NuffNANG

Thursday, May 27, 2010

Penang

Rasanya tak cukup 2 hari untuk ronda-ronda sekitar Pulau Mutiara ni..2 hari?? nak makan capati ngan tandori pun tak sempat..yang sempat makan hanyalah pasembor (mahal jugak)., kerang bakar..saya rasa perut pun dah nak pecah sebab asyik makan aja. Saya cadang nak makan laksa la, nasi daun pisang la..yang dpt hanyalah nasi kandar tu pun..beria tnya org mana nak dapat yang best punya.. bila time makan nasi kandar ecik suami cakap..ala biasa jer rasanya..sy rasa lagi sedap kat area rumah lama kita nun. Pedulikan encik suami memang jenis lidah lain macam. Bagi saya nasi kandar kat sini memang sedap.. harga pun tak mahal..

Malam kat sana cadang nak rewang-rewang lagi sampai midnight..tapi sianak dara nak balik hotel. dia cakap.dah lama Sarah tak pergi hotel..Sarah nak duduk kat hotel puas-puas.. so layan jer la sementelah badan dan mata pun dah tak larat sangat nak berdangdut sampai pagi...so layan jer la gambar2 yg ada ni ya.. ..gambar ni dari dalam kereta jer..saya cadang kat en suami..buat emergency sat..tp cadangan ditolak..sebab dia kata nnt kena saman..awak bayar...
..kat area sini kami singgah makan tengahari masa memula sampai..anak dara yang tak sabar nak ke hotel tak mahu makan..takut lambat pergi hotel.. area ni tak jauh dari hotel..atas sikit dari Eastin Hotel..org kata kat sini malam sangat cantik..boleh nampak light dari bridge.
..Gambar ni dari tepian Padang kota Lama...suka tengok langit tu....Oh mood bergambar untuk orgnya belum ada..so layan landscape view jer la dulu ya!

Monday, May 24, 2010

Esok kami..

nak ke Penang sempena anniversary kononnya..antara perkahwinan si dia di bawah ni: dan jugak lelaki ni:
akan berbulan madu buat kali kedua lagi sekali untuk tahun 2010 ni selepas bulan madu di Bali tempohari..cuma kali ni kena bawak si budak ini berjalan sama:

Ni dah kira gangguan sexual kan!!

hujung minggu yang lalu..saya telah merajinkan diri mengemas rumah. Dari bermulanya seawal tengahari..kemas sambil masak..makan...continue lagi lepas isya' mengemas rumah. Hah saya ni memang sangat malas untuk mengemas ok..tapi bila sekali dah mula susah pulak nak berhenti..entah angin apa yang bertiup kearah saya pun tak pasti..agaknya...motivasi diri dari my sister bila pergi rumah dia tengok dia sibuk dok mengelap perabot pelbagai.

Memamng terlebih rajin la kalau siap naik atas meja pelbagai untuk lap lampu kipas..frame gambar dan sebagainya..nyaman jer bila semua debu-debu dan habuk tak ada..nak pula saya gunakan product serai wangi nntuk buat clean up semua..letih..sangat letih tapi rasa berbalaoi dengan keaadaan rumah yang harum dan nyaman.

Lepas isya' saya continue dari ruang tamu ke bahagian dapur. Susun atur balik periuk, bekas2plastik dan pinggan mangkuk..kat dalam gobok. Dah hampir 2 tahun tak susun atur balik. Biasanya just susun biasa jer..tapi kali ni saya keluarkan semua dan re-structure semula. Tengah syok dok re-arange semua barang2 tu..tetiba dapat message..dari nombor yg tak ada dalam list saya. Just simple word: Hai.. saya wonder sapa la rajin sms saya mlm2 ni..oleh kerana dah dua kali terima sms yang sama..saya agak pasti pengirim mengenali saya.eh I still ada record lagi sms yg lama about 2 weeks agao..sy reply sms tu:
saya: sori ur name x ada dlm lsit saya..siapa ni?
makhluk asing:..A**b..u tgh buat apa?..tak tidur lagi ker?
saya: oh awak (my client)..sori I x save nombor u b4. I belum tido..tgh mngemas rumah.
makhluk asing: rajinnya..ur hubby tolong ker?
saya: biasalah..mlm2 minggu cmni jer boleh buat pun..hubby night shift, buat sorang2 lagi la senang..tak ada gangguan(I mean ..dia la yg ganggu I k).Ada apa u sms saya mlm2 ni.. system access ada problem ker?
makhluk asing: tak ada..I bosan jer.. wife I tak ada..I'm alone.
saya: oic..kalau tak ada apa..saya nak continue kerja ngemas ni..ok..bye.
mahkluk asing: err..you tak tengok tv ker?..biasa kalau tengok tv you baring ker duduk?
saya: eloo..sy tak tgk tv..sy tgh ngemas..(time ni mmg sy dah rasa semacam jer dengan MA ni)
makhluk asing: ok..ok..saja. u ngemas pakai short pant tak?..sure sexy kan..

