NuffNANG

Friday, August 28, 2009

Hingga Saat ini..

...saya masih tak dapat meluahkan rasa geram saya ini. Sudah seperti kawah rasanya hati didalam..kenapa saya tak bisa menaipnya didada blog ini, bukan kah dulu niat memblog ini untuk saya menyuarakan rasa ketidak puasan hati saya pada persekitaran ini..kenapa saya tak boleh????kenapa ianya hanya membuku..arghhh sakitnya hati ini...

Dia: Awak nak ikut saya balik kampung?

Saya: Tak mahu

Dia: Kenapa?

Saya: Lebih baik saya tak balik..nanti saya tunjuk muka masam tanda kita berseteru awak jugak yang malu. (nada marah +merajuk)

Dia: suka hati awak la..(nada bengis)...terus berlalu..tak pernah nak memujuk rayu..

Sabar jer la hati..ni kan bulan puasa.

Friday, August 21, 2009

I got a baby boy

..jangan salah faham bukan saya tapi adik saya.Pagi-pagi sewaktu dah nak hampir dengan tempat kerja tetiba terlintas nak call mak saya bertanyakan tentang adik saya yang kena ceasarean hari ni. Teruja yang amat sangat hari tak sabar nak tengok rupa anak saudara saya yang baru ni.. 2009 ni saya dapat dua anak saudara 1 girl and 1 boy. Tumpang seronok la almaklum cahaya mata kedua saya tah bila pulak. Saya cakap dengan semua orang tentang kelahiran ni dan paling tak seronok bila ada suara sumbang-menyumbang..eh tu anak saudara you, you pulak bila lagi???.. emm tunggulah ada rezeki adalah Si bonia tu dapat adik kan!.

Wednesday, August 19, 2009

Kehamilan Songsang

Tatkala mendengar rintihan adik saya tentang kehamilan yang bakal mencecah harinya sonsang, saya dipaut rasa takut. Terasa seperti saya pulak yang bakal menimang cahaya mata. Dahulu sewaktu mengandungkan si bonia tu jugak doctor mengatakan kandungan saya songsang tapi syukur Alhamdulillah usia kandungan mencecah 8 bulan ia kembali normal. Namun sebaliknya bagi adik saya ini. Setelah bertemu pakar 2 hari yang lalu memang dia terpaksa melalui caesarean birth.
Baby position yang tak berubah dari kududukkan sonsang itu memang menyukarkan untuk kelahiran secara normal. Saya berdoa semoga semuanya selamat.

Oh adakah sesiapa diluar sana aka pembaca blog ini yang boleh berkongsi info dengan saya tentang pantang larang orang yang terpaksa melalui caesarean selepas kelahiran baby..jika ada harap dapat berkongsi dengan saya diruangan ini…mereka juga perlu berpantang kan!.

Friday, August 14, 2009

Hutang Wajib Dibayar

...walau tak dituntut. Tapi hutang tag, yang lama tu dah lupa lah jumlahnya ..kira halal la ya. Masa tu tak faham konsep hutang lagi..boleh gitu Anis??..*wink*!!..walaupun soklan tak berapa jelas tapi saya cuba jugak jawab nya takut nnt melambak lagi hutang piutang ni.1. Sila letak award ni kat blog anda!!..

Dah letak ni..sila la meneluskan pandangan bak Superman mu itu.

2. A bit confuse skit ni, pasal fakta pemberi award gamaknya....saya belasah ajalah.. So copy paste jer lah fakta ni dari empunya blog ya!

* Suka juga surfing, terutama nak wat cosway, amway, igg plus, & sharing2 cite dgn kawan2
*Suka dgr music kuat2 kalo tension, kalo kat opis, kalo marah sngt2 @ tension, akak akan g bilik air tuk coci muka, sisir rambut {kasi sejOk ckit dowh... huhu}
*Suka tgk barang2 yg santek2, deco santek2, org santek2 {geRk! wakaka}
*Suka berckp, xkira masa, xkira tempat, janji boley berckp {xpe ke akak gtaw cm nieh?}
*Suka mbaca buku, terutama novel tulisan Ramlee Awang Murshid. Kalo dh membaca, mmg *Suka buat kejutan, terutama mengusik kawan2 cyber dialam maya sampaikan ditabalkan jadik 'cip' tuk geng tOmEnjEtZ.. {kejutan hape? ane bley gtaw =P}
*Suka cari gado dgn org2 yg tersyg & terchenta.. cnth kawan2 bahek, kanda {ini target utama *Suka nonton movies terutama astro. Kat umah tu xlarat nak bergadoh dgn gaban2 coz durang nak tingok Disney Channels. Huhu.... asyik kalah je dgn durang
*Lebih suka duduk rumah drpd keluar merapu
*Ni hobi terbaru coz dh gian huhu... men bowling & xlama lagi nak menetest paint ball le plak wakaka.... {jgn terbarai sudeh huhu}

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

a@1 Saya suka ambik gambar

benda cantik..so kalau perasan diri anda cantik sila daftarkan untuk sesi percuma mengambil gambar...ahak!!

b@2 Saya suka memasak dan mencuba resepi baru.

