NuffNANG
Friday, March 27, 2009
renung-renungkanlah, fikirlah sendiri
Semalam semasa makan malam sempat jugak dengar sikit sebanyak pasal perhimpunan UMNO tu..memang saya tak suka ambik pusing sangat pasal perkembangan politik dimana-mana pun...saya rasa saya mempunyai pandangan tersendiri tentang dunia politik..saya tak menyokong mana-mana parti apatah lagi membuang undi semasa pilihanraya opps!!! saya tidak mendaftar sebenarnya..dan dengan alasan tu memang saya tidak layak membuang undi.Pun begitu rentetan dari bf saya yang agak teruja mendengar perkembangan perhimpunan UMNO ini sedikit sebanyak mengajak saya memasang telinga sambil makan hatta dalam toilet sekalipun waimun sambil membasuh dan melipat kain. Saya pantang mendengar cerita yang keluar dari landasan pendirian saya maka saya akan berhujah, begitu jugaklah kisahnya bila saya menonton filem atau drama melayu..pasti saya akan mengomel itu dan ini.Perfect sangatkah saya sehingga berfikir saya layak mengkondem bangsa sendiri??? Oh tidak..cuma saya rasa saya kita sebagai bangsa melayu harus membetulkan apa yang kita fikir kita rasa kita dengar apa yang sepatutnya agar bangsa Melayu ini lebih maju lebih dinamik agar kita setaraf dengan bangsa lain malah lebih lebih lagi hendaknya. Pepatah melayu ada menyebut biar kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi..tapi bagi saya biarlah kita duduk lebih tinggi dan berdiri pun biarlah kita lagi tinggi..jika kita mempunyai cita-ciat begini nescaya kita mempunyai tekad yang jitu dan optimis dalam kehidupan kita kalau sekadar ingin duduk sama rendah berdiri sama tinggi kita tak akan kemana dan pastinya kita masih di takuk lama. Berbalik pada kisah perhimpunan UMNO kali ini walaupun mendengar sebelah telinga banyak yang nama-nama yang saya fikir tidak layak menduduki kerusi UMNO..tak payah lah saya menyenaraikannya disini..saya fikir anda semua pun tahukan..semalam saya sempat membuka blog chedet terlalu banyak input dan output yang saya dapat untuk pertama kalinya saya membaca blog beliau..hey!! pagi ini saya mendengar berita yang Tok Guru Nik Aziz jugak sudah melancarkan blog peribadinya sendiri..harus saya jenguk gitu..
Friday, March 20, 2009
Angaukah saya???
Semenjak dua menjak ni fikiran saya amat terganggu, telah lama saya bermimpi akan si dia. Tidur tak lena,mandi tak basah, makan tak kenyang dibuatnya. Dia begitu mengasyikkan saya. Saya sering berfantasi bersama dia,menghabiskan hari-hari yang indah bersama. Saya telah menyuarakan isi hati saya pada bf , nampaknya dia memahami malah dia begitu menyokong tindakan saya. Semangat saya untuk mendekati si dia akhirnya tercapai bila bf secara tak sengaja membawa saya menemuinya disebuah kedai. Jika sebelum ini rasa kecintaan saya tidak begitu menebal tetapi setelah menemuinya bersemuka rasa cinta saya begitu membuak-buak. Tanpa menghiraukan bf saya terus menhampiri si dia,mengusap lembut badannya. Bf hanya memerhati sahaja gelagat saya.
"Aloo tokey..boleh saya cuba arhh" dengan gaya yang sedikit bodoh2 alang saya bertanya.
"boleh maa..cuba la, u mesti jatuh hati nnt"
bf nampaknya tidak kisah, malah tersenyum melihat isteri dia mencuba duduk diatas si dia..
"ok. maa.tgk berapa bulan-bulan...lu kasi angkat la satu untuk your gf". Itu tokey sudah kasi pujuk sama itu saya punya bf.
Bf angguk, saya tersenyum..ada harapan getus saya dlm hati. Kira punya kira congak punya congak bf cakap..
