NuffNANG

Wednesday, September 1, 2010

Beratnya kelopak mata ni.

rasa nak pejam sesangat. Badan pun dah rasa boleh tumbang bila-bila masa jer. Semalam adik beradik en.suami datang berbuka kat rumah. Sangatlah kelam kabut sebab hujung minggu lepas langsung tak hiraukan rumah..sangat bersepah sebab anak dara bawa geng "kubang" dia join the xtvt menyepahkan tu. Hari Isnin.. hantar sms kat en.suami mintak dia tolong kemaskan rumah sama-sama malamnya.. senang Selasa pagi dah boleh terus ke pasar beli apa yang patut for Iftar. Jawapan "OK boss" dari en.suami siang hari tu tak memberi apa-apa makna. Lepas solat terawih ingatkan dapatlah dia tolong sikit sebanyak mengemas bilik solat kat belakang rupanya dia kelaur balik jumpa jiran-jiran bincang pasal moreh bersama. Diskusi moreh yang saya kira amat hebat hinggakan sampai pukul 2 pagi baru pulang.. emm agaknya hebat sangatlah menu yang bakal dibawa hari Jumaat malam nnt...hhah bila ditanya menu apa jawapnya biarlah rahsia...amboi nak rahsia-rahsia pulak dia.

Dah nama pun balik jam 2 pagi..mana nak mengemas lagi malam-malam buta tu. Akhirnya yang terpaksa bersilat dari bangun sahur sampai iftar saya seorang. Selasanya dia bekerja seperti biasa. Nak angkat kamera ambik gambar time iftar tu mmg tak larat. tapi cuba jugak dan amat kecewa bila guna flash kamera macam ada yang tak kena...gambar tak menjadi..nak setting manual pun dah malas...sebab badan dah letih sangat-sangat memang rasa nak tidur jer time tu. Tunggu semua balik dalam 11.30 baru habis.. tumbang terus lepas suruh en.suami sediakan sahur paginya nnt..pun hampa..tak boleh buat sebarang perjanjian dengan en.suami lagi..satu pun dia tak tunaikan...
untuk itu layannya tulisan n3 meraban sempena rasa penat yang amat hari ni..zzzzzz

5 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

ermm..cengginilah kehidupan seorang suri rumah tangga.. sentiase tak abis ngan kerja2 rumah kan kak?? letih je mendengarnya..:)

ns said...

Sebelum Ramadhan pergi, sy nk ucapkan Selamat Berpuasa & bakal menyambut hari raya. ;) Lewat..hehe. Sy hilang blog add kwn2.

mak encik | SZ said...

hehhee...
saya yang baca ni pun penat..
memang ternyata akak benar2 penat sampai menyalurkan kepenatan itu ke saya! ;p

Sally said...

Yuyun,
hheh..kerja surirumah ni mmg tak akan habis selamanya..

Gdiz,
Selamat berpuasa dan selamat hari raya buat awak jugak...patut la sunyi sepi jer blog.

Sz..
awak pun tumpang penat ya..heh

Childproofing Elizabeth said...

Thanks for postingg this