Hampir saja mata saya terpejam sewaktu memandu ketempat kerja hari ini,mengantuk yang amat. Sampai saat ini pun terasa mahu menongkat saja kelopak mata ini dari tertutup. Letih silih bercampur gaul dengan perasaan keciwa semalam masih mengusai diri. Alkisahnya semalam selepas dijemput dari tempat kerja saya mencadangkan agar kami sekeluarga berbuka di Pizza Hu.T sahaja memandangkan selera saya terhadap nasi agak berkurangan akhir-akhir ini. Cadangan saya disambut baik oleh Si anak yang merupakan peminat tegar Spaghetti Bolognese di Pizza Hu.T itu. En Director hanya mengikut sahaja tanpa sebarang bantahan kerana 2 lawan satu. Kami cuma berbincang lokasi mana yang terbaik yang agak berhampiran kawasan tempat tinggal kami. Kota Damansara mungkin senang sikit bang..itu cadangan saya. Masih awal lagi tak kan nak tercangguk tunggu kat Pizza tu. Kita ke Sg. Buloh sahajalah..kat sana pun ada Pizza..boleh la kita shopping sekali…cadangan En. Director. Saya menurut sahaja lagipun bukan saya yang pandu kereta. Sampai di The Store..saya mengajak En. Director terus ke Pizza Hut tapi dgn kuasa vetonya dia mahu berlegar-legar dan membeli sehelai dua baju dulu. Saya mengikut sahaja ..takut pulak tetiba dia naik angin terus tak jadi pergi Pizza kan ker naya. Pun begitu saya tetap mengesa En. D (saya ringkaskan sahajalah)supaya segera kesana. Hampir jam 6.45 saya melangkah masuk ke Pizza hut. Wah semua tempat hampir penuh…bukan dengan orang tapi semua tertera perkataan RESERVE , saya jadi panic, segera saya mencari tempat kalau-kalau masih ada yang belum di reserve. Kami bernasib baik dapat jugak satu table untuk 3 orang. Duduk disitu dalam 3 minit mata saya melilau mencari pelayan untuk mengambil order, lantas saya kekaunter bertanya.
Cashier: Cik duduk dulu nnt ada pelayan dtg.
Saya: cepat sikit ya saya takut tak sempat.
Cashier: ya Cik sabar ya.
Saya berlalu, hampir sepuluh minit seorang minachi dating, itupun setelah saya melambai-lambai memanggil pelayan untuk mengambil order. Saya order secepat mungkin, tak mahu dia tertunggu-tunggu dan melambatkan lagi kerja dia. Order pun ringkas set ramadhan pizza, cabonara baked and kid set spaghetti Bolognese. Sebelum minachi itu berlalu saya sempat berpesan supaya bawakan air dulu sebab waktu dah semakin hampir. Bila azan air pun tak sampai lantas orang kat meja sebelah kasi air pepsi pada Si anak. Mulanya saya menolak tapi dia beria-ia menghulur dan demi si anak yang berpuasa saya menerima juga air yang dihulur itu. Masih ada yang simpati. Kami sabar menanti walaupun telinga saya tak tahan dengan sindiran halus dari En. D sambil mengunyah kuih Dorayaki, nasib baik ada kuih tu. 20 minit berlalu segelas air milo dan spaghetti pun tiba si anak gembira bukan main bila akhirnya dapat jugak dia makanan kegemaran dia. Si anak makan dengan rakusnya, sekejap sahaja sepinggan spaghetti licin. Tak tahan dengan sindiran-sindiran halus dari En. D saya sekali lagi ke kaunter, kami mengejar waktu sebenarnya sementelah solat maghrib belum ditunaikan. Saya mendapatkan pelayan tadi,
Saya: cik kalau belum disiapkan kami minta untuk take away sahajalah.
Minachi: sekejap ya kak, dia berlalu dengan muka yang sedikit cuak. Saya kembali ke meja semula. Minachi tadi datang kembali.
Minachi: akak order apa?,
Saya: hah..u asked me I order apa, please check your list. Hati saya mula panas.
Minachi: sorry kak I lupa punch for the other order, only spagethhi and cabonara jer.
I tak cakap apa lagi terus angkat my bag and asked En. D and Sara to go back.
Minachi: akak sekarang pun saya boleh punch untuk akak.
Saya: apa??? Sekarang baru nak punch so u nak suruh I tunggu berapa lama, 15 minit?, 20 minit, setengah jam lagi?, I'm fasting la, u janji nak hantar air dulu lepas 20 minit baru you hantar luckly people kat meja sebelah tu bagi air, kasihan anak saya, dia pun puasa.( I just cakap dengan nada paling perlahan sangat).
Orang lain yang order kemudian pun boleh dapat dulu.
Minachi tu memang gelabah sangat sampailah manager dia datang, minta maaf.
Manager: Kak you duduk dulu kita serve untuk akak.
Saya: tak pa lah I na balik, I just pay for what I get it ok.(lagi perlahan)
Saya menuju ke kaunter. En. D dan Sara membontoti saya. Si manager terus menekan mesin. Melayang jugak rm20 kat situ.
En. D tiba-tiba mampir ke depan
En. D: lain kali bila time berbuka, you kena make sure muslim dapat air dulu, tak dapat sediakan air yang di order pun ok, just give them plain water.
Ceh..En. D pun tunjuk bengang jugak. Si anak yang kenyang pun mengangguk2. Macam dia faham
Bila bayaran di buat:
Manager: maaf kak.
Saya: ambik balance, dan pandang tepat pada muka manager tu, then terus blah.
Sekian..
Moralnya jgn berbuka kat luar, nak makan pizza sangat, sila beli bungkus k. itu kata En. D
CikSally: kalau beli bungkus..tak ada feel makan pizza..kan !..kan!..
Lagu masa balik oleh Sara: Pizza hut oh pizza hut, Kentucky fried chicken pizza hut..(ada yang kena marah ni kan)..
1 comment:
uhuksss...bikin panasss je la diorg ni...dah la kita puasa, menahan gerammm je la kak ek...btol btol btol kurang feel beli tapau ni...mueheeee
Post a Comment