NuffNANG

Friday, September 11, 2009

Masih panas!!

Sedar tak sedar dah 10 tahun kerja kat company E**D ni, seperti kata my old colleague Cik MIO. "Kilang Cap Ayam" boleh tahan jugak lah menjanakan pendapatan untuk saya walaupun nak dibandingkan dengan tempat lain mungkin saya akan dapat lebih baik @ pun tidak, apa pun rezeki saya disini, dari bujang, berkahwin dan mempunyai anak yang nan satu itu. Dengan berdikit-dikit dari gaji yang ciput ini jugaklah dapat saya beli sebuah kereta yang saya bayar sendiri dan rumah teres ini pun saya bayar sendiri. Alhamdullilah atas rezeki saya walaupun dalam bekerja disini ada jugak timbul ketidak puasan hati saya pada pengurusan syarikat. Bukan saya tak ingin lari dari sini, malah berkali-kali setiap masa, saat saya berdoa agar saya mempunyai rezeki yang lebih lumayan ditempat lain memandangkan memang susah untuk mendapat gaji yang begitu disini, kenaikkan pangkat apatah lagi, saya tak kisah pangkat asal gaji saya berganda-ganda, kan ker saya ni mata duitan pitisan $$$$. Saya tak mahu cerita tentang itu lagi. Tak guna kalau saya bercerita lebih-lebih pun bukannya gaji naik mendadak ya tak?

Hari ni saya nak cerita pasal cheque yang saya baru terima tadi, masih panas, fresh from oven .Appreciate token RM$$$.00, just because "Kilang Cap Ayam" ini menyambut ulang tahun yang ke 20 tahun ini. Jumlahnya oklah boleh la untuk menyambar sofa 3 seat jika mahu. Actually kalau tak silap saya 9/9/89 ianya ditubuhkan, so dah 20 tahun la, saya masih di SRK lagi time tu, masih sunti, dan 10 tahun kemudian saya bekerja disini sampailah sekarang . Hari ni jugak ada anniversary dinner merangkap bukak puasa…dan saya tak akan join sebabnya..caterer cina walaupun pengurusan mengatakan ianya halal. Setiap kali ada jamuan pun mereka selalu cari caterer cina. Saya menolak dengan mengatakan saya tak punya masa untuk berpatah balik ke opis sebab perlu berkejaran mengambil si anak yang bersekolah petang. Agak logik kan. Biarlah apa mereka nak kata jangan tolak gaji saya sudah. Tak rela you!!.

No comments: