Oleh kerana tak modal nak celoteh panjang lebar, isu tak ada sangat..anak dan anak2 jiran termasuk en.suami still berdengkur lagi petang-petang hari (semua kepenatan dek bergotong royong kawasan kejiranan tadi..budak2 nyibuk jer pun letih macma orang tua-tua gak)ni saya tepek gak la resepi ni. Saya ikut bulat2 cara kak Rosaliza tu..cuma tambah satu sudu besar pati oren sunkist, kasi bau skit sedap oren saya tu dah lunyai sikit lama dok bertapa dalam fridge:
BLENDED ORANGE CAKEresipi : kak fida @myresipi
Sumber dari : Kak Rosaliza
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - kak Rosaliza boh 1 cawan + 1 sudu
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )akk guna soda bikabonat
1 sudu pati oren sunkist(saya tambah..)
Cara-cara
1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4.Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. - Kak Rosa bakar bkr 30 minit suhu 150C. Yang ni saya follow owner resepi ni.

..lupa nak ambik gambar sebelum potong.Dah cut semua baru terfikir nak ambik gambar.

Amacam kak Rosaliza..lulus tak ni?..kalau lulus nak sedekah kat jiran sebelah ni..hehhe
Sebelum tu layan masuk mulut dulu..tak rugi buat ni memang sedap banget..