NuffNANG

Wednesday, December 31, 2008

Dapur ku yang terbakar

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahuhuhuh..sedih aku bilamana teringat kes semalam, it's happend to fast.. time tu aku sebok dok sidai baju yang aku dobi for the second time, majoriti baju Sara, paling bosan bila nak menyindai abju yang kecik-kecik ni, makan masa, siap sidai aku masuk rumah..tahu apa berlaku masuk aja rumah asap telah memenuhi ruang tamu
" Abg..asap apa ni" cepat aku berlari ke dapur,
" Ya Allah" jerit aku..Bf aku bergegas kedapur jugak.
Api menjulang agak tinggi, tanpa menghiraukan keselamatan diri aku terjah menutup punca gas. Namun api marak menyala didalam periuk yang minyaknya hampir kering. Bf aku berdesup dengan keadaan yang agak panik, mencapai tuala dan basahkan terus mencampakkan atas periuk yang mana apinya sedang marak. Sementara tu aku memberanikan diri lagi sekali mencapai besen yang berhampiran sebelum ianya disambar api yang mengila.
Sara menjerit ketakutan menambahkan lagi kekecohan gelodak hati kami. Api semacam tak mahu padam, Bf aku cuba menarik gebar yang basah tu,
"Splash" kain jatuh kebawah dan api pun terpadam, namun yang tak bestnya tangan bf aku yang baru nak baik dari jatuh moto 2 weeks ago kena lak minyak panas yang bercampur air dari gebar tu.Kasihan dia melecur lak sebelah tangan dia.
Quickly dia pergi rendam ngan ais batu..huhuh sedihnya tgk dapur aku. Baru beberapa bulan aku guna dapur tu..cadang nak ambik gambar tapi aku tak sampai hati nak tengok keadaan dapur cmtu..cepat-cepat aku bersihkan semua jelaga..tak nak tengok ..kalo tengok buat aku