NuffNANG

Friday, January 28, 2011

Tiap-tiap hari kita

akan berkejar-kejar ketempat kerja, dengan kelajuan yang paling maksimum agar punch card kita tak berwarna merah mahupun untuk mengelak nama kita dari tersenarai sebagai top lateness dalam carta. Itupun selepas kita kelam kabut menghantar anak kesekolah seawal 6.30 pagi mungkin dan menempuh kesesakkan jalanraya yang mana kadang-kadang kita tak dapat nak menduga akan berlakunya kesesakkan!

Tiap-tiap hari juga kita memecut dalam kelajuan yang sama atau pun lebih lagi untuk mengejar masa agar kita tak dikenakan caj tambahan oleh rumah-rumah transit anak kita dimana jika kita lewat bayaran lebih masa akan dikenakan sebanyak RM5-7 sejam. Cuba bayangkan jika hari-hari kita lambat dan tentunya bayaran akan dikenakan sekali ganda dari bayaran bulanan transit kita dan cuma untuk 24 hari kita bekerja. Dek kerana itu jugaklah maka kita akan berkejaran memecut sebaik saja masa bekerja kita tamat…

Boleh terimakah agaknya kalau saya katakan alasan-alasan diatas ni sebagai sebab jika kena saman sebab memecut

3 comments:

Lady Lavender said...

heehe..terer sungguh sally bab pecut memecut ni yea..Kita pulak kalo bawak keta mcm siput.Selama kat sini lg lah tak pernah sentuh stereng kete. Abis terus dah driving skill yg sememangnya dah ciput ni :-)

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

hari2 camtulah keadaan akak ye? Pecut pun hati2 gak kak...kena saman naya je..duit pun terbang jg..

makcikkantin said...

pecut pecut juga...saman tetap saman....bayar jgn tak bayar...abg polis cuma akan paham kepecutan hanya jika dia beristerikan org yg selalu kena pecut....errr paham ke sally?:))
selamat bercuti