Saya telah kepeningan dan mahu termuntah-muntah rasanya.Ini kerana penangan cheese cake chocolate yang dihantar dek jiran sebelah semalam. Saya akui saya dan coklat bukanlah teman tapi mesra seperti coffee dan creamer. Saya benar-benar merana hari ini bila menghabiskan sepotong cheese cake chocolate.Tiada yang memaksa saya tapi dek rasa cheese yang lemak merdu tu saya ingin mencuba jugak. Saya memang ingin sangat bercinta dengan chocolate tapi malangnya saya tetap kecewa.
Setiap kali cuba bermesra dengan chocolate, saya tumbang, saya hanya mampu memakai pakaian yang berwarna coklat dan memasak biskut dan kek chocolate sajalah adanya. Bahkan menelan seteguk milo panas pun mampu membuatkan saya kepeningan dari pagi hingga ke petang,,, aghrrrhhh!!!! Saya benar-benar sedang merana.
No comments:
Post a Comment