NuffNANG

Tuesday, October 20, 2009

Makan-makan for raya

Sabtu lepas akhirnya buat jugak makan-makan for raya this year, cadangnya tak mahu buat tapi dek kerana Selasa minggu lepas En. D bawak balik ikan fresh dari laut dengan banyaknya..terpaksa la saya buat jugak..kalo alamat 2 bulan la makan ikan kami nanti. Setelah dibahagikan kepada jiran-jiran terdekat masih ada balance lagi. Terus telefon mak untuk tempah laksa. Dalam kepala dah terfikir nak buat Laksa Kelantan dan Penang jer la. Walaupun nama jer orang Kelantan tapi saya tak berapa pandai masak kuah Laksa ni bila Mak is around..so invite mak untuk masak kuah laksa…haa takut ada jer yang tak kena bila saya masak bila chef diva tu around. Pedih nanti nak dengar rungutan mak…ehheh.

Menu hari tu ringkas aja:

Laksa beras

Kuah Laksa Penang

Kuah Laksa Kelantan

Ulam-ulamannya


 

Menu sampingan:

Nasi Impit

Rendang ayam

Kuah Kacang


 

Desert dan buah:

Puding Roti Kastard

Puding Susu Buah Koktel

Buah Rambutan-kawan kakak yang bawa

Buah Tembikai Merah

Papaya-tak sempat nak potong(still ada lagi kat dalam fridge)

Tembikai Kuning(still ada kat Fridge lagi)


 

Air: Sirap


 

Tak adalah penuh macam tahun lepas. Memandangkan ada yang pagi-pagi dah hantar message tak dapat datang. Ramai yang diajak namun tak berbalas langsung, so nak jangka berapa ramai yang datang susah la skit. Pada awalnya cadang nak buat spaghetti Bolognese lagi tapi bila dah 10 orang cakap tak dapat datang makanya terus tak jadi.


 

Tahun ni tak berapa penat sangat compare last year, mungkin sebab guna bekas polisterine jer..tak payah sibuk-sibuk nak ulang alik ke dapur basuh itu ini. Dalam pada tak ramai yang datang tu nasi impit habis dan kuah kacang habis dulu, begitu jugak puding roti..terpaksa masak nasi impit lagi dan buat lagi pudding…tapi sedikit terhangus sikit..walaupun still boleh makan lagi…sapa la yang pusing temperature ke 250 ' celcius tak tahula.. biasa masak 180 jer..ish malu jer…buat kali kedua pun habis gak.


 

No comments: