Malam nanti beberapa buah rumah adalah dalam 7 buah bertentangan telah bermuafakat nak berbbq. Rancangan ni telah diplanning oleh encik suami dan telah diwarwarkan pada saat-saat akhir kepada para isteri untuk menyediakan itu ini. Tanpa pengetahuan Pn isteri, En. Suami yang budiman tu telah menganggukkan kepalanya kepada encik2 suami yang lain untuk membuat pemanis mulut. Si isteri yang rupawan ni dan dermawan serta rajin tahap gaban ni pun mulalah merangka-rangka apa dessert yang sesuai tuk dihidangkan kepada tetangga yang lain dalam masa yang singkat sementelah Pn isteri bukanlah surirumah sepenuh masa. Dalam mengigil demam kura si isteri yang budiman pun menyediakanlah puding gula terhangit abad ini. Dek kesenggalan akibat demam kura Pn isteri telah menghanguskan gula sebanyak 2 kali tanpa pengetahuan En. Suami...hhaahha..sunggul senggal kan. Dalam pada kesenggalan itu jugaklah malam sebelumnya dia sempat juga menyediakan 3 menu tanpa henti..
1. Puding Susu
2. Puding Gula terhangit abad ini
3. Kek Coklat untuk anak dara menyambut aidilfitri disekolahnya serta petang nanti jugak Pn isteri yang rajin ni akan menambah menu last minute permintaan en. suami lagi untuk membuat fruit koktel. Sekian...gambar-gambar akan diupload selepas jamuan berlangsung.
Oppsss...selepas itu Pn. Isteri akan berdesup pula menghantar En. Suaminya outstation ker laut dalam ..boleh gitu.. dan baru 2 ker 3 saat Pn. Isteri menerima sms pula untuk merewang menghias bilik pengantin pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada hari Ahad... sibuk betul jadual Pn. Isteri ni ya..
No comments:
Post a Comment