NuffNANG

Tuesday, March 30, 2010

antara keju dan belacan

yang mana lagi keras..bila dua-dua diletakkan kedalam fridge.

Hari minggu yang lalu si belacan telah mengajak si keju menemaninya ke kolam pancing dan si keju telah menolak dengan mengatakan:

Apakata kita buat aktiviti kemas rumah, mengantung ayat kursi dan memasang penyidai kain.

Si belacan senyap mengiakan tidak mengeleng pun tidak. Selepas mandi si belacan mengambil drill dan mengantungkan frame ayat tersebut. Si keju tersenyum puas, nampaknya si belacan akur kata-katanya..si keju meneruskan usaha mendobi pakaian sekolah dan kasut anaknya si cheddar.

Sekali lagi si keju tersenyum puas bila si belacan cuba memasang penyidai kain diluar rumah. Namun senyuman kepuasan si keju diringkaskan bertukar menjadi nyayian hiba bila si belacan memberi alasan :

maaf, si drill bermasalah dgn matanya, tiada yang bersesuaian.

..dan yang lebih menghibakan si keju bilamana si belacan mengatakan dia akan keluar ingin membontoti temannya Si Malaun ke kolam pancing.

Si keju cuba menghalang, jom kita bawa si cheddar jalan-jalan. Bolehlah kita menghabiskan masa yang terhad ini sekeluarga.

Apa yang si keju harapkan adalah kata-kata " ok..i follow u" dari mulut si belacan rupanya tidak sebaliknya si belacan mengatakan.

" saya tetap mahu ke kolam, bosan menghabiskan waktu dengan awak dan cheddar"..
sayu betul hati si keju, hancur luluh harapan.. ya.. si belacan telah berubah...dia bukan lagi si belacan yang dikenali si keju 10 tahun lalu.

Si keju menghantar pemergian si belacan dengan linangan airmata...dan si belacan tidak menoleh sedikit pun meninggalkan kepulan asap nipis berserta pintu pagar yang tidak dikunci.

"oh..kenapa ibuku menanggis"pertanyaan si cheddar mematikan kehibaan si keju.
"oh anakku..bersiaplah..kita akan cuba berjoli katak berdua,menghasbikan duit yang sedikit ini...sambil itu si keju cuba mencari idea bagaimana mahu mengajar si belacan yang bersikap degil, pentingkan diri sendiri dan banyak lagi...BERSAMBUNG.

4 comments:

mak encik | SZ said...

keju = sedap bila jadi cheesecake
belacan = sedap buat sambal tumis/belacan
cheddar = enak dimakan begitu sajaaaa
:)

Sally said...

hhehhe tapi kalau dicampur ketiga-tiganya mmg tah apa-apakan rasanya:p

m-i-o said...

hei belacan, maukah kau jika aku gantikan kau dengan budu? *nada marah*

hmmm. keju dan cheddar tak sesuwai pegi kolam pancing. tp klo pi pizza hut/secret recipe memang serasi :P

biarkan belacan itu. klo takde udang yg dapat kt kolam pancing, camne nk buat belacan kan? eh, kt kolam pancing ada udang ke :P

Sally said...

MIO..kalaulah keju diberi pilihan lagi sekali mungkin dia lebih suka budu dari belacan.

hah tempat gitu mmg fvrt keju dan cheddar tu..

ni jenis belacan penang ni..jenis ketegak(loghat utara)byk ni.