NuffNANG

Thursday, May 27, 2010

Penang

Rasanya tak cukup 2 hari untuk ronda-ronda sekitar Pulau Mutiara ni..2 hari?? nak makan capati ngan tandori pun tak sempat..yang sempat makan hanyalah pasembor (mahal jugak)., kerang bakar..saya rasa perut pun dah nak pecah sebab asyik makan aja. Saya cadang nak makan laksa la, nasi daun pisang la..yang dpt hanyalah nasi kandar tu pun..beria tnya org mana nak dapat yang best punya.. bila time makan nasi kandar ecik suami cakap..ala biasa jer rasanya..sy rasa lagi sedap kat area rumah lama kita nun. Pedulikan encik suami memang jenis lidah lain macam. Bagi saya nasi kandar kat sini memang sedap.. harga pun tak mahal..

Malam kat sana cadang nak rewang-rewang lagi sampai midnight..tapi sianak dara nak balik hotel. dia cakap.dah lama Sarah tak pergi hotel..Sarah nak duduk kat hotel puas-puas.. so layan jer la sementelah badan dan mata pun dah tak larat sangat nak berdangdut sampai pagi...so layan jer la gambar2 yg ada ni ya.. ..gambar ni dari dalam kereta jer..saya cadang kat en suami..buat emergency sat..tp cadangan ditolak..sebab dia kata nnt kena saman..awak bayar...
..kat area sini kami singgah makan tengahari masa memula sampai..anak dara yang tak sabar nak ke hotel tak mahu makan..takut lambat pergi hotel.. area ni tak jauh dari hotel..atas sikit dari Eastin Hotel..org kata kat sini malam sangat cantik..boleh nampak light dari bridge.
..Gambar ni dari tepian Padang kota Lama...suka tengok langit tu....Oh mood bergambar untuk orgnya belum ada..so layan landscape view jer la dulu ya!

5 comments:

mak encik | SZ said...

hhahahaa..anak daara ni kaco dun la..ke dia tak sbar2 nak terjun swimming pool kak?

Sally said...

hah.itulah agenda tersembunyi dia tu..nak la swimming pool tu leh nampak dari tingkap hotel tu..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

Sy teruja nak tengok gambo2 lain yg akak amik.. mana dia sis?? ;)

Sally said...

Yuyun..(boleh panggil gelaran ni tak?)..gambar lain tu adalah tapi tak banyak sangat...kesuntukkan masa untuk meneroka Penang ni..mungkin next time akak upload ya!..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

boleh je..:) ok ;)