NuffNANG

Friday, March 12, 2010

Good Taglines

Rata-rata masyarakat kita sekarang bertagline. Apa yang dikatakan dengan tagline?. Aduh berat kepala mahu memikirkan apa tagline yang bersesuaian agar-agar boleh diingati sepanjang zaman. Jika dulu tagline hanya dipelopori oleh jenis-jenis barangan sahaja. Contoh terdekat yang dapat diambil ialah jenama kereta HONDA..taglinenya ialah The Power of Dream dan yang sering kita dengar akhir-akhir ini ialah CELCOM..berbaloi-baloi. Kekuatan tagline mampu meningkatkan strategy pemasaran.

Melalui tagline jugaklah ianya dapat mengambarkan kenikmatan/keghairahan tentang sesuatu. Ada yang menggunakan tagline untuk menyatakan tentang kehebatan diri..contohnya Mawi..secara tak sengaja dia telah menggunakan perkataan WORLD. Merujuk kamus, WORLD bermaksud DUNIA. Eh apa kaitannya dunia dengan Mawi. Namun secara tak langsung masyarakat memahami bahawa WORLD yang dimaksudkan adalah masyhur serata dunia, dan bukan setakat itu jugak WORLD mungkin jugak bermaksud penaklukan , glamour, terkenal dan macam-macam lagilah tafsiran yang dibuat logik akal. Tapi banyak jugak tagline yang mengelikan hati dek artis-artis AF mahupun artis-artis lama.Siapa yang memulakan dulu perihal tagline ni malas saya nak godek. Kenalah korang selongkar sendiri. Stacy AF misalnya tagline dia.."terlebih sudah".. apa yang terlebih saya pun tak pasti..lebih dek suara yang lantang atau terlebih gigi taringnya saya tak tahu. Mungkin peminat-peminat beliau ada pemahaman sendiri la kot. Tagline yang gedik pula saya bagi kepada kakak Cik Siti kita..(oppss saya terlupa apa namanya) tapi tagline dia yang saya ingat.."ok la tu"..sila sebut sambil gerakkan bahu dan tangan...hehe. Yang terbaru pastilah dari Program Raja lawak tu.."pon....pon"...oleh Abang Kassim dan .."Asssal dari kampung" dari kumpulan kechik sepatutnya kumpulan ni diberi gelaran PENDEK2 TAGAP . ishh ke situ pulak..i'm sorrry...hhehe.

Apa pun jua pilihla tagline yang sepatutnya agar bersusaian dengan sahsiah diri, barangan mahupun servis yang ditawarkan. Jangan sampai ada yang mendouble meaningkan atgline kita tu kepada hal-hal yang tak sepatutnya. Bagi saya tagline tak ubah seperti label, cogankata, slogan, moto dan apa sahaja yang mempunyai maksud yang sama..pendek kata .."macam-macam ada".. emm..apa pulak tagline anda?

2 comments:

IntanSham said...

salam singgah tuan punye blog...:D
taglines??? owhhhh... tagline saya apa ye? x ada tagline kot, yg slalu disebut, ikut taglines2 yg dah famous nihh.. :P

Sally said...

Sayang.Ibu,
Salam kembali..err akak pun tengah mancari tagline ni..mana tau jadi artis lak lepas ni..eceh..:p