NuffNANG

Friday, March 20, 2009

Angaukah saya???

Semenjak dua menjak ni fikiran saya amat terganggu, telah lama saya bermimpi akan si dia. Tidur tak lena,mandi tak basah, makan tak kenyang dibuatnya. Dia begitu mengasyikkan saya. Saya sering berfantasi bersama dia,menghabiskan hari-hari yang indah bersama. Saya telah menyuarakan isi hati saya pada bf , nampaknya dia memahami malah dia begitu menyokong tindakan saya. Semangat saya untuk mendekati si dia akhirnya tercapai bila bf secara tak sengaja membawa saya menemuinya disebuah kedai. Jika sebelum ini rasa kecintaan saya tidak begitu menebal tetapi setelah menemuinya bersemuka rasa cinta saya begitu membuak-buak. Tanpa menghiraukan bf saya terus menhampiri si dia,mengusap lembut badannya. Bf hanya memerhati sahaja gelagat saya.
"Aloo tokey..boleh saya cuba arhh" dengan gaya yang sedikit bodoh2 alang saya bertanya.
"boleh maa..cuba la, u mesti jatuh hati nnt"
bf nampaknya tidak kisah, malah tersenyum melihat isteri dia mencuba duduk diatas si dia..
"ok. maa.tgk berapa bulan-bulan...lu kasi angkat la satu untuk your gf". Itu tokey sudah kasi pujuk sama itu saya punya bf.
Bf angguk, saya tersenyum..ada harapan getus saya dlm hati. Kira punya kira congak punya congak bf cakap..
"tunggu abang check account abang dulu, kita dtg lagi lain kali"
waaaaaaaaa..adakah itu tandanya bf telah memberi signal bahawa kemungkinan besar dia mengizinkan saya memiliki si comel itu???..saya merenung si comel tu.dalam kepala sudah terbayang bilamana saya membawanya bersiar-siar sekitar taman kami..uish syoknya. Saya amat berharap agar bf bersetuju dengan permintaan saya ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

2 comments:

Umie said...

waH! nmpak gaya anis bakal akan ada rempit team niEh =P kui3

Rohaiza said...

apa2 pun ambik lesen dulu...jgn dok naik moto haram...bahaya..pas ada lesen baru bli. hish budak ni