"tunggu abang check account abang dulu, kita dtg lagi lain kali"
waaaaaaaaa..adakah itu tandanya bf telah memberi signal bahawa kemungkinan besar dia mengizinkan saya memiliki si comel itu???..saya merenung si comel tu.dalam kepala sudah terbayang bilamana saya membawanya bersiar-siar sekitar taman kami..uish syoknya. Saya amat berharap agar bf bersetuju dengan permintaan saya ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
"Aloo tokey..boleh saya cuba arhh" dengan gaya yang sedikit bodoh2 alang saya bertanya.
"boleh maa..cuba la, u mesti jatuh hati nnt"
bf nampaknya tidak kisah, malah tersenyum melihat isteri dia mencuba duduk diatas si dia..
"ok. maa.tgk berapa bulan-bulan...lu kasi angkat la satu untuk your gf". Itu tokey sudah kasi pujuk sama itu saya punya bf.
Bf angguk, saya tersenyum..ada harapan getus saya dlm hati. Kira punya kira congak punya congak bf cakap..
"tunggu abang check account abang dulu, kita dtg lagi lain kali"
waaaaaaaaa..adakah itu tandanya bf telah memberi signal bahawa kemungkinan besar dia mengizinkan saya memiliki si comel itu???..saya merenung si comel tu.dalam kepala sudah terbayang bilamana saya membawanya bersiar-siar sekitar taman kami..uish syoknya. Saya amat berharap agar bf bersetuju dengan permintaan saya ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Wednesday, March 18, 2009
Red Chili..weird ???
Kembali bertugas seperti biasa hari ni setelah menyelamatkan betis pari-pari biru yang melecet..kesian dia..betis kanan yang sakit tetapi terpaksa pulak dioperate betis sebelah kirinya..kenapa?? ya mana mungkin sebelah saja bilang doctor
*
*
Sesampai jer, saya menghadap laptop terus saya membuka deretan e-mail-email semalam. Satu email dari rakan setugas menarik perhatian saya:
Akak baca la kat bawah nie.
Ape? Dia ingat saya nak buat sihir kat dia ke?
From: V***** L** [mailto:V*****@***d.com]
Sent: Tuesday, 17 March 2009 12:49 p.m.
To: 'Y***'
Cc: 'C**** M**'
Subject: Please remove the RED chili from your desk
Importance: High
Dear Y***,
I found you have put something weird (red chili) on your desk for the past two weeks, is it for decoration or other reason?
Please be reminded that our Dr. W**** is strictly disallowed staff to display or use any weird plants or objects in the company premises.
Therefore, please remove all of them immediately.
Regards,
-V***** L** -
Apahal la..dia ingat orang nak buat dia ker??itu lah kalo hati dah busuk…apa yang bermain difikiran dia itulah yang dia fikir bermain difikiran orang lain.adilkah??..buat betul baru tau!!
Friday, March 13, 2009
Bezanya...
Beberapahari lepas saya menghadiri satu meeting berkaitan perkhidmatan yang syarikat saya provide kan untuk satu institusi kewangan berlokasi di KL. Mesyuarat kali ini melibatkan semua pembekal perkhidmatan kepada insititusi berkenaan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh pengerusi mesyuarat pada hari itu. Sungguh membosankan, saya hampir-hampir melelapkan mata sementelah pada waktu itu tiada perihal yang berkaitan dengan syarikat yang saya wakili yang membingitkan halwa telinga dan memerlukan suara saya untuk memperjelaskan sesuatu isu namun nasib baik secawan nescafe kurang gula dihulurkan, hilang sedikit rasa bosan dan mengantuk saya. Ini baru sebuah insititusi semi-government, percakapannya panjang berjela, memang amat membosankan. Bercampur aduk dari satu isu kepada satu isu..saya tak dapat membayangkan jika ianya sebuah badan kerajaan, pasti lagi panjang segala hujah mujahnya. Tidak kah ianya membazir masa, tenaga dan juga air.(Nescafe yg saya minum???). Amat berbeza jika saya menghadiri sesuatu meeting dengan syarikat syarikat swasta. Waktu meeting yang majoritinya tepat waktunya, straight to point, tempoh masa yang singkattetapi saya sengaja mengatakan meeting yang panjang jika saya seoarng yang hadir,isi bicara yang padat dan tak sampai 1 jam mesyuarat tamat. Amat berbeza,patutlah terlalu banyak karenah birokrasi dalam pentadbiran negara.
