NuffNANG

Friday, March 13, 2009

Bezanya...

Beberapahari lepas saya menghadiri satu meeting berkaitan perkhidmatan yang syarikat saya provide kan untuk satu institusi kewangan berlokasi di KL. Mesyuarat kali ini melibatkan semua pembekal perkhidmatan kepada insititusi berkenaan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh pengerusi mesyuarat pada hari itu. Sungguh membosankan, saya hampir-hampir melelapkan mata sementelah pada waktu itu tiada perihal yang berkaitan dengan syarikat yang saya wakili yang membingitkan halwa telinga dan memerlukan suara saya untuk memperjelaskan sesuatu isu namun nasib baik secawan nescafe kurang gula dihulurkan, hilang sedikit rasa bosan dan mengantuk saya. Ini baru sebuah insititusi semi-government, percakapannya panjang berjela, memang amat membosankan. Bercampur aduk dari satu isu kepada satu isu..saya tak dapat membayangkan jika ianya sebuah badan kerajaan, pasti lagi panjang segala hujah mujahnya. Tidak kah ianya membazir masa, tenaga dan juga air.(Nescafe yg saya minum???). Amat berbeza jika saya menghadiri sesuatu meeting dengan syarikat syarikat swasta. Waktu meeting yang majoritinya tepat waktunya, straight to point, tempoh masa yang singkattetapi saya sengaja mengatakan meeting yang panjang jika saya seoarng yang hadir,isi bicara yang padat dan tak sampai 1 jam mesyuarat tamat. Amat berbeza,patutlah terlalu banyak karenah birokrasi dalam pentadbiran negara.

3 comments:

Rohaiza said...

amboi...

Sally said...

Pn.Rohaiza..kenyataan kah itu??hehehe

Rohaiza said...

tak tau la aku kt pej org lain..tapi kt tmpt aku yg sentiasa sibuk ni...bos buat meeting 8.29 dan habis 8.45...(sbb boss aku ni sbuk bangat..dia berlari naik tingkat atas lak jumpa Pengarah untuk nex miting...)kalau kt tmpt tak sibuk boleh lah...miting sambil mkn karipap..nama dia miting karipap