NuffNANG

Thursday, March 24, 2011

Semenjak..

anak dara duk rumah sebulan ni, hampir setiap malam saya akan berada didapur dari jam 8mlm hinggalah jam 10 paling lambat. Lepas tu baru naik tingkat atas, mandi dan solat isya teruskan xtvt manusia normal zzzz. Lama ya tempoh saya memasak?, itu dah campur dengan menjadi ustazah sambilan berulang alik dari dapur ke ruang tamu dan juga tutor tambahan bila jam 9 mlm, kalau tidak alamatnya anak dara tu tak buatlah homework dia. Sementelah en.suami kerja malam jadi terpaksalah saya buat semua kerja.

Dari prepare dinner, brekafst dan bekal untuk lunch anak dara boleh dikatakan setiap malam dari kul 8 mlm hinggalah 10 baru selesai...tapi rasa puashati sebab tak rasa mek tu kelaparan waktu pagi tengahari dan rehat pukul 3 ptg tu. Ni semua gara-gara tengok lunch box kat rumah LG tempohari maka saya teringin nak buat jugak cuma makanan agak terbatas sikit memandangkan tempoh agak lama. Kebiasaannya saya sediakan roti planta + gula, sumi jelly, biskut oreo dan juga apel. Kalau rajin skit saya buatlah meehoon goreng pagi-pagi buta tu..dan simpan kat fridge.. bila pukul 12.30 anak dara panaskan sendiri guna microwave..bolehlah dia makan untuk jam 3 tu, kalau mee hoon biasanya saya buat chinese style jer ..tahan lama skit. buat air ribena atau pun orange dan letak dalam fridge.. bila nak pergi sekolah dia akan tapau semua tu..alhamdulillah setakat ni duit belanja masih berbaki..bila ditanya simpan duit untuk apa..mek tu akan jawab buat beli rumah..tapi sekarang kalau di tnya berulang kali dia cakap nak beli kereta Alphard..kelakar pun ada...dia tahu maknya tak mampu nak pakai kereta tu kot...hehhe

Setiap kali saya didapur pastinya saya akan dengar bebelan dan jeritan jiran belakang rumah saya dengan anaknya..agaknya kalau saya naik angin kat anak dara ngauman saya pun kedengaran macam tu jugaklah gamaknya..adakalanya kemarahan tu tak boleh nak dikontrol. Semalam agak kelakar bila dia mengarahkan anaknya dengan bebelan yang kuat tiba-tiba habis jer laungannya tu saya memabalas dengan agak kuat juga.

"Ai..ai Kapten" jerit saya dari dapur. Agak2 jiran saya tu dengar tak...errr harapnya dia tak tahu itu suara lemak merdu saya..hehheh

6 comments:

=sz= said...

uikss anak dara tu skrg sekolah kat kampung kita ni kak?


ahahaa...nak gossip ni ..
semenjak saya menjadi pengurusrumah ni pun keje memasang telinga kat dapur ... akak percaya tak bukan sore sang ibu slalunya kedengaran, tapi sore bapak2 pggl anaknya..muahaha...
saya rasa sang ibukk kat sini nak marah anak p depan2 sikit (area ruang tamu ke) pastikan tingkap belakang ditutup (ehh tu macam cara saya je :)) )

Sally said...

Sz,
akak kalo en.suami marah anak mmg dia make sure semua pintu tingkap tertutup...hhehe..tapi yg sellau kedngaran marah2 anak yg betul2 rumahnya bertentangan dapur dgn rumah akak..

mek tu dah pindah sekolah kat sini dah sekolah pristana tu..mulai april dia naik van pg sekolah.. risau pun ada..

Yati Ali said...

kelakar baca part berbalas jeritan tu..i gelak sorang2 nih..

Sally said...

Yati Ali,
tu belum berbalas pantun lagi tu..ekekke!!

makcikkantin said...

Kepten tu pasti terkejut ada " hantu" jawab. Hahahahah.
Sally sihat ke sekarang? Bila masuk dock?

Sally said...

Mck,
kapten tu jawab...I can hear you..hhaha..
lambat lagi masuk dock..