NuffNANG

Monday, February 9, 2009

Love Story for TAG

Demi meyempurnakan misi TAG by Cik Zufa terpaksa la aku memerah otak mengingati kembali cerita-cerita cinta yang aku pernah tonton. Pun begitu rasa misi ini tidak dapat aku completekan 100% memandangkan apa yang Cik Zufa mintak tu tak relevan dengan keadaan dan memori semasa aku. Almaklum aku tidak lagi menjadi pengemar wayang semenjak menjadi wife ni..my bf ni jenis yang tak gemar menonton wayang...lain la xbf aku dulu..kih!kih!kih!.My bf ni jenis yang suka tengok drift, racing motor kereta dan jugak go-kart..tak kan aku nk cerita pasal tu pulak kan. According to Cik Zufa rulenya mcm ni:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Please copy the following rules in your post (as usual)

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.


2. It doesn't have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.


3. You have to tag another 5 person to answer this tag.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* 1.
Ini movie cinta yang pertama aku tengok masa dialam remaja dulu..setakat ni kisah cinta ni memang menduduki carta pertama bagi aku la berdasarkan kisah cinta paling syahdu sekali..kalau diulang tayang kat wayang rasanya nak jugak aku pergi lagi sekali. Cerita ini seakan kisah cinta Romeo and Juliet, terlalu tragis bagi aku..sebak tengok. Kami tengok cerita ni beramai-ramai kat TGV Jaya Jusco Klang..group yang bercampur lelaki dan perempuan tu alkisahnya sentiasa bising dalam panggung tu bilamana ada sesekali cerita tu diselitkan dengan adengan lawak..ini berlaku sewaktu adengan Jack dikejar oleh pengawal tah apa nama watak lelaki yang menjadi tunangan Rose tu..satu panggung yang majoritinya dipenuhi student tu gelak sakan, namun bilamana di akhir episode bila Jack hampir beku dan Rose terpaksa melepaskan tangan Jack satu panggung senyap..yang kedangaran cuma sok sek sok sek.. jer..termasuk la geng-geng budak lelaki course aku..habis hilang macho dah tiem tu..apa yang aku suka pasal cerita ni sebab kisah ni berkakhir dengan sad ending.
Ok next movie..oppss bukan movie tetapi drama bersiri yang romantic :
*2.
Drama ni aku tonton setiap petang, yang kelakarnya bf yang tak suka tengok love story pun leh sama-sama mengikuti kisah ni. Kisahnya begini..
mengisahkan Kang Bok Ku, seorang peninju yang bertemu dengan abangnya Kang Min Joo selepas 10 tahun berpisah. Bagi Kang Bok Ku, abangnya adalah segala-galanya kerana sejak kecil telah banyak berkorban untuk dirinya. Tetapi malangnya, Kang Min Joo telah ditimpa kecelakaan apabila telah terjun dari bangunan secara tiba-tiba. Kang Bok Ku cuba mencari punca mengapa abangnya terjatuh dan telah mendapati, abangnya telah kecewa dalam percintaannya dengan Cha Eun Suk yang merupakan seorang artis terkenal. Kang Bok Ku berhasrat untuk membalas dendam kepada Cha Eun Suk yang menyebabkan abangnya terus koma.

Cha Eun Suk, seorang pelakon terkenal dan jelita mengalami kekecewaan dalam percintaannya dengan Kang Min Joo setelah Kang Min Joo meninggalkannya tanpa sebarang sebab dan alasan. Dia sangat sedih namun terus cuba meneruskan kehidupannya. Dalam masa yang sama, Cha Eun Suk telah terperangkap dalam cinta seorang anak hartawan yang berjaya iaitu Kim Joo Sung. Kim Joo Sung yang mengumumkan pertunangannya dengan Eun Suk pada mulanya sekadar ingin menutup malu apabila video yang memaparkan dirinya bersama Cha Eun Suk dalam situasi yang tidak disengajakan akhirnya benar2 jatuh cinta pada Cha Eun Suk. Namun begitu, Cha Eun Suk tidak mencintai Kim Joo Sung walaupun ibu tirinya telah bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua.

