NuffNANG

Monday, May 10, 2010

Hari Untuk Ibu

Berkunjung ke pasaraya G.ant di K.ta D.man.ara petang semalam, agak sedikit sesak. Ramai yang mengambil kesempatan berjalan-jalan dan meraikan hari Ibu. Pelbagai gelagat dapat dilihat,ada yang memberi cenderamata tanda kasih sayang.,tak kurang jugak para bapa yang mengajar anak-anak mereka menulis kad ucapan kepada si anak untuk ibu tersayang.

Sebagai ibu..tak perlu hadiah yang mahal-mahal pun cukuplah ucapan tanda ingatan dari si anak. Oh ucapan tu tak semestinya dari anak sahaja,suami jugak perlu untuk mengucapkannya pada isteri sebagai berterima kasih sebab melahirkan anak-anak yang comel buat penyambung zuriat mereka, menjaga makan minum dan seumpamanya untuk membahagiakan seluruh keluarga. Biarlah 1 hari itu ibu merasai dirinya dihargai anak-anak dan suami.

Ah..bercakap memang senang kan!..selepas telefon mak kandung saya, saya telefon ke Perak pulak..menanggis mak mertua saya bila saya call ucapkan Selamat Hari Ibu buat dia..saya tau en. suami tak akan buat begitu sebab dia bukan jenis yang sensitive sangat pasal ucapan2 ni.. lagi satu dia berada di Laut China Selatan..menjalan tugas sebagai part time nelayan…serentak dengan itu jugak saya tak semestinya tidak menerima sebarang ucapan la dari en.suami seadanya..Buat blogger yang memblog dan bergelar IBU..SELAMAT HARI IBU!!

No comments: