NuffNANG

Monday, March 15, 2010

Berbaloi-baloi

Nampaknya cantuman nescafe dan krimer seberapa pekat pun tak dapat menyegarkan mata saya hari ni. Badan masih terasa sengal-sengal dek bersukaneka. Setelah berpuloh tahun tidak menyertai sebarang aktiviti sukan..(heheh...tetiba rasa diri cam atlet pulak)semalam saya turun padang mengalahkan ratu sukan besukaneka. Letih tak dapat dibayangkan...tapi rasa seronok mungkin sebab dapat menjerit sekuat hati. Cheerup gila-gila,sampai hari ini saya telah merampas kedudukkan Ella sebagai ratu serak-serak basah.

Berhempas pulas kaum-kaum ibu pasukan saya memandangkan kaum bapa agak lemah staminanya..psst!!! apa ni setiap game yang kaum bapa masuk sure nombor corot jer. Mau tak mau dengan berbekal-bekalkan sandwich dan kuih-muih jer kami mak-mak budak ni pun terpaksa kuatkan semangat untuk merampas kududukkan dari yang terakhir kepada naib..

Dari niat tak mahu menyertai mana-mana acara dan mahu menjadi penonton kerana menjaga cik mek awatif saya ligat kesana-kesini pulak. Biasanya kalau ada apa-apa aktiviti sayalah orang yang sibuk pegang camera sana-sini tapi semalam saya memang rasa sangat bebas..dan habis acara sukan saya diserang dek mengantuk dan letih sehinggalah hari ni..tapi berbaloi-baloi jugaklah sebab pasukan dapat mengondol beberapa kategori pertandingan..

1 comment:

Rohaiza said...

amboi...dapt piala pusingan tak?