NuffNANG

Friday, January 7, 2011

Kalau bagi 2

pun gamaknya boleh habis burger McD tadi. Macam nak pecut lagi sekali ke Puncak Alam nun pergi beli big mac tu. Asalnya saya cadang nak ajak en.suami lewat malam nanti makan kat McD tapi nafsu makan macam tak boleh tahan-tahan. On the way dari Shah Alam perut dah mencarut marah lambat makan rasa pedih, sejak berperut dua ni masa tengahari langsung tak ada selera nak makan. Dari Pagi saya hanya makan 4 5 sudu nasi goreng jer, minum susu strawberry dan makan sunkist waktu tengahari tapi bila menjelang pukul 4.30 jer mulalah rasa lapar yang tak boleh ditahan-tahan sampai malam. Kalau makan nasi sekalipun pukul 7 tu pukul 9 mlm dah rasa lapar balik.

Cadangan nak makan McD tu kalau saya suarakan kepada en.suami sure dapat tentangan dari beliau. Dia pasti akan cakap yang saya punya perut mengada-ngada nak makan yang mahal-mahal aja, burger tepi jalan tak mahu. Saya bukanlah memilih sangat tapi memilih jugaklah...hehhe. Saya tak kisah nak makan burger tepi jalan tapi hakikatnya tak ada satu pun burger kat tepi jalan tu yang sama dengan burger kat McD...kalau ada tak perlu lah saya memecut ke Puncak alam semata-mata nak makan burger sahaja.

Lepas makan tadi saya bungkus pembungkus burger tu dengan newspaper, sorok celahan sampah2 yang lain..konon nak hapuskan buktilah..harapnya en.suami tak jumpa pembalut tu. Kalau ikutkan history tak pernah saya boleh menghabiskan sebiji burger dalam masa 15 minit..gelojoh gila rasanya saya makan tadi..kalau makan kat kedai McD tu sendiri agaknya mesti semua mata pandang kat saya..ehhh serius saya rasa macam tak cukup jer burger tadi tu...agaknya berjaya tak saya ajak en.suami pergi McD lagi malam nanti....

4 comments:

Lady Lavender said...

sally..kata org,time mengandung ni kita ada 'lesen besar'. Time ni mintaklah apa saje Insyaalah boleh dapat heehee..
*Dulu, mengandung 3 org anak satu pesen aje. Buka mata pagi2 terus cari makan. Bila dah petang bwk ke mlm dah tak boleh jamah apa2 lagi dah. Kalau mkn, semua akan keluar balik.

sz | m.s.s said...

ahahaha
k sally, saya dah penah call mekdi puncak alam tu..diorg belum ada delivery lagi ke rumah..klu tak lg senangggg nak makan & hapuskan bukti...kuikui

fa10 said...

kak,
kat taman kita belum ada kedai makanan segera ke?
klu ngidam tu mmg kita nak yg spesifik... sy dulu ngidan nasi air kolej ke6 university malaya.. hahaha

Sally said...

LL,
belum pi jumpa doctor dpt pengesahan bertulis lagi, tu yang belum dikira dpt lesen dari en.suami tu..hehhe..terbalik pulak dgn saya kalau ptg ke malam baru rasa lapar nk makan.

Sz,
oh belum ada buat delivery lg ya..bilalah agak2nya ya!..

Fa10..
Yang ada kat area SU kedai makanan segera ada dua..Ayamas dan KFC..McD Puncak Alam tu kiranya yang paling dekat la dgn area taman kita.
Mesti nasi air kat kolej tu sedap tu..agaknya masa tu dah tak bubur nasi kat SU...skrg pun kat satu kedai kat SU ni pun boleh tahan gak bubur nasinya tau!hhhe