NuffNANG

Monday, April 11, 2011

Breastfeeding

adalah sesuatu yang baru menyapa saya sejak mengandung kali ke2 ni. Kalau dulu yang ada yang bertanya saya samada bf tak anak..jawabnya ada tapi bukan fully bf la. Walaupun ketika keluar bersama baby atau balik kampung memang anak kecil saya masa tu tak perlukan susu botol tapi saya bukanlah pengepam tegar..malah alat-alat mengepam pun saya tak pernah tengok..jakunnya saya disitu. Hanya beberapa hari ni sahaja saya mula mencari info tentang apa itu ebm?, apa itu brestfeeding..cara penyimpanan stock susu dan sebagainya..tiba-tiba kali ni saya teringin menjadi pengepam tegar ala-ala pekerja kilang kicap cemerlang itu. Tapi tak tahu nak mula dari mana, apa langkah bijak pertama yang saya harus ambil?..rasanya dengan bantuan cik google sahaja tidak mencukupi ilmu untuk menjadi pengepam tegar..hhehe..kena bertanya pada yang ariff gitu.
Kenapa saya tiba-tiba berminat tentang breastfeeding ni?jawabnya saya mahu sepenuhnya anak saya mendapat khasiat susu ibu sehinggalah usianya 2 tahun bukan sebab breast yang semakin mengembang akhir2 ini ya!!..hahha. Kalau sebab terpesona dengan kegigihan ibu2 muda sekarang mungkin ya..apatah lagi diopis saya sekarang sudah ada bilik khas yang disediakan untuk mengepam..semakin la saya teruja nak join the group..tak kisahlah..walaupun biliknya hanya berukuran 9x 2 kaki sahaja..tapi nampaknya agak complete..ada bangku..sinki..rak dan kipas angin dalam bilik sempit tu..cukuplah tu..nak solat pun dah ada bilik aircond aka tempat penginapan kakak cleaner yang saya gunakan untuk solat dzuhur dan asar serta boleh berzzz sambil bergosip dengan kakak cleaner tu..dulu bilik tu agak berhabuk dan kotor ..alhamdulillah sejak kakak indon yang baru ni rajin solat jugak maka bilik tu selalu dia mop dan bersihkan..lagipun staff lain tak solat kat situ hanya saya dn dia sahaja..oklah kan..tak payah nak berbut tunggu turn dan sebagainya…sekali tu tengah saya melepak sambil tunggu waktu dzohor MD saya masuk dengan mengejut sebab nak perlahankan central aircond yang terlalu sejuk..terperanjat gak saya takut gak bila lainkali dia runtuhkan pulak bilik tu bila dapat tahu saya gunakan sebagai bilik solat seperti terjadi pada rakan saya dulu. Oh cukuplah pasal tu ya..saya cuma mahu tahu siapa yang ariff tentang bf ni silalah beri saya tunjuk ajarku sifu!!atau tahu mana-mana link yang boleh saya rujuk untuk permulaan ni..harap sangat ada yang membantu!!

10 comments:

=sz= said...

kak sally,
try khatamkan ilmu2 dalam forum susuibu ni... sgt membantu ... masa anak pertama dulu mmg byk ceduk ilmu di situ :)

http://susuibu.com/modules/news/

m-i-o said...

kak, beli aje buku panduan menyusu utk ibu bekerjaya - baru RM10 - bleh bli online - buku tu complete - highly recommended!

klo nk terjah forum susuibu bleh jugak, cuma skrg ni dh byk sgt org bukak topik kat sana, mungkin letih la nk belek satu2.

ataupun akak pegi attend breastfeeding class - diorang buat tiap2 bulan tp kne bayar la. ada satu lagi ialah support group meeting - kumpulan sokongan ibu2 menyusu, (free) buat tiap2 bulan gak dgn topik2 khusus.

knv said...

good luck! semoga dapat jumpa breastfeeding guru yang adil dan saksama! yang boleh memotivasikan.

tanya ajerr si mio tu hahahah! :P

Sally said...

Sz..
akak dah jengah kat susuibu.com tu..banyak tread..memang kena baca gak tapi kena belek lama skit..thanks for the info..

MIO,
ada link tak yang boleh akak purchase buku tu..
tu la dah banyak topikkan kan kat susuibu.com tu..kalo bertanya pun sure diaroang suruh refer balik topik yg pernah dibincangkan..

kat mana tu yg free..(psst..lajujer bila dengar perkataan free kan!)..ehhe

KNV,
thanks..
saya budak baru belajar
kena ambik pen untuk catatkan
kalau si MIO tu rajin nak mengajar
kecil buku nota A3 mak sediakan
hehhe..

Nadiah Sidek said...

sy dulu ada buat entry psl breastfeeding kat blog. kalau rajin boleh la baca. kat bhgn 'labels'..klik kat 'breastfeeding'. err..takde la byk pun..ada la info sikit2..lupa je nak buat entry baru psl breastfeeding :p

Lady Lavender said...

kagum dgn semangat sally nak fully BF..agak mencabar utk working mom. Semoga impian tercapai :-)
p/S. sampai skrg masih full bf wafiq until now he is 21 months. Alhamdulillah.

TopsyTurvyMum said...

Tahniah Sally.
Semoga Allah permudahkan urusan kamu untuk menyusukan anak:)

Mak pun join gak forum susuibu dedulu:) lagi satu kat babycentre.com.au :)

Sally said...

Nadiah,
I ada baca blog u tapi belum khatam bab tu lagi..hehh.nanti I belek2 lagi..mesti byk info tu.

Sally said...

LL,
best la u dapat fully bf kat Wafiq..itu sure yg fresh kan!..thanks..harapnya semangat ni boleh bertahan sampai umur dia 2 tahun..

Sally said...

TTM,
thanks nyah..mak belum terjah babycentre lagi..terima kasih bagi info..rasa makin bersemangat lak..hehh