NuffNANG

Wednesday, April 7, 2010

Amacam ok tak?



Ini percubaan pertama kali dalam hidup saya bermain dengan buttercream icing. Teringin sangat nak applykan kat kek... rasa icing memang sangat ok. Kek ini kakak ipar saya yang request untuk dua permata hatinya a.k.a my anak saudara. Jenuh saya nak melepa kek ini dengan tools yang memang terhad. Saya hanya gunakan pisau biasa dan pemotong agar-agar sahaja. Tak ada spatula, tak ada kek stand..tulisan pun just guna normal plastik beg biasa jer..noozle yang betul pun tak ada. Dulu saya pernah beli satu set tapi dek pindah randah jer dah hilang entah kemana.

Saya buat kek coklat biasa tapi saya lapiskan dengan pisang dan cream. Perjalanan yang jauh buat kek yang sepatutnya dingin beku ni mencair..bukan icingnya tapi pisang dan filing cream tu...memang best makan bila ianya agak sejuk sikit...apa pun saya tak patah semangat nak buat kek dengan icing lagi. Saya nak cuba applykan pada cupcake pulak...

psst: jgn kutuk lebih2 tau..walaupun deco amat tidak rupawan tapi teruja gila nak pamerkan hasil seni kerastangan saya ni..

6 comments:

Umie said...

chayOk3 akak!!! keep it up!!

Sally said...

thanks..tengah teruja dan gatal tangan nak buat ni..

Sz said...

oraits je kak tu! teruskan usaha! akak mmg minat dlm bab2 masak2 ni kan...best2...

m-i-o said...

perghhh. tak daya sy nk buat cubaan meniru ni. sy nk tekap buleh? kahkahkah!

m-i-o said...
This comment has been removed by the author.
Sally said...

MIO..sila-sila..ekkeke..lagi cepat kalau tekap dengan duit..terus jadi.