NuffNANG

Friday, April 1, 2011

Mengandung kali ni

bagi aku ada sedikit berbeza dengan 9 tahun yang lalu. Mungkin sebab usia dah nak masuk middle of 70..ishh tak ada nya malunya nak sebut umur sendiri..cuma saja sesekali sesekali bagi orang mencongak sikit...hahha. Isnin minggu ni saya ke klinik bukan untuk check tahap hb saya..cuma nak dapatkan MC..kerana turn jaga dan hantar mek kecik kesekolah. Memang agak sukar nak menipu untuk mendapat MC semata-mata..dari malam lagi saya kepala dok mencongak2 apa sakit yang saya nak bagitahu doctor. Nak kata demam..saya tak rasa saya kelihatan demam..sakit perut..ish..mcm tak logik pulak. Akhirnya bila sampai ke klinik jer automatik saya cakap nak scan skit sambil nak tengok nampak tak jantinanya dan saya nyatakan sebab belakang saya sedikit sakit dan tak dapat nak tidur lena jer akhir-akhir ni. Fuh nasib baik doctor tu bukan doctor owner yang biasanya sedikit kedekut untuk memberi MC. Malangnya sesi scan tak nampak dengan jelas jantina janin saya..dan kesimpulannya doctor cakap janin tu female la...emm sedikit rasa kecewa timbul walaupun mek kecik tu tersengih panjang kononnya..geng bas sekolah dia bakal tiba bukan geng pancing mcm abah!. Saya pujuk hati sendiri..sebab doctor pun cakap yang tak nampak langsung jantinanya..suspek girl aja..jadi kemungkinan belum tentu betul kan!.

4 comments:

Lady Lavender said...

dah ada girl mestilah berharap dapat sepasang kaann..semoga impian termakbul :-) Lagipun scan tak selalunya tepat gak..

=sz= said...

middle 70 kak?
rasanya mmg gitu la kak, saya yang "muda remaja" :p ni pun pegnen kedua, ketiga mmg tak energetic mcm anak pertama ... orang kampung saya kata badan dah "season" ;p

mamaDhea said...

so, MC dpt tak? hee..

Sally said...

LL,
emm memang harap sepasang..buat geng dgn en.suami pulak..hheh

Sz,
kadang kala terfikir better look old but energy like young ..haha..

MamaDhea,
harus le dapat..nnt kempunan ibu mengandung..hehe