NuffNANG

Tuesday, February 9, 2010

Tumpang sekaki

Setiap tahun tengok untie-untie cina akan berebut-rebut buah ni bila ke pasaraya seperti Giant, Tesco ataupun Econsave. Dalam hati saya memang tertanya-tanya buah apa. Seakan ubi, serupa bawang pun ada iras-iras jugak.


(nga ku @ arrow head yang telah siap dibersihkan)

Akhirnya tahun ini saya beranikan diri yang telah begitu teruja untuk mendapatkan nga ku ini untuk dibuat kerepek. Memang sedap..nak buatnya pun senang. Patutlah bila CNY jer untie or nyonya cina akan berebut-rebut beli ni, almaklum setahun sekali sahaja buah bermusim ini menjelma.
Apalagi tahun ni saya cuba buat, memang sedap, ngalahkan pringles tau!... sebelum habis saya akan beli lagi buat stock. Memang syok mengunyah ni ketika menonton tv,sedar tak sedar licin semangkuk. Lebih sedap juka ditabur sedikit garam dan lada hitam.

2 comments:

Sz said...

sedapnyaaa kak...blh deliver ke #40 teratai 3? :p

Sally said...

Sz..mmg sedap la.First time akak cuba goreng nga ku ni..time layan cerita kt TV tak sedar semangkuk ngaku ni licin.. nak ker?..meh dtg ambik..deliver tak mai la..hhe