Kang Bok Ku telah bekerja sebagai pengawal peribadi Cha Eun Suk, di mana tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan artis popular itu. Dalam masa yang sama, Kang Bok Ku cuba untuk menawan hati Cha Eun Suk dengan tujuan untuk membalas dendam. Tanpa disedari, Kang Bok Ku telah jatuh cinta sebelum Cha Eun Suk juga turut jatuh cinta kepadanya. Akhirnya mereka sedar, mereka telah sama2 jatuh cinta. Kim Joo Sung telah mula menyedari bahawa bakal tunangnya semakin menyukai pengawal peribadinya sendiri. Cha Eun Suk pula mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pertunangannya dengan Kim Joo Sung. Namun begitu, akibat ketamakan ibu tirinya, Eun Suk terpaksa akur untuk meneruskan pertunanganya. Pada hari pertunangannya, Cha Eun Suk telah lari bersama Kang Bok Ku tanpa ada rasa penyesalan. Namun begitu, setelah karier Cha Eun Suk musnah akibat melarikan diri pada hari pertunangannya, Kang Bok Ku bertindak untuk meninggalkannya, sebagaimana yang pernah dirancangnya. Dan pada masa yang sama, dia mendedahkan bahawa dia sebenarnya adik kepada Kang Min Joo dan tujuannya bercinta dengan Eun Suk adalah untuk membalas dendam semata-mata. Cha Eun Suk benar2 kecewa apabila mengetahui selama ni Kang Min Joo meninggalkannya disebabkan oleh ibu tirinya yang malu jika Cha Eun Suk terus berkawan dengan Kang Min Joo. Cha Eun Suk kemudiannya membuat keputusan untuk menjaga Kang Min Joo sepanjang hidupnya.
Namun begitu, Kang Bok Ku telah menyembunyikan abangnya kerana dia tidak mahu terlibat lagi dengan Cha Eun Suk. Ini kerana, dia sendiri tidak mampu melihat Cha Eun Suk bersama abangnya sendiri lantaran dia telah jatuh cinta kepada wanita itu. Cha Eun Suk benar2 tertekan di atas kehilangan sekali lagi Kang Min Joo dan Kang Bok Ku.