Saya terus tak reply message tu..dalam 1 hour..dia sms lagi..
makhluk asing: u mare ker?..sorry la dear..I ni dok terbayangkan u jer..

GILA..memang GILA. Saya anggap dia tu friend2 jer..saya dah lama kenal dia ni since kerja sini..dari tak kawen sampai la kawen...tapi mmg dia sangat2 melampau. Saya memang tak reply. Time tu saya dah nak tido..saya dapat lagi sms dia..
makhluk asing: u dah nak tidur ke belum..kalau u tidur.. u pakai b** tak?..

Hahha.sekali lagi hati saya panas..celaka betul la mamat ni.

Saya kol En.D..: Abang.. saya nak off handphone ni..kalau ada ada apa2 hal urgent..please kol handphone anak k..

En. D: kenapa?..handphone problem ker?
Saya: err.. ada gangguan sikit.
Saya terus letak handphone..delete all the conversation.. switch off. Kalau kena godek dengan En. D..tak ker naya saya nanti.. En. D sure salahkan saya kan!...dia bukannya nak dengar kalau saya explain betul 2 pun..

Pagi..bila wake up saya on handphone, terus masuk beberapa msg dari org yang sama. Still cakap benda yang sama missing me a lot..cepat2 saya delete. Mabuk ke apa mamat ni..

Dalam pukul 12 tengahari gitu..handphone saya berbunyi. Mak aik..saya ingat dia berani sms aja..dia telefon saya lagi... saya off balik handphone.

Dan pagi ni...bila nak off handphone alarm..saya lihat ada sms lagi dari orang yang sama. Kali ni saya tekad..akan keep msg dia..dan kalau perlu saya boleh buat laporan kat balai sebagai gangguan sexual kan!..menyesal saya tak keep message yag terdahulu..pagi ni baru saya terfikir..dik oi!!

Friday, May 14, 2010

Oh it's on that date!

Hujung bulan ni saya akan ke Penang. Saya menghabiskan voucher hotel yang bakal expired 31st May ni..ikutkan hati memang tak berduit sangat nak jalan-jalan ni..tapi sayangnya voucher ni tak boleh transfer..kena guna sendiri jugak..since hotel dah free just spend for food and travelling, En. D ok aja.
Bila update leave tadi baru saya perasan yang date saya booking hotel tu jatuh pada hari anniversary perkahwinan saya..emm...diam tak diam sedar tak sedar setelah bercakaran bertepuk tampar, bergelak ketawa, bermasam-masin..dah hampir 10 tahun rumahtangga kami....tapi itulah kenyataanya.

Walaupun dah hampir 10 tahun tapi seperti baru semalam saya kenal en. suami. Masih banyak rasanya yang perlu saya kenal luar dan dalam pasal en. suami ni. Hanya masa sahaja yang mampu membawa saya mengenali dia lebih jauh.
2 insan ni banyak sangat bezanya...dari segenap segi..Oh birthday saya yang lepas dia hadiahkan saya jam tangan..birthday dia 30 May ni apa yang harus saya hadiahkan ya!Kalau saya tanya..surelah set pancing yang mahal tu diminta..so better not to asked.. right?..

Ada sapa bermurah hati?


(imej dari cik google yg baik hati)..

Saya teringin sangat nak beli grill pan cam gambar kat atas tu. Dah ada nanti boleh la saya tayangkan masakkan saya pulak..apa kes?? Dah lama saya cari benda ni, saya tahu ada tempat yg menjualnya.Bukan susah pun nak dapatkannya..cuma saya nak yang murah aja..tapi kalau mahal sekalipun ..kalau dah gian sangat tu beli jugak kan! nak yang percuma..ada contest apa-apa yang saya boleh join tak??..

eh..agaknya kalau saya ada benda alah ni, bolehlah En.D gunakan ya..mesti bombastik masakannya nanti.

