NuffNANG

Friday, February 5, 2010

Rahsia Hati...siapa yang tahu

Setelah sekian lama drama ini disiarkan di rangkaian televisyen saya hanya berpeluang menontonnya hanya pada last episode. Jangan terkejut sebab telah nyata dari dulu saya memang tak meminati drama ataupun filem Melayu. Bukan saya langsung tidak menonton cerita-cerita melayu …ada..Cuma sedikit..amat sedikit. Drama yang saya pernah tonton seprti Nur Kasih..pun begitu saya masih mengkritik keras endingnya. Langsung tak tragis atau membuatkan saya beralun dibuai rindu untuk menonton sekali lagi..langsung tidak. Berbulan saya menanti ending cerita tu tapi amat mengecewakan. Lain lain drama? Pun ada..dulu..lakonan Ako Mustpha dan Umie Aida..maaf saya lupa tajuk cerita tu…pun pasal cinta..antara kakak dan adik berebut si Ako ni..ending?.oppss, maaf saya langsung tak ingat ending bagaimana. Kalau dikira hanya 1 drama melayu satu tahun sahaja saya tonton.

Bila menonton drama melayu ni saya perlu konsentrasi yang tinggi. Pendengaran yang bagus..sebabnya seringkali drama melayu mempunyai latar muzik yang menganggu butir bicara pelakon…Ya focus yang lebih memang amat perlu.


Ok berbalik pada drama Rahsia Hati ni,hanya sesekali sahaja saya melihat kelibat Aaron Aziz atau Rita Rudaini di kaca televisyen. Kenapa? Ini berlaku bila tercetusnya perang remote anak beranak. Dan kebiasaanya saya akan menang bila waktu itu menunjukkan jam 9 malam (time for Korea..itulah kata-kata si anak dara bila tiba pkul 9). By hook or by crook remote blueblack itu akan jatuh ketangan saya….hehhe. Oleh kerana kelibat pelakon-pelakon glamor tu jarang kelihatan maka saya tak tahu jalan ceritanya bagaimana. Setelah ditayangkan pada January 2009 (info ni saya dapat dari internet..emm tak tahulah saya betul bendul atau tidak) drama sebanyak 40 episode ni dapat saya tonton pada last episode sepenuhnya….tanpa ganguan dari si anak dara yang telah terlentok di sofa mahupun bapak budak yang telah kebetulan dipanggil meeting persatuan cak pong-cak pong beliau secara tiba-tiba.




Wah seronoknya saya menonton walaupun pada final episode. Tanpa mengetahui jalan ceritanya bagaimana saya teresak-esak bilamana watak Aaron rebah dipelamin persandingan antara Arash dan Rita. Dan hari ini saya bertanya jalan ceritanya pada cik google dan makcik youtube..tapi selicin jalan ceritanya saya tak dapat jugak. Ada sesiapa sudi bercerita kepada saya?.

4 comments:

Sz said...

oooh sy tengok iklan dia je kak...hehe

Sally said...

Sz...kita serupa..tapi nak tahu la cmner jalan ceritanya.

m-i-o said...

yg umie aida blakon dgn ako tu - dalam hati ada cinta. kehkehkeh! sakit jiwa betul layan cite tu.

geram tgk umie aida satu hal.
geram tgk ako satu hal.
geram tgk elly suriati satu hal lagi.

nak aje hantuk tiga2 watak tu ke dinding. tensen tau :P

Sally said...

hahh MIO..hah ah baru rasa ingat sikit yang kakaknya tu dilakonkan oleh elly suriati..
memang pun patut hantuk kedinding..tp akak still x ingat endingnya..Now?..blurrr hahha