NuffNANG

Thursday, May 13, 2010

Kenapa anda BerBLOG??

Mula2 berkenalan dengan xtvt berblog ni..saya memang teruja gila. Rasa macam nak tulis macam-macam. Nak update macam-macam. Sebenarnya saya dah pernah mempunyai blog sebelum ni, tapi tak update apa-apa pun. Ahha yang paling best adalah nama blog pun boleh lupa apatah lagi ID or passwordnya. Oh itu dah kira macam tak ada blog la kan!..whatever!!. Beberapa hari ni saya tidak mengupdate sebarang N3...saya ,mnghabiskan masa menyelongkar blog2 blogger lain seadanya.

Dalam tempoh penjelajahan maya ni..mcm2 karaneh blog diolah. Dari blog2 bersifat ilmiah, blog merapu(ahha..ada lebih kurang blog saya la kot), blog resepi,blog dewasa,blog budak2, blog jualan(ish tak tahan ni..byk benda kena beli ni..tinggal En. Fulus jer tak izinkan) tak kurang jugak blog yang suka kutuk-mengutuk..oh tak rela you!!.ah banyak lagi la blog2 yang macam-macam ada. Pendek kata memang rakyat Malaysia suka berblog kan!!

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan kenapa saya berblog? kenapa saya menulis N3. Jawapan saya tidaklah seringkas mana..saya perlukan tempat untuk meluahkan rasa gembira, rasa menyampah, rasa teruja, rasa geram atau rasa tertekan. Pendek kata saya perlu berkongsi dengan orang lain tentang perasaan saya!.Rentetan dari jawapan saya itu saya ditanya lagi soalan kedua..kenapa tak luahkan pada orang tersayang? pada mak? pada suami? atau tulis saja pada diary?
Saya jawab kalau luahkan pada suami..habis kalau saya tak puashati pada dia saya nak luahkan pada siapa? begitu jugak pada mak saya..tak semua benda saya harus lauhkan pada mak kan!. Abis tulis sajalah pada diary?..hey bukan ker tujuan saya berblog untuk meluahkan rasa hati saya..kalau saya berdiary hanya saya jer yang tahu..so sesi luahan itu hanya disitu dan yang stressnya sampai bila2 diri akkakk jugakk!!

Bagi saya ada faedahnya juga xtvt berblog ni..selain menghilang stress, boleh menambah kenalan..boleh shopping online, boleh berbalas comment kan!. Dalam berblog jugak kita boleh follow meng follow jika kita suka. Oh tiada paksaan ok. Saya pernah membaca satu blog yang mana ada N3 dari LANDLORD yang mengatakan dia dimarahi pengunjung blognya bila si anu tu follow blog dia tapi dia tak follow balik??..eh macam-macam ada kan!..emm dalam istilah follow memfollow pulak saya akan follow blog seseorang dari segi kriteria berikut:
1. N3 nya menarik-Tatabahasa yang bagus..
2. Respond landlord dgn pengunjung bagus
3. Interest sama dengan saya
4. Blog yang sempoi tp menarik
5. Blog yang kelakar, boleh buat saya senyum sendiri

Pun begitu ada juga yg saya follow sebab memang kawan.. so u follow I follow la. Tapi saya memang tak berapa suka nak baca jika N3 yang menggunakan bahasa budak-budak muda sekarang(saya kan dah kategori T.U.A)..suka sangat meringkaskan bahasa.. contoh BTG?..apa tu?? batang?? butang??..APA HAL jadi..PEHAL..eh tolonglah..kalau buat terjemahan blog memang haru ok. Sebolehnya gunalah bahasa yang easy to read, nice to hear..bukan ker BAHASA JIWA BANGSA??..tak kisahlah bahasa apa yang digunakan..Jerman ker, Portugese..tatabahasa yang betul perlu kan.

Oh!! anda pulak bagaimana??

4 comments:

m-i-o said...

sy?

sy tgh tunggu mana dia masakan en director tu? sy dh ready jadi juri iron chef ni ha :P

Sz said...

heehehe...kak, saya pun jenuh nak membaca blog budak2 (kebanyakan student sy lah tu) yg kdg2 short form langsung takleh sy relatekn dgn apa sebenarnya perkataan tu..adehhhh...kategori T.U.A jugak ke? yg penting2 sama2 dah amik 3-series ;)

Sally said...

MIO masakan yang fantastic@bombastic itu akan akak tayangkan tak lama lagi memandangkan ada beberapa ketul ikan yang baru diprocess segar dari Pulau Aur..oh harus akak snap senyap2 dik..silalah siap sediakan kepakaranmu untuk menilai..ihik!

Sz..
Oh bermakna betul awalan angka 3 ni yer..kita matang sebenarnya...(psst walaupun bersifat kebudak2 budakkan sikit)

Sayang.Ibu said...

owhhh ai like n3 nih sis sally... :)
agak lama x menjelajah blog kengkawan psl mak dah start bz balikkk.. huhuhuuu