Saya teramat bahagia jika ada yang sudi merasa hasil masakan saya, walaupun seringkali menerima kutukan dari En. Director kat rumah tu saya still masak jugak. Saya tak kisah jika dia tak menjamah pun hasil masakan saya tu..kawan-kawan kan ada. Adik beradik kan ada..

c@3 Tak suka mengemas

oh fakta ini memalukan saya. Saya pemalas..amat malas untuk mengemas rumah. Sila jangan buat kejutan didepan pintu rumah saya, jika anda tak mahu diserang sakit mata. Pun begitu saya mempunyai alasan tertentu mengapa saya malas mengemas. Pertama bila saya mengemas saya sering menerima kritkkan dari En. Director...saya tak pandai menyusun perabot la.. rimas dengan susunan yang saya buat. Kedua En. Director dan Si Bonia saya tidak menghargai penat lelah saya mengemas..1 hari saya mengemas ..dengan sekelip mata sahaja ruang tamu saya boleh bersepah kembali...sila simpati pada saya..eeheeh!!

d@4 saya suka mencuci toilet

Walaupun saya amat malas seakan mengambil lewa akan kekemasan tapi saya tidak akan mengunakan toilet yang kotor hatta sudah terkepit-kepit mau kencing!!..perkara yang paling saya suka buat adalah menyental toilet sambil mandi.

e@5 Suka berangan-angan

Saya suka berangan-angan , banyak betul angan saya..sampai saya sendiri dah lupa apa yang saya tgh angankan..oppss bukan ker angan2 tu bagus sebenarnya ianya meningkatkan motivasi diri agar semakin maju ..eceh..berceramah pulak.

f@6 tak suka membaca

Saya tak suka membaca, hatta membaca bil electrik sekalipun akan membuatkan saya mengantuk...membaca seolah ubat tidur bagi saya..untuk khatam sesebuah buku mengambil masa bertahun barangkali jika disuruh membaca..kadangkala saya rasa cemburu jugak dengan Cik MIO yang amat gemar membaca dan mempunyai koleksi bahan bacaan dan library tersendiri barangkali...

g@7 Suka mengoogle

Ya saya amat suka mengoogle,semua benda saya google..korek sana, cari sini, buat comparison..cari fakta.cari auta...banyak bendalah...selongkar rumah orang godek-godek sana sini...apalagi ya!!

h@8 suka korean drama

Suka yang amat tengok cerita-ceriti korea.. rasa macam jatuh chenta jer bila tengok muka-muka tak mandi tu berlakon...tapi saya amat memilih ..jika hero atau heroin tak cun tak sama cantik..malas sikit nak tengok..saya kan suka keindahan..walaupun rupa sendiri..ya ampunnn hhehe.

i@9 suka skodeng

Suka skodeng@menghendap rumah orang..hahh yang ni jaga-jaga..bukannya saya suka menghendap orang..cuma suka mencuri pandang camaner orang hias rumah mereka..dalam erti kata lain suka tengok deko yang orang buat..setiap hari balik kerja mata mesti melilau jer kerumah orang....heheh .kalo terserempak dengan yang bukan-bukan tu harap maap ya.

j@10 suka melancong

Suka melancong..oleh sebab fakta 1 yang paling saya suka buat maka terpaksalah saya menitipkan jugak fakta ini sebab apa saya suka melancong sebab suka ambik gambar..walaupun bukan cantik pun gambar yang saya amik tapi suka jugak ambik..

Dah..dah cukup-cukup letih menaip..kiranya hutang pun dah berbayar..saya pendekkan pemberian award ni pada sesiapa sahaja yang membaca blog saya..sila kutip sendiri..saya tak paksa.


Thursday, August 13, 2009

Siapa kata hidup ini membosankan,adakala

….saya merasakan hari-hari yang saya lalui sangat melucukan, maunya saya tersengih sorang-sorang macam mulut kerang busuk. Ada aja benda yang mengeletek hati saya seperti contoh terdekat ialah ketika menjelajah blog-blog di alam maya seperti blog En. Saat , kawan sekufu sekapal saya dulu atau Cik MILO M.I.O kawan sekilang sepapan saya, masing-masing punya gaya penulisannya tersendiri. Adakalanya juga saya tersenyum selepas si kakak cleaner berlalu pergi dari tempat saya selepas berbual sepatah dua kata sambil membuat collection sampah yang mana dia membuatkan saya tersenyum sorang bila sebenarnya saya tak faham pun yang dia katakan dalam pelat indon yang pekat dan saya berpura-pura faham akan ceritanya dan sering berkata

"oh ya ker???". Oh sangat kejamkan saya!..

Dan bila sedikit kelapangan saya meninjau-ninjau ke bilik En.Squid, melihat dia tengah kyusuk mengorek hidungnya atau kadangkala dia tersenguk-senguk dimejanya dan tatkala itulah saya akan menekan ext 410 dan dia akan terkejut bukam dengan deringan telefon itu dan saya mengekek ketawa sorang-sorang disebalik cermin pembahagi. Jahatkah saya?? Emm sebenarnya inilah ubat-ubat saya untuk menghilangkan mengantuk dan kebosanan selain bercakap on-phone dengan customer. Jadi hidup saya taklah membosankan !

CikSally: banyak lagi benda sekeliling yang membuatkan saya tersenyum dan ketawa.

Lagi photo daaa!!

Ada a few photo lagi belum update pasal women day's out hari tu..lihatlah dunia muka-muka vogue ni...eceh!!..

Tengoklah boyfriend baru dia..tapi malu nak bergambar gitu..




Toh Puan Hanisah..gambar vogue tu!!

Tuesday, August 11, 2009

Tart Nenas

Akhirnya dihari minggu yang indah itu telah diserikan dengan juadah yang begitu indah-indah belaka hendaknya. Akkhirnya salah satu kerja tertangguh telah tertunai sudah..project tart sudah bermula dari membuat inti hinggalah terhasil benda kegemaran Pn.Aiza ni..dan juga sehinggalah si dia telah menapau tart ini untuk dibawa balik.. Nak kena buat lagi la rasanya sebab ada yang belum merasa hasil buah tangan ni.. sapa nak rasa sila angkat tangan..hhehe..sapa nak tempah sempena raya sila buat tempahan sekarang .gerenti terangkat. ..perghh..puji diri lak:p

Thursday, August 6, 2009

Hasil Seni oleh:

Sara,nah terimalah hasil seninya.Dah lama saya simpan lukisan Sara ni..memang niat nak update blog tapi bila dah download semua gambar terus lupa mana saya save. Dalam mengclearkan desktop and hardisk hari ni sebab sudah tersangat penuh dengan gambar yang bermacam-macam saya terjumpa hasil nukilan Sara yang dah saya capture. Setelah diteliti oleh panel-panel mata kuyu ni saya maka kedua-dua mata ini sepakat mengatakan Sara punya bakat. ..ceewah yang diwarisi dari saya:p

Tengoklah hasilnya..comelkan !!..


Yang ini memang saya sangat suka..life drawing, masa tu uncle dia mmg ada kat depan. Actually kalau suruh melukis sampai ke malam pun tak kisah tapi bila suruh baca buku seribu satu alasan dia bagi. Nak marah dia pun rasanya saya yang perlu tunjuk contoh rajin baca buku dulu kan...ouch!!

Wednesday, August 5, 2009

Kerja Tertangguh

Banyak agenda-agenda saya yang tertangguh. Jelas sekali ini bukan kesilapan masa tapi kesilapan saya menganak tirikan masa tu. Ah susah jugak menguruskan masa ya!..mulai sekarang saya cuba untuk tidak menganak tirikan masa. Saya geram dengan diri saya agenda-agenda ini semuanya penting tapi dek tidak pandai mengasuh itu "masa" maka saya telah tersilap langkah akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran..namun ada juga persoalan baru yang timbul..sempat kah saya, mampukah saya…semua agenda ini nak dibuat:

  1. agenda tersembunyi
  2. Buat tart nenas
  3. Cat rumah
  4. Jahit Langsir
  5. Snap gambar family
  6. Cuci gambar dan frame

Apa??? Satu pun tak jalan?huh..skrg tengah terkocoh+terkial-kial siapkan logo untuk satu pertandingan..eceh..ada hati tu..memang tamak kerja betul la. Tapi kerja ni dah siap walaupun tak ada dalam agenda..boleh gitu? Almaklum guna Illustrator. Pelik jugak nama jer ambik course fine art tapi kerja graphic lagi cepat buat erk!!. Dalam pada 6 agenda tertangguh tu ada lagi yang dok berterbangan dalam otak ni agenda-agenda lain pulak.. ish apa tu..???gila weh!

Monday, August 3, 2009

Women's Day Out!

Teruja yang amat pada 1 August. Alkisahnya kami mengadakan pertemuan semula ex-E**D. Bukan semua sekali tetapi hanya beberapa orang jer. Bermula dengan sarapan Nasi lemak kat rumah Syah perjalanan diteruskan ke Sunway Pyramid. Dah ditetapkan untuk memulakan out day ni dengan perlawanan sengit bowling..walaupun hayunan ke longkang lebih banyak dari score..apa-apa jer lah janji bahagia.