NuffNANG

Monday, June 29, 2009

Tayar lama ganti baru!!

Menghabiskan petang yang damai di bengkel kereta memang amat membosankan, nasib baik ada En. Director dan Si Bonia, boleh la layan gaduh dan bertekak terutama dengan En. Director. Sambil menunggu turn tayar lama ganti baru, saya mundar-mandir sekitar bengkel. Hampir semua mekanik sibuk dengan tugasan masing-masing, pandangan saya terhenti pada seorang mekanik yang sedang memisahkan tayar dari rim, nampak senang, kemekkan pam angin keluar slushhh tanggal..macam senang dengan bantuan alatnya.Teringat pada adik ayah saya aka my uncle..selepas baru mendirikan rumahtangga pakcik saya ni bekerja dibengkel kereta dan suatu hari dia ditimpa kecelakaan mungkin kerana kecuaian dia jugaklah.. entah bagaimana sewaktu memisahkan tayar dari rim, kalau tak silap saya rim ataupun tayar tu melantun naik keudara dan sementelah itu jugaklah pakcik saya tadi mendongak keatas dan graviti rim tadi menjunam kembali tepat mengenai bahagian mukanya dan secara ringkasnya dia terlantar hampir beberapa bulan la kerana tulang hidungnya patah dan yang menjaganya selama dia terlantar itu tak lain tak bukan...adalah kakak iparnya yang merupakan ibu saya kerana si isterinya pada waktu itu tengah sarat mengandung...dan kini Si Pakcik ini tidak menegur ibu saya dan pernah menyatakan "kau tak ada kaitan dengan keluargaku..jangan masuk campur sebarang urusan keluargaku"..
Lamunan saya terhenti tatkala En. Director meminta kunci kereta. Jadi apa kaitan tayar dengan pakcik saya tu??.."lu fikirlah sendiri":p

4 comments:

Rohaiza said...

itu lah manusia....bila telah senang maka dia akan lupa segala yang dia lalui semasa susah.

Sally said...

Ya itulah manusia yang digelar "PATANA SIRONI"

Rohaiza said...

hahaha...sedapnye nama dia kan...dia sorang je nama dan perangai macam tu kt dunia ni...

Sally said...

yeah.. I have google this name kat web..no such name like this hahha:p