NuffNANG

Friday, March 27, 2009

renung-renungkanlah, fikirlah sendiri

Semalam semasa makan malam sempat jugak dengar sikit sebanyak pasal perhimpunan UMNO tu..memang saya tak suka ambik pusing sangat pasal perkembangan politik dimana-mana pun...saya rasa saya mempunyai pandangan tersendiri tentang dunia politik..saya tak menyokong mana-mana parti apatah lagi membuang undi semasa pilihanraya opps!!! saya tidak mendaftar sebenarnya..dan dengan alasan tu memang saya tidak layak membuang undi.Pun begitu rentetan dari bf saya yang agak teruja mendengar perkembangan perhimpunan UMNO ini sedikit sebanyak mengajak saya memasang telinga sambil makan hatta dalam toilet sekalipun waimun sambil membasuh dan melipat kain. Saya pantang mendengar cerita yang keluar dari landasan pendirian saya maka saya akan berhujah, begitu jugaklah kisahnya bila saya menonton filem atau drama melayu..pasti saya akan mengomel itu dan ini.Perfect sangatkah saya sehingga berfikir saya layak mengkondem bangsa sendiri??? Oh tidak..cuma saya rasa saya kita sebagai bangsa melayu harus membetulkan apa yang kita fikir kita rasa kita dengar apa yang sepatutnya agar bangsa Melayu ini lebih maju lebih dinamik agar kita setaraf dengan bangsa lain malah lebih lebih lagi hendaknya. Pepatah melayu ada menyebut biar kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi..tapi bagi saya biarlah kita duduk lebih tinggi dan berdiri pun biarlah kita lagi tinggi..jika kita mempunyai cita-ciat begini nescaya kita mempunyai tekad yang jitu dan optimis dalam kehidupan kita kalau sekadar ingin duduk sama rendah berdiri sama tinggi kita tak akan kemana dan pastinya kita masih di takuk lama. Berbalik pada kisah perhimpunan UMNO kali ini walaupun mendengar sebelah telinga banyak yang nama-nama yang saya fikir tidak layak menduduki kerusi UMNO..tak payah lah saya menyenaraikannya disini..saya fikir anda semua pun tahukan..semalam saya sempat membuka blog chedet terlalu banyak input dan output yang saya dapat untuk pertama kalinya saya membaca blog beliau..hey!! pagi ini saya mendengar berita yang Tok Guru Nik Aziz jugak sudah melancarkan blog peribadinya sendiri..harus saya jenguk gitu..

5 comments:

Anonymous said...

sally..mmg malas tahap gaban nak update ni.. tp trimakasih sbb singgah ke rumahharitu jumpasally kat labu labi..anak beranak pakai key..;)

MamaFaMi said...

Hmm mama tak ambil pusing pasal politik sebab lagi banyak dengar, lagi pusing kepala dibuatnya!

Sally said...

Cik Iza..oh diriku telah diskodeng!!..camner saya boleh tak perasan Cik Iza pun ada kat situ.

Mamafami..betul tu mama...that's why Tak pernah daftar ngundi ni...kih kih

sapiah hussien said...

Bukankah kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Sayang satu undi tak dimasukkan kepeti undi dik. Hehe..janganle block akak yek.. :)

Sally said...

Kak Sapiah.dok marah eh..masing2 mempunyai pendapat dan pandangan sendiri..tak kan blocknya hehheh