Ada sesiapa tahu mana boleh dapat benda ni dengan ciri2 seprti di bawah:
1. Tempat beli senang nak parking
2. Harga yang murah
3. Location kedai senang di cari
4. Jenis yang tahan lasak.. baling, pijak ke tak kemek..

Err kalau tak dapat macam yang kat atas tu macam kat bawah ni pun ok!.

Thursday, May 13, 2010

Kenapa anda BerBLOG??

Mula2 berkenalan dengan xtvt berblog ni..saya memang teruja gila. Rasa macam nak tulis macam-macam. Nak update macam-macam. Sebenarnya saya dah pernah mempunyai blog sebelum ni, tapi tak update apa-apa pun. Ahha yang paling best adalah nama blog pun boleh lupa apatah lagi ID or passwordnya. Oh itu dah kira macam tak ada blog la kan!..whatever!!. Beberapa hari ni saya tidak mengupdate sebarang N3...saya ,mnghabiskan masa menyelongkar blog2 blogger lain seadanya.

Dalam tempoh penjelajahan maya ni..mcm2 karaneh blog diolah. Dari blog2 bersifat ilmiah, blog merapu(ahha..ada lebih kurang blog saya la kot), blog resepi,blog dewasa,blog budak2, blog jualan(ish tak tahan ni..byk benda kena beli ni..tinggal En. Fulus jer tak izinkan) tak kurang jugak blog yang suka kutuk-mengutuk..oh tak rela you!!.ah banyak lagi la blog2 yang macam-macam ada. Pendek kata memang rakyat Malaysia suka berblog kan!!

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan kenapa saya berblog? kenapa saya menulis N3. Jawapan saya tidaklah seringkas mana..saya perlukan tempat untuk meluahkan rasa gembira, rasa menyampah, rasa teruja, rasa geram atau rasa tertekan. Pendek kata saya perlu berkongsi dengan orang lain tentang perasaan saya!.Rentetan dari jawapan saya itu saya ditanya lagi soalan kedua..kenapa tak luahkan pada orang tersayang? pada mak? pada suami? atau tulis saja pada diary?
Saya jawab kalau luahkan pada suami..habis kalau saya tak puashati pada dia saya nak luahkan pada siapa? begitu jugak pada mak saya..tak semua benda saya harus lauhkan pada mak kan!. Abis tulis sajalah pada diary?..hey bukan ker tujuan saya berblog untuk meluahkan rasa hati saya..kalau saya berdiary hanya saya jer yang tahu..so sesi luahan itu hanya disitu dan yang stressnya sampai bila2 diri akkakk jugakk!!

Bagi saya ada faedahnya juga xtvt berblog ni..selain menghilang stress, boleh menambah kenalan..boleh shopping online, boleh berbalas comment kan!. Dalam berblog jugak kita boleh follow meng follow jika kita suka. Oh tiada paksaan ok. Saya pernah membaca satu blog yang mana ada N3 dari LANDLORD yang mengatakan dia dimarahi pengunjung blognya bila si anu tu follow blog dia tapi dia tak follow balik??..eh macam-macam ada kan!..emm dalam istilah follow memfollow pulak saya akan follow blog seseorang dari segi kriteria berikut:
1. N3 nya menarik-Tatabahasa yang bagus..
2. Respond landlord dgn pengunjung bagus
3. Interest sama dengan saya
4. Blog yang sempoi tp menarik
5. Blog yang kelakar, boleh buat saya senyum sendiri

Pun begitu ada juga yg saya follow sebab memang kawan.. so u follow I follow la. Tapi saya memang tak berapa suka nak baca jika N3 yang menggunakan bahasa budak-budak muda sekarang(saya kan dah kategori T.U.A)..suka sangat meringkaskan bahasa.. contoh BTG?..apa tu?? batang?? butang??..APA HAL jadi..PEHAL..eh tolonglah..kalau buat terjemahan blog memang haru ok. Sebolehnya gunalah bahasa yang easy to read, nice to hear..bukan ker BAHASA JIWA BANGSA??..tak kisahlah bahasa apa yang digunakan..Jerman ker, Portugese..tatabahasa yang betul perlu kan.

Oh!! anda pulak bagaimana??

Monday, May 10, 2010

Hari Untuk Ibu

Berkunjung ke pasaraya G.ant di K.ta D.man.ara petang semalam, agak sedikit sesak. Ramai yang mengambil kesempatan berjalan-jalan dan meraikan hari Ibu. Pelbagai gelagat dapat dilihat,ada yang memberi cenderamata tanda kasih sayang.,tak kurang jugak para bapa yang mengajar anak-anak mereka menulis kad ucapan kepada si anak untuk ibu tersayang.

Sebagai ibu..tak perlu hadiah yang mahal-mahal pun cukuplah ucapan tanda ingatan dari si anak. Oh ucapan tu tak semestinya dari anak sahaja,suami jugak perlu untuk mengucapkannya pada isteri sebagai berterima kasih sebab melahirkan anak-anak yang comel buat penyambung zuriat mereka, menjaga makan minum dan seumpamanya untuk membahagiakan seluruh keluarga. Biarlah 1 hari itu ibu merasai dirinya dihargai anak-anak dan suami.

Ah..bercakap memang senang kan!..selepas telefon mak kandung saya, saya telefon ke Perak pulak..menanggis mak mertua saya bila saya call ucapkan Selamat Hari Ibu buat dia..saya tau en. suami tak akan buat begitu sebab dia bukan jenis yang sensitive sangat pasal ucapan2 ni.. lagi satu dia berada di Laut China Selatan..menjalan tugas sebagai part time nelayan…serentak dengan itu jugak saya tak semestinya tidak menerima sebarang ucapan la dari en.suami seadanya..Buat blogger yang memblog dan bergelar IBU..SELAMAT HARI IBU!!

Wednesday, May 5, 2010

Lemah lutut den ni..

Semalam sudah la sewaktu menghala balik dari opis, jalan jem gila.. lenguh sendi lutut dan penat kaki kiri dok tekan clutch..sebaik jer sampai rumah lepas pick up anak dara, tengok moto bercc besar(lawannya)en.suami tak ada, so terus aja bukak gate dan park. Bila nak bukak grill aja terkejut gila tengok rumah langsung tak berkunci.

Aduh..jantung terus berdegup kencang, grill tak berkunci dan mangga, pintu pun tak dilock. Tangan dah teragak-agak nak pulas tombol pintu tu..cuak gila..tak pernah pulak en.suami ni lupa tutup pintu. Terketar-ketar pulas gak tombol pintu tu sambil berlapikkan hujung tudung..takut hilang pualk kesan cap jari..mana tau ada karan ker. Saya tolak pintu perlahan, sunyi dan gelap.

Perkara pertama yang saya lihat laptop atas meja..fuh nasib baik ada lagi. Handphone en. suami yg tertinggal pun still kat plug charger. Sepantas kilat..bak superwoman saya terus naik ketingkat atas..tengok en. nikon saya ada ker tak??. Bila dah pastikan semua benda kesayangan saya ada baru lega hati..
Emm saya tak tahu berapa kilo semuat en. suami makan..sampai dia boleh lupa buat semua benda penting tu..nasib baik tak ada apa-apa?..syukurlah..

Monday, May 3, 2010

3 bulan lagi

Alamak dah bulan Mei, baru minggu lepas saya menyambut hari lahir yang ke 34..eceh..kini dah genap 34 tahun 1 bulan..sungguh cepat masa berlalu..dan ini jugak membawa maksud 3 bulan lagi kita akan berpuasa...nampaknya si tukang jahit pun akan memulakan bisnes jahit-menjahit tak lama lagi. Emm agaknya Cik Maya akan terima tak jika saya tempah sehelai dress for cik mek saya tu. Satu jer cukup la..nnt saya pun nak belikan dia baju kurung jugak. Saya sendiri tetntulah akan ke pekan Sungai Besar lagi..beli baju readymade jer la nampaknya. Langsir raya pun tak akan tukar punya..tahun lepas punya pun tak pakai lagi.hehhe..yang dok tergantung tu pun hasil dari shopping kat Cik iKea jugak adanya.ehh..sibuk2 pasal raya..puasa dah bergnati belum?? Alhamdullilalh saya dah..tahun ni agak cepat jugak saya habiskan puasa ganti. Pun begitu.. saya nekad mulai minggu depan nak puasa jugak senin dan kamis. Mana tau ada yang terbocor masa muda-muda dulu. secara tak sedar..boleh la tampalkan..betul tak?.