Thursday, March 12, 2009
Rindunya..
Emm rindunya nak menulis blog ini..sayangnya masa tidak begitu mengizinkan saya untuk melakar setiap detik suka duka saya..saban hari saya sibuk..waduh mengalahkan Pak Menteri lakunya. Langsung tiada ruang untuk saya melakar walau sebait kata setiap hari. Waktu-waktu saya hampir setiap saat terisi tidak kiralah waktu pejabat mahupun dirumah. Agaknya saya kurang arif tentang pembahagian masa yang betul. Seawal pagi saya sudah memacu pari-pari biru menghantar Sara kesekolah dan pulangnnya selewat jam 7.15 ptg. Waktu rehat yang hanya 1 jam tidak mengizinkan saya untuk menghadap PC, kalau ada pun saya tidak boleh seharian menghadap PC nescaya saya akan pening-pening dan muntah. Memang itu kelemahan saya mungkin faktor usia dan mata tidak begitu mengizinkan saya menghadap PC seharian, saya perlukan rehat yang diperuntukkan 1 jam itu untuk rehat sepenuhnya. HAri ini saya cuba mencuri masa untuk mengubat kerinduan saya pada blog ini. Sudahlah blog ini dinamakan "gobok" kalau saya kurang menjengahnya pasti ianya akan jadi gobok yang ditinggalkan..sayang bukan???. Tunggulah hari minggu ini jika masa mengizinkan saya pastinya saya akan menambah cerita-ceriti yang pelbagai, lebih-lebih lagi tentang percutian kami satu family ke Melaka hujung minggu yang lalu...chow dulu, lambaian kerja sedang memanggil..
Thursday, March 5, 2009
Kepingin la ...
Petang tadi seawal jam 5.30 saya dah terpajak dengan pari-pari biru di petrol pump berhampiran sekolah si bonia siam (ini pun kes teruja nak buat strikethrough ler ni..Cik Zufa akhirnya akak berjaya membuatnya jugak....kih kih...kredit ini harus diberi pada Cik Zufa dan gengnya Ms. Lola )Sara. Terawal la pulak hari ni,amatlah bosannya saya tahap gaban.. Gaban pun rasanya tidak mengalami kebosanan tahap ini. Setelah menjawab beberapa pangilan saya termenung sambil menoleh kanan dan kiri, tetiba pandangan saya tertumpu pada seorang budak perempuan yang sedang mengrefill mengisi tangki minyak motor, agak saya itu adalah motor Yamaha Ego , almaklum saya sedikit rabun. Dua-dua object ini menjadi titik tumpu saya, motor dan gaya seorang budak perempuan yang size badan dan ketinggiannya lebih kurang saya, selepas mengisi minyak motornya dia menunggang motornya dengan konfiden sekali..ish nampak cun la pulak..getus saya dalam hati..tatkala saya tengah memasang angan-angan yang pelbagai berkaitan motor tetiba datang pulak dua orang minah motor dengan motor jenis skuter jugak.. saya cuba mengecilkan mata meneka jenis motornya jugak..arghh saya gagal..selepas mengisi minyak minah motor tadi memecut melewati parking saya..uish..ini motor nouvo...cun gak motor ni..saya tersengih-sengih sendiri..hilang sudah rasa bosan saya tadi..jangan tak tahu saya memang jenis yang kuat berangan dan berimaginasi..so..kepingin la nak beli motor gak....
Subscribe to:
Posts (Atom)