, saya memula excited gak almaklum cerita tu anak tempatan yang buat. Saya ni memang dah lama tak menjengah ke wayang, berbeza dengan masa muda-muda dulu, sekarang memang saya tak gemar ke tempat yang ramai orang, gelap dan bising...mau pengsan saya jadinya. Sampai kat Summit USJ hari tu jam dalam kul 12 tengahari., terus pergi kaunter tanya tiket..
"Sorry kak tiket kul 2 dah abis"..fuh lega..tak payang tengok..congak saya dalam hati. Saya explain kat Sara, nampaknya dia tak berganjak untuk tengok wayang tu gak tak kiralah kul berapa..nak hari tu gak. Bf saya asked saya untuk beli tiket masa yang seterusnya,..errr geram saya, lambat lagi tu..tak kan sepanjang hari ni nak duk kat sini jer...so nak tak nak beli la gak..masa tayangan kul 4.45 ptg..elok la tu rungut saya dalam hati..waktu asar lak tu. Lepas beli tiket bf ajak pergi bowling, nak beat dengan saya konon..so layannn lagi..main 2 games aja..dengan kekalahan pada pihak saya..pun begitu saya tetap diberi sokongan oleh Sara, memandangkan dia nak tengok wayang tajaan duit saya hari tu. Bf bangga gila..dapat mengalahkan saya..ish geram. Oleh sebab dia menang maka bf belanja kami makan lunch hari tu..errrkkk ..kenyang. Lepas solat dzohor..pusing2 lagi tunggu masa tayangan...fuh ngantuk gila..layan tido time ni memang best...so inilah wayang yang Sara nak tengok sangat tu..ok..la not bad cerita dia..layannnnnnnnnn

5 comments:

NuR Pu3 said...

logh! tinGok gakS ek? =P

Sally said...

memang x nak gi tengok..tapi si abahnya sebok dok ugut dia..tak buat homework tak bagi tgk wayang..last anak nya siapkan jugak homework..so kena la layan tapi yg x bestnya..yang kena belanja maknya...erkkrr.pokai jap.

NuR Pu3 said...

xpE kak, pEh tu cLaim la baLek =P

MamaFaMi said...

Mama pun teringin nak tengok Upin Ipin ni tapi tak berkesempatan. Anak anak ma tak kisah pun nak tengok ke tak tengok, tapi MAMA YANG NAK TENGOK. Hahaha... Tak apalah, nanti tunggu je la cd dia keluar...

Sally said...

Salam Mamafami thanks for drop by..tengok upin ipin ni memang best. tapi lagi syok kalo layan CD dan dok menonton dengan satu family,save budget.Lagi satu boleh ulang byk2 kali.

p/s: mama sy bangga ada gak org famous mcm mama ni yang sudi singgah blog saya ni.