Setahun berlalu, Cha Eun Suk menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan tidak menjadi artis lagi. Dia dan keluarga nya membuka perniagaan sendiri dan cuba melupakan kisah sedihnya. Kang Bok Ku pula telah membawa abangnya kembali ke Seoul untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari Kang Bok Ku telah bertemu dengan Cha Eun Suk secara tidak sengaja. Kali ini, Cha Eun Suk tidak mahu melepaskan Kang Min Joo. Dia mengambil keputusan untuk membawa Kang Min Joo ke sebuah rumah yang disewanya dan menjaga lelaki itu. Kang Bok Ku terpaksa akur dengan permintaan Cha Eun Suk. Kang Min Joo pula semakin pulih dan mampu duduk di atas kerusi roda serta mampu bertindak balas. Namun begitu, Cha Eun Suk dan KAng Bok Ku masih tidak mampu menafikan perasaan mereka. Mereka masih saling mencintai tapi masing2 serba salah kerana memikirkan keadaan Kang Min Joo. Kang Min Joo telah meninggal dunia secara tiba-tiba tetapi dia sempat berpesan kepada Kang Bok Ku agar menjaga Cha Eun Suk kerana dia sendiri telah menyedari bahawa Cha Eun Suk terlalu mencintai Kang Bok Ku lebih dari dirinya. Hal ini telah menyebabkan KAng Bok Ku berasa amat bersalah kerana seolah2 telah merampas kekasih abangnya sendiri. Kang Bok Ku mengambil keputusan untuk berpisah dengan Cha Eun Suk walaupun Cha Eun Suk ingin bersamanya. Mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan kehidupan masing2 dengan baik dan melupakan kisah silam mereka. Cha Eun Suk kembali menjadi seorang pelakon yang popular dan merancang untuk berkahwin dengan Kim Joo Sung yang sentiasa menantinya penuh sabar. Kang Bok Ku pula menjadi seorang peninju yang berjaya dan bekerja bersungguh-sungguh di bengkel. Mereka tidak bertemu sehigga pada suatu hari Cha Eun Suk telah hilang dan Kim Joo Sung meminta Kang Bok Ku mencarinya. Kang Bok Ku tahu Cha Eun Suk pasti ke kaki gunung di mana mereka pernah bertemu di situ suatu ketika dahulu. Cha Eun Suk walaupun berjaya menjadi artis terkenal, tetapi hakikatnya dia sangat tertekan sehingga terpaksa menjalani rawatan mental selama setahun. Begitu juga Kang Bok Ku yang terpaksa memendam perasaan demi membuang rasa bersalah pada abangnya. Kang Bok Ku menjumpai Cha Eun Suk yang pengsan di kawasan salji. Cuaca yang sejuk menyebabkan mereka tidak mampu untuk pulang hanya terbiar di situ....till both of them tu beku..huhu sedih aku tengok cerita ni..cam siksa sangat dioarang nak together..
Pasal apa aku suka cerita ni sebab yang utama para pelakonnya yang handsome dan cun...hihi..aku suka tengok Rain berlakon walaupun dalam cerita ni aku agak watak yang dibawanya agak sedikit hambar..
*3.
Movie ni aku tak tengok kat wayang ..tengok kat tv..bukan sebab aku suka, sebab tak ada cerita lain yang kau boleh tnegok masa tu..cerita ni tak sedih pun..just rasa macam oarng yang membuat cerita ni ketandusan idea jer.. aku tengok ngan bf dan bila end of the story aku tanya dia
"camner cerita awalnya?"sebab aku tengok dah pertengahan ceriat tu..si bf yang dah tengok lebih awal dari aku tu cuma cakap.
"tah saya pun tak tau ni cerita apa".. boleh gitu..kesimpulannya..time tu tak ada cerita best yang nak layan so layan jer la cerita ni...sampai sekarang pun aku still tertanya2 apa rentetan cerita ni..haram aku faham...
*4.
Ni cerita klasik ni..aku tonton masa zaman kanak-kanak lagi dan still boleh ingat beberapa bait lagu yang menyayat hati.. antaranya
do sedo sena raha..pyar..re pyar rena raha..zhindagi hametera dan juga lagu hummere sanam...zhindagi thepak rehi...humeree manzhil la manzhu.. dan jugak lagu merre ganga...terre jamna....walaupun masa tu aku tak tahu apa itu cinta tapi aku pun turut menangis sayu...apa yang aku sedih aku pun tak tahu sangat..yang pasti cerita tu pasal perebutan cinta 2 orang sahabat dengan satu pompuan...ish sedih la nak cerita lebih-lebih sob!! sob !!.. ok yang ni pun bukan movie tapi drama..
5.*
Cerita ni memang best..aku tak pernah terlepas episodenya mesti tonton gitu walaupun terpaksa berebut remote dengan bf yang nak tengok cerita lain..siap boleh bergaduh lagi pasal cerita ni..
"asyik2.. korea..korea...skit lagi mata pun sama cam orang korea gak.." bebel bf bilamana aku berjaya merampas remote tu dari dia..hehe..peduli la janji aku dapat tengok fvrt drama aku..kih..pasal cerita korea ni aku memang hantu..ianya bermula bila 1st time aku tengok cerita Winter Sonata..masa dalam pantang kat Sara dulu..sejak tu aku memang suka sangat tengok cerita korea..antarany seperti My Girl(fh jatuh cinta abis tnegok heronya)..my little bride, my lovely sam soon,Autum in my heart..arghhh banyak lagi la...lenkali cerita..so Full House ni antara cerita yang paling aku suka sangat tengok..plaing suka bila dia menyanyi lagu 3 bear tu..kelakar sangat...
So kalo nak cerita pasal cerita ni panjang2 tak guna la..sebab banyak sgt episode nya kalau aku cerita mesti sama panjang dengan episodenya..sib baik cerita love to kill tu opendek aja..leh la cerita..apa pun aku akan bagi jugak homework ni kat 5 orang lagi...yang kena buat homework ni adalah:
1. Puan Rohaiza-yang sedikit malas mengupdate blog dia
2. Puan Farah-yang tersangat malas nak update blog dia
3. Puan Hanisah-yang memang rajin akhir2 ni update blognya
4. Puan Emma-mungkin dia banyak masa free kot
6. Cik Shafidah-kalo dia jenguk blog ni..

5 comments:

Rohaiza said...

Omi nie...lepas dia kena tag...dia tag orang pulak..huhuhu

Umie said...

gErk! anis kEnE baLek tag ka?

ARA said...

too lazy to update the blog b'coz no story to write..even org tnya pun..sy rasa xde idea langsung nk jwb..apapun..i'll just read jer la..lgpun skrg byk bt research..nk tingkatkn ilmu sket..he3..

Sally said...

Kak Za..tu la kalo rajin skit update tu kurang skit TAGnya

Nur Pu3
Ya..ya.anis kena TAG balik lagipun suka nonton wayang kan.

Ara...apa??? malas..tak masuk dek akal

ARA said...

yer..yer..penyakit malas menyerangku lagi..hu3..