NuffNANG

Wednesday, March 31, 2010

keraskah keju?

..ya keju akan mengeras jika diletak dibahagian sejuk beku. Si keju mengambil tindakan nekad..untuk memulakan perang dingin dengan si belacan. Kebetulan si belacan dikehendaki bertugas diruang waktu dimana semua orang akan nyenyak tidur. Si keju lagaknya seperti tekad mahu meneruskan niat nurani..(err nurani ker???..sila abaikan).

Sebelum berjoli katak bersama anaknya si cheddar..si keju terlebih dahulu manghantar sms kepada si belacan.
sms si keju: saya ingin minta izin bertemu dengan rakan lama..untuk berjoli katak dan menyidai ditepian tasik.

si keju tersenyum sumbing, harapan agar si belacan membalas sms tersebut dengan ayat begini:
dengan siapa awak nak keluar..kalau dengan lelaki jangan harap.
dan sikeju sudah merancang ayat-ayat power agar si belacan merasa sedikit tergugat.
10 minit menanti..15 minit menanti..si keju sedikit mengalah. nombor si belacan di dial laju..
si keju: hello..awak dah baca sms saya?
si belacan: tak ada. ok...beeeepppppppp...letak..
nada dering sms berbunyi,cepat-cepat sikeju melihat sms tersebut:
nak jumpa kawan...pergilah..

grrrrrrrrrr...BERSAMBUNG

No comments: