NuffNANG

Monday, April 19, 2010

Apa menu breakfast anda?

Boring la asyik-asyik makan nasi lemak bungkus setiap pagi..tapi nak buat camaner itulah menu yang cepat dan senang..singgah, bayar ,blah dan sampai opis makan. Tapi dalam masa yang sama saya perlu juga menyediakan menu pagi untuk anak dara. Kalau tak belum sampai pukul 10 dia dah lapar. Masa umur 5 atau 6 tahun dulu nursery aka tempat sekolah dia ada sediakan breakfast so tak adalah saya kelam kabut nak sediakan sarapan untuk cik mek tu. Sepecut mana pagi-pagi sekarang pun saya kena buat sarapan untuk cik mek. Secawan susu suam dan 2 ketul nuget dah memadai bagi dia. Cukuplah buat alas perut sampai rehat jam 10.00. Kadang-kadang saya buat scramble 1 biji jer..orait cik mek tak ada masalaah cuma sebelum prepare nak kena tanya dulu apa dia nak makan. Kalau tak dia makan sikit dan memazir saja. Saya suka brekfast yang ringkas aja. Kalau beli nasi lemak RM1 tu pun saya tak habis makan rasa tak berbaloi beli..mahu saja mintak beli dengan rega 50 cent tapi kat KL@selangor ni mana ada org jual nasi lemak rega 50 cent...ekeke. Nak buat sendiri rasa tak berbaloi.

Setakat ni saya suka sediakan sarapan seperti berikut
1. Roti=sapu planta dan jem strwaberry@kaya celup telur dan letak minyak sikit then bakar atas pan.
2. Nuget dan fries.
3. Roti=pukul telur dan letak garam serta potong sosej kemudian panaskan pan curahkan adunan dan tekap roti atas tu ..boleh makan letak sos cili atau mayonis.
4. Mee hoon=goreng dengan kicap dan telur..(chinese stall sytle)
5. Roti lagi=letak cheese keping buat ala sandwich, celupn telur dan goreng atas pan.
6. Karipap @ donut segera =buat mlm..pagi goreng.

ish asyik-asyik roti jer..anda ada menu yang boleh dikongsi tak. Ringkas senang dan mudah. Tak kisahlah roti juga pun, mungkin penyediaannya berlainan..jom kongsi...kuih muih beli tak mai ya..

4 comments:

mak encik | SZ said...

menu zaman "malas" sy skrg kak:
1)karipap pusing inti ayam
2)karipap pusing inti daging
3)karipap pusing inti sardin
4)cucur badak
5)nugget
6) fries
psst: tp sumerrr frozen...muehehehe

Sally said...

Suzi..menu zaman rajin tak ada ker?..:p

mak encik | SZ said...

menu zaman rajin plak:
1)bihun goreng
2)mee goreng
3)makaroni goreng
4)nasik goreng
psst: tp skrg tgh zaman malas..hihihih (cotiii 9 bulan sat :p)

Sally said...

mak aih..kalah org kelantan ni heavy breakfast nih..ekkek..9 bulan cuti tu..jeles akak dengar.