Salam semua..selamat kembali berblogging..amacam hari raya anda? Sambut dimana? meriah tak? Ada menu baru untuk open house..kalau ada meh la share kat sini. Ikutkan hati memang nak buat open house tapi bila fikirkan budget cam lari la pulak. Kalau buat ajak kawan-kawan saya aja cam tak adil pulak untuk en suami tu. Saya kalau boleh nak ajak semua datang beraya kerumah dari teman-teman sekolah rendah yang bertemu semula akhir-akhir ni, teman-teman sekapal di UiTm dulu, adik beradik sebelah husband, adik beradik sebelah saya, jiran-jiran saya.. agak-agak lebih dari 100 orang tu. Kalau termasuk pasangan masing-masing mungkin dalam angaran 180 gitu. Ramai jugak tu.. saya ni pulak bukannya suka catering-catering ni sebab sebenarnya adalah saya tak mampu nak guna pakai khidmat catering ni. Saya kalau nak buat open house mesti nak masak banyak-banyak jenis makanan...hehhe walaupun hakikatnya bukan pandai masak pun. Dalam pada mulut cakap tak mahu buat open house pun tangan dah menyenaraikan menu-menu yang bakal menjadi pilihan saya..setakat ni dah 21 jenis. Biar betul...eh itu baru senarai aja..bukannya nak saya masak semua.
Ni senarai menu tu manalah tau ada yang ketandusan idea nak masak apa boleh la ambik salah satu senarai ni, dari masakan berat hinggalah desert:
1. Rendang Ayam kunyit
2. Nasi Impit express
3. Bee Hoon Goreng Carot
4. Kuah Kacang
5. Lemang ready made
6. Kek Coklat
7. Ayam Bali
8. Sayur Lodeh
9. Spagethi Bolognese
10.Gulai Daging
11. Nasi Hujan Panas
12. Laksa Johor
13. Makaroni Bakar
14. Ayam masak merah
15. Dalca
16. Nasi Carot
17. Makaroni Bakar
18. Nuget Goreng
19. Salad sosej
20.Fruit Koktel
21. Puding Gula Hangus
Sambil dok fikir menu apa nak pilih layanlan gambar raya saya dan family kat rumah mertua. Tahun ni tahun dia.. tahun depan dah chop awal-awal nak raya Kelantan lama-lama sikit. Tak kiralah cuti panjang ke pendek ker nak jugak raya kat Kelantan gitu.
Ni gambar saya dan En. Director tu..
Ini pulak gambar dengan adik beradik ipar duai anak buah sebelah En.D..ramaikan tu pun belum masuk lagi satu family yang lambat sampai. Harap tahun depan ada gambar raya sebelah pihak saya pulak..gambarnya akan lebih terang dan jelas sebab boleh fokus dekat-dekat sikit..ruang banyak..adik beradik saya tak ramai..hheh.
2 comments:
Wah syioknyaaaaa.....rugi aku takde
Saat..tu arr mmg rugi...eh meh la dtg rumah aku kat Saujana ni..bawa si Nafal tu..aku tak pernha jumpa lagi ni.
Post a Comment