NuffNANG
Thursday, March 12, 2009
Rindunya..
Emm rindunya nak menulis blog ini..sayangnya masa tidak begitu mengizinkan saya untuk melakar setiap detik suka duka saya..saban hari saya sibuk..waduh mengalahkan Pak Menteri lakunya. Langsung tiada ruang untuk saya melakar walau sebait kata setiap hari. Waktu-waktu saya hampir setiap saat terisi tidak kiralah waktu pejabat mahupun dirumah. Agaknya saya kurang arif tentang pembahagian masa yang betul. Seawal pagi saya sudah memacu pari-pari biru menghantar Sara kesekolah dan pulangnnya selewat jam 7.15 ptg. Waktu rehat yang hanya 1 jam tidak mengizinkan saya untuk menghadap PC, kalau ada pun saya tidak boleh seharian menghadap PC nescaya saya akan pening-pening dan muntah. Memang itu kelemahan saya mungkin faktor usia dan mata tidak begitu mengizinkan saya menghadap PC seharian, saya perlukan rehat yang diperuntukkan 1 jam itu untuk rehat sepenuhnya. HAri ini saya cuba mencuri masa untuk mengubat kerinduan saya pada blog ini. Sudahlah blog ini dinamakan "gobok" kalau saya kurang menjengahnya pasti ianya akan jadi gobok yang ditinggalkan..sayang bukan???. Tunggulah hari minggu ini jika masa mengizinkan saya pastinya saya akan menambah cerita-ceriti yang pelbagai, lebih-lebih lagi tentang percutian kami satu family ke Melaka hujung minggu yang lalu...chow dulu, lambaian kerja sedang memanggil..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment