NuffNANG

Wednesday, September 9, 2009

Tak Sabar tunggu Sabtu.

Walaupun amat sibuk kebelakangan ini, tapi tak sabar nak jamu adik beradik untuk berbuka puasa kat rumah Sabtu 12 hb ni. Saya dah sketchkan merangka apa yang nak dimasak hari Sabtu ni. Makanan yang biasa sahaja tapi bukanlah nasi kerabu. Dah budget berapa pot nak kena masak nasi, berapa ramai kehadirannya. Harap rancangan saya tak tergendala la hendaknya. Dari lauk pauk hinggalah desert. Harap-harap jugak tak ada yang menarik diri di saat akhir. Dari yang berumur 60an hinggalah yang baru mengenal dunia, semua dapat hadirlah kiranya. Tak lupa juga saya dah siapkan agenda-agenda tersembunyi sebelum ketibaan ahli keluarga saya. Kalau boleh biarlah saya yang siapkan semua. Harap juga En. D membantu saya walaupun tidak dari segi tenaga tapi setidak-tidaknya dia tak terkangkang tergolek terbaring depan TV hari tu. Saya memang pantang kalau saya penat dan lihat orang lain asyik baring sahaja. Nak baring tolong jangan tempat yang saya boleh nampak, harapnya juga si anak bonia saya tu tak berkepit sangat dengan saya pada hari itu. dan yang paling penting tidaklah kiranya mereka dua beranak tu melintang pukang kapal saya hari itu..ah..banyak betul harapan saya. Dalam pada itu jugak saya masih terpikir bila saya nak siapkan biskut raya yang orang tempah dan langsir baru saya tu??..emm kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Semalam pun masih ada yang menempah Chocolate Chip Cookies.. nak tolak kawan tu..kan ada yang kecik hati. Insyaalllah semua biskut akan saya siapkan awal minggu depan..tang langsir pulak rasanya tengok keadaan dulu..kalau sempat saya jahitlah..kalau tak pakailah yang ready made omak saya dermakan tu.

Saya cadang salah satu menu nak masak ini sebab masih ada satu ekor dalam 2kg belum dinodai lagi dalam fridge tu..

No comments: