NuffNANG

Monday, June 7, 2010

Pernah tak?

Bila tetiba anda rasa anda ingin lari dari bebanan kerja. Anda rasakan anda perlu pulang atau pergi ke sesuatu tempat walaupun hal/perkara itu tak penting pun untuk melayakkan anda memohon cuti kecemasan. Hanya perasaan anda sahaja yang mahukan anda bingkas dari kerusi berpusing anda tersebut, mengambil handbag berjenama anda(tidak bagi saya!) dan menonong ke bilik bos dan menyatakan anda mahu pulang dengan muka yang serius tanpa menyatakan kenapa anda mahu pulang dan anda masih mampu tersenyum melihat muka bos yang terkejut beruk dengan tindakkan drastic anda itu.

Pernah tak??kalau tak pernah anda seorang penakut sama seperti saya..hhaha..sebabnya saya terasa seperti mahu pergi berpoya-poya seorang diri. Bawa bag galas yang berisikan kamera, bawa drawing block, bawa waterkaler, bawa tripod dan lantas memandu kereta buruk saya dan berhenti dibahu jalan dan berpura-pura menjadi orang asing walaupun hanya sepelaung dari tempat kediaman anda. Menghalakan lens kamera kearah subjek yang diingini ataupun…

Bersantai di tepian tasik sambil baring membaca novel dengan tiupan angin tasik yang nyaman..sesekali mengunyah epal merah yang ranggup sambil tangan kiri menyelak halaman novel seterusnya. Alunan music sentimental dari corong handphone mengiringi kedamaian petang ditasik…atau sesekali terdengar cicipan burung-burung kecil diselang seli dengan seraknya suara gagak!..eceh..sungguh rasa macam nak blah jer niiiiii!!!!!!!!!

12 comments:

Umie said...

teringin jugak tu kak, jOm la =p

IntanSham said...

apalagi kak, blah ajer... dulu masa saya keje kat kilang saya pernah buat tawww.. dek kerana bosan giler ngan keje, saya slamber gi jumpa bos, cakap "bos ai nak halfday tak kire u kasi ke tak,ai ttp nak halfday" - sambil hulur borang cuti. Bos sbb tengok muka saya serius giler, tak ckp byk terus sign.. wakakkakaaaaa... pastu saya terus kuor kilang dan buat poket terapi kat merata sopping complex di sekitar JB.. sungguh tak beretika, tp hati mak puas.. muahahahhaaaa

mak encik | SZ said...

takkkkk pernahhhh :)

Unknown said...

sedihhh ni.. my Nok6760 hilang dalam BIMB mlm ni... harap esok meneger bank tu bagi tengok cctv sape yang ambil henpon aku tu.. banyak lah nombor yg terhapus dari ingatan ku.. moga2 orang tu nyesal dan akan pulangkan semula atau jumpa kau di akhirat nanti utk balasan yang pedih..

TopsyTurvyMum said...

macam situasi dalam novel hihihi..

housewife pun kadang ada rasa camtu..tapi tak tergamak lak tinggal anak2:)

lady lavender said...

i pernah buat sekali...time tu tgh bengang sgt gaduh dgn c**a kat tpt i...tak ckp pun dgn bos, letak aje form cuti kat atas meja dia terus blah...

Sally said...

Anis..
tak boleh rancang..nak kena buat terus.ihik

Cikgu Intan..
O tabik spring 10x..next day datang kerja camner? any respond dari boss tak?

Sz..
org gomen berani ker buat gitu??

Abe,
Simpati..tak pa la beli lain..then duplicate no tu kat home pc..wat to do..tp camner leh hilang tu konpius adik..

TTM,
Surirumah kenalah minta cuti dari suami for day out..sorang2..tp tu la tak tergamak kan nak tinggalkan anak2 even dgn husband pun semata2 nak joli katak gitu..ekekke..

LL,
Oh akak sekali lagi kena tabik spring tp masih tertanya-tanyua apa respond boss ya..sbb ada cita-cita nak buat ni!..hheh

Anonymous said...

paragraph 1,
saya tak pernah buat.

para 2 & 3 saya pernah buat. :)

Sally said...

Buzzybug..
salam kenal..hhee agak2 berani tak nak buat yg paragraph 1 tu..kalau buat bagi tahu ya!..akak belum ada keberanian lagi ni..

m-i-o said...

aisey. walaupun sy ni brutal, tp tak berani la direct gitu. kahkahkah!

paling2 pun sy kuar lunch lama sket - instead of balik ofis kul1.30ptg, sy balik kul 2.15ptg. kahkahkah! biasanya bos tak cakap apa pun.

knv said...

ya, saya pernah angkat kaki blah dari opis. dua kali.

dua-dua sebab bengang dengan bos.

tutup pc hangkut beg pastu gi tengok wayang. :P

Sally said...

MIO..tak dapat bayangkan kalo hang begitu..mati terkejut kot bos hang kalau betul berlaku ya la..cik puan yang ayu berkebaya tetiba mengamukl gitu..ekeke..

KNV..
2 kali?? tak sangka brutal jugak KNV ni hehhe:p..saya sekali pun tak lagi ni..