NuffNANG

Thursday, November 11, 2010

KUKUKU

Sinar FM pagi ni dah buat saya mual..mula-mula saya gelak bila seorang pemanggil menyatakan dia mempunyai tabiat yang pelik iaitu mengigit kuku jarinya. Si KE pun menokok tambah dengan mengatakan sedap sangat la tu gigit kuku jari yang kat celah2 kuku tu masih bersisa sambal belacan la sayur lemak la..yummy kata KE..hampes betul si KE..tiba-tiba kepala dok bayangkan camtu rasa nak termuntah.

Saya cukup heran bila ada orang mempunyai tabiat begini. Habis kontot kuku jari digigit. Suatu ketika dulu adik saya jugak mempunyai tabiat begini, senyap-senyap dia gigit kukunya sampai kontot dan boleh nampak isi. Serius sangat ngilu bagi saya. Mak cukup marah dengan tabiat adik. Akhirnya kami sepakat menulis pengakuan sumpah dikertas andainya dia gigit lagi kukunya…dia ..(oh saya sudah lupa apa perjanjian yang dimenterai waktu itu)…tapi alhamdulilllah..dia berhenti dari mengigit kukunya. Tapi saya tak pasti jika dia masih mempunyai tabiat begini dibelakang tabir..ehehe…yer la dah tua-tua nak gigit depan orang malu mana tau buat kerja balik tabir pulak!...hehe.

Ada seorang kawan saya juga begitu dulu ..memang lah jarinya nampak bersih kuku..pendek..tapi ya ampun..tabiat begini memang mengelikan. Itu pasal yang suka mengigit kuku…yang suka simpan kuku jugak saya rasa amat jelik…jari runcing dan kuku yang dipotong kemas memang cantik tapi janganlah terlalu panjang. Tak rimas ker?..saya akui memang saya sendiri tidak memotong kuku terlalu rapat dengan isi..ngilu…beb. Tapi saya amat rimas bila kuku saya panjangnya lebih 0.02 cm dr jari saya. Rasa berat semacam dan saya rasa sangat-sangat kotor jer kuku saya…apatah lagi kalau orang yang menyimpan 1cm atau 1.5 cm dari kuku asas tu..oh sudah mengalahkan cat woman gayanya!

Yang suka menyimpan kuku panjang tidak hanya bagi segelintir wanita, ada jugak lelaki yang suka menyimpan kuku..tapi kebiasaanya hanya pada satu jari samaada jari kelingking ataupun ibujari. Ada yang menyimpan kuku sampai betuk kuku tidak lagi lurus tapi sudah twist jadinya.. yerk!!..alasan nak membuat perlombongan bijih adalah tidak relevan sama sekali…ishh!!

5 comments:

sz | m.s.s said...

ihikss...
ada kawan saya pun gitu tabiatnya kak...tp dia tak gigit kuku, dia dok kerjakan kukunya ngan jari smpi kontot... (err tak tau nak describe camne)

TopsyTurvyMum said...

mak paling nyampah lelaki simpan kuku kelingking sampai bengkok tu...hensem macam mana pun...eiiii..idak la pada mak ni..
tapi biasa lelaki yg simpan kuku ni mesti pakai gelang ngan rantai besi..hehehe

Sally said...

Sz..
tau..tau..dah boleh imagine dah..dgn jari gak kira oklah..ni jenis yg gigit ni yg x tahan..

TTM,
hhah..mak pun mmg x suka lelaki yang jenis pakai besi2 ni..apa dia ingat boleh jadi iron man ker..hahha

Anonymous said...

ada bt perjanjian ngn mak ke dulu?he3..lupa plak apa kebenda..

Rohaiza said...

rasanya aadik kita dulu tu ayah siap cakap ngan cikgu dia supaya sound kat dia jgn gigit kuku...tu yg dia berenti tu, malu ngan cikgu dan kawan2. rasanya pengakuan bersumpah tu tak berkesan sgt....