NuffNANG

Thursday, March 25, 2010

harus apa yang perlu saya buat?

Semalam sewaktu makan malam dengan sianak dara. Saya cuba mengorek apa yang berlaku siang harinya sewaktu disekolah. Ikuti perbualan berikut..


Saya: meh la sini kakak, cerita le apa yang berlaku kat kakak hari ni.


Sambil tu kami dua beranak sibuk menyuap nasi ambang yang ditambah perisa budu.. sedap I tell you.


Anak dara: ada orang kata nak cium Sara..cuba omi teka..siapa..lelaki ker pompuan.


Suapan saya terhenti, terlintas di fikiran tentang satu N3 Cik MIO

Saya: err kawan Sara..pompuan kot

Sara: emm...omi salah..yang sebenarnya lelaki. Ada ke patut dia cakap nak cium Sara. Sara pun tak tahu kenapa dia suka sangat kat Sara.


Saya: siapa..cakap ngan dia...tak baik cium-cium..Sara ngan dia haram cium.


 


 

(terdetik jugak patutker saya menggunakan pendekatan era 80 an dulu..mcm cik mio cakap.. kalau cium atau tidur sebelah lelaki boleh mengandung..ish segan pulak untuk saya mengatakan demikian, nanti Si Sara akan mengelaurkan soalan-soalan cepuemas yang lain yang boleh menyebabkan saya mati kutu untuk menjawabnya. Almaklum peranan telekomunikasi sekarang ni memang melampaui keterbatasan normal. Budak sekarang pun dah tak heran kalau tengok adengan bercium. Tiba jer hari valentine semua iklan tv sibuk dok paparkan adengan bercumbu.


 


 

Sara: Sara bagitahu omi siapa nama budak tu tapi omi jangan bagitahu sesiapa ya.. tak boleh kasi tahu mama, abah atau mak Balqis tau.

Saya: ok..omi tak bagitahu sesiapa..now tell omi siapa nama budak tu..satu sekolah agama dengan Sara ker?


 


 

Sara: ala nama dia Ambro (spelling yang betul saya tak pasti..ini yang saya dengar dari mulut Sara k).


 


 

Saya: siapa tu?


 


Sara: emm omi tak ingat ker..dia la yang bagi Sara cincin dan gelang tangan hari tu.


 



Saya mengangguk-nganguk....harus apa patut saya buat?. Budak sekarang makin advance sangat la.


 

7 comments:

NuR Pu3 said...

O_o
hai kak, awal2 da dpt menntu??

Sally said...

ni bukan anak menantu..ni anak hantu..apalah kecik-kecik dah minta nak cium anak dara org..siap ler budak tu ptg karang..mau kasi warning sikit:p

m-i-o said...

klo sy - sy pegi carik mak bapak si ambro tu.

"bapoknyo ambro, ni mek nak kecek sikik neh. hantare seghebi satu deh. hok atah sapa bawoh emah belako. tok sey hok zhu lie"

eh, ada hati skipping klate sy ni :P kahkahkah!

Sally said...

MIO kih kih..hang memang lorat..sampai akak terpaksa baca twice tau mau kasi faham..

apa dia ingat skrg dia boleh bagi cincin mainan tu dah kira booking..oh tidak...err kalau dia bawak intan berlian pun akak tak terima kot..sebab Sara cakap tak handsome..:p

m-i-o said...

tu diaaaaa. orang selangor cakap kelantan sampai orang kelantan pun tak paham. kahkahkah!

kak, hensem itu tak cukup. emas juga dipandang orang :P

muka kacak macam tom cruise sekalipun, tp idup susah macam jejaka lombok - huiii - lari balik malaysia lagi bagus :P

mama | sarah | syimir said...

hehehee...risau juga tu kak...
si sara tu comei sgt smpi daah ada yg booking awal2..

Sally said...

MIO..tak hensem satu hal..tak berharta hal utama..sememangnya mak tak pilih..err tapi sianak dara cakap budak ni rajin sembahyang la pulak..

tapi kalu muko style jejaka lombok tak accept tau!..

Suzy..
tu masalah budak sekarang..kecik2 pun dah tahu suka kat org..bukan comel pun comot adalah.
Tak nak dpt menantu awal ler..tak rock.!!kih2