NuffNANG

Wednesday, April 6, 2011

Rajin pulak saya

Sediakan bekal untuk mek dara tu sejak dia pindah sekolah tahun ni. Kalau dulu tu adalah sekali dua saya buatkan bekal untuk dia dalam sebulan tapi kali ni almost everyday saya sediakan bekal. Seringkas mana pun memang saya sediakan bekal untuk dia. Lebih-lebih lagi rajinnya bila tengok bekal-bekal yang TTM sediakan untuk anak teruna dia tu dan jugak kat rumah Pn.Lemongrass untuk anak daranya yang dua orang tu..hah yang ni lagi excited siap husband dia pun berbekal sama. Kalau en.suami saya..paksa bawa bekal pun tak mahu..boleh kira berapa kali dia bawa bekal, dan kalau bawa bekal memang kena sediakan bekas pakai buang sebabnya banyak kali jugaklah dia tinggalkan aja bekas dengan sudunya sekali, yang paling tak tahan seminggu lepas tu dia bawa balik bekas yang dah berkulat pulak tu…bagus betul kan!.hhah
Bila saya bekalkan mek tu biasanya makanan yang ringkas-ringkas sahaja, ada candy seketul dua, sandwich ringkas,biskut sekeping dua dan buah-buahan. Pasal buah dia ni cerewet jugak pisang tak mahu bawa nak apple atau grape aja. Kalau apple pun nak yang dah siap dibuang kulitnya.
Kadang-kadang time saya mc atau cuti memang saya suka sediakan bekal nasi goreng tak pun nasi dengan lauk ataupun meehoon goreng, tapi tak selalulah boleh sediakan, takut basi pulak kekdahnya. Sebenarnya saya sediakan 2 bekas bekal makanan dan 2 jenis minuman untuk mek tu. 1 untuk sarapan pagi ketika time rehat sekolah agama dan satu untuk rehat sekolah petang dalam jam 3.30 gitu. Bukan dia tak boleh beli kat kantin tapi tahu sahajalah mek saya tu kecil comel dengan budak darjah 1 pun boleh kena tolak. Lagi satu saya mahu didik dia berjimat. Memang saya sediakan dia duit tapi siap pesan yang duit tu untuk beli makanan yang berzat sahaja, bukan mainan bodoh2 yang selalu dijual dikoperasi sekolah mahupun luar kawasan sekolah, Alhamdulillah setakat ni untuk tahun ni duit tabungnya dalam masa 3 bulan ni dah adalah dalam RM70.00 . Bagi saya itu sudah cukup sebab tahun lepas 1 sen pun dia tak simpan..hahhah.
Bila bercakap tentang lunchbox ni saya sangat-sangatlah jatuh hati dengan lunchbox yang Pn. LG tayang kat blog dia tu. Kat Malaysia ni ada tak sapa yang pernah jumpa lunchbox camtu…kalau ada tolong bagitahu saya kat mana saya boleh dapatkan.Senang pula rasanya kalau ada lunchbox gitu tak adalah kalau dia bawa nasi dengan lauk pun terbuarai habis kan!.

6 comments:

TopsyTurvyMum said...

anak2 mak pun kalau nak apple mesti buang kulitnyer..nasib la mak dia tak keje, kalau keje? hehehe..sendiri mau ingat lah.

nanti leh order luncbox yer..hahaha..sempat tuuuu

Sally said...

TTM,
ada ker nyah!!..dah buat tayangan tak kat blog hang..mak tengah excited ni...

Cik Ina Do Do Cheng said...

sally, salam kenal.

Firdaus tu 6 tahun pun suka bawak bekal ke tadika, dia kata kat tadika bagi biskut tak kenyang. nakalkan.

Sally said...

Cik Ina,
Salam kenal jua..jarang ada boy yg suka bawa bekal kan!. btw selalu bekalkan Firdaus apa?

Anonymous said...

nak kekalkan budaya bawa bekal juga la kat Awla nnt...
dia pun cerewet bab makan, sandwich jer yg masuk dlm tekak dia.

Sally said...

Fa10,
seronok sediakan bekal kat budak2...zaman akak dulu..tak adanya nak pilih2 sendiri..ikut apa yg mak masak dan bawak jer..Awla mesti seronok nnt bawak bekal sendiri...