NuffNANG

Thursday, October 1, 2009

Mat Jenin

Hari ni dah masuk 1 October 2009. Saya mulakan hari ni dengan fasa berangan-angan tahap cipan..kah!kah!kah!. Angan-angan saya tak lain dan tak bukan berkaitan duit..sungguh material saya kan!. Memandangkan raya belum berakhir kononnya bagi sesetengah orang saya telah mulakan fasa angan-angan saya berkaitan duit dan makan. Sementelah apek tua telah awal-awal memberitahu ketidak hadiran beliau dalam e-mailnya lewat petang semalam saya diserang demam malas secara mendadak.

Saya menemui pakcik google dengan zero mind. Tak tahu apa yang nak saya godek-godek-godekkan. Saya kurang pasti adakah permulaan hari ni dengan menggoogle sebagai imbuhan atas kerajinan saya menyiapkan tugasan semalam,..pedulikan. Saya memulakan dengan mencari imej gambar makanan dan secara tak langsung pakcik google telah menemukan saya dengan pelbagai rangkaian café dan restaurant yang amat-amat mengujakan saya.

Nak-nak pula café-café tersebut dihias cantik interiornya berkonsepkan pelbagai tema saya seolah ditarik oleh aura-aura mat jenin untuk terus mengelamun dan berangan yang saya mempuunyai sebuah small café untuk disuahakan.. Kalaulah saya sedang memeluk batang kelapa seperti mat jenin sudah pasti saya sudah jatuh kebumi. Saya suka cerita mat jenin..bagi saya tak salah berangan-angan. Setiap kali saya mengutarakan impian dan angan-angan saya bila berkomunikasi dengan En. D beliau akan terus berkata dengan loghat Peraknya:

“Nghentikanlah angan-angan awak tu kalo tak berduit”

Memang kata-kata En. D mampu mematikan impian saya..ketika itu sahaja. Terus terasa seperti pisang yang mahu dibuat cekodok..dilenyek-lenyek..hancur. Lagi saya pertikaikan lagi dia akan mematikan ayat-ayat cinta saya tu sehinggalah mati kutu saya dibuatnya..sayakan seorang yang tak petah berkata-kata….naif gitu..eceh!.

Tak suka…tak suka En. D…bagi dia tak guna berangan kalo tak berduit. Sangat-sangat bertentangan dengan saya…bagi saya dari angan-anganlah akan jadi kenyataan kan! kan!

Tiba-tiba telinga saya seolah-olah terdengar lagu yang dinyanyikan oleh Raja Emma..eh saya masa kecik-kecik dulu amat suka penyanyi ni.cutekan dia dulu-dulu.

“Angan-angan bila mencari pasangan..yang bakal jadi pilihan si hartawan”

Ish kenapalah dulu saya tak terfikir akan lagu ni bila menerima lamaran dari En. D…ish kejinya saya..hehhe

2 comments:

Umie said...

sahngatlh setujuk okey?! ptt bgi lh ransangan (jgn ransang yg len udah!!) =P

Sally said...

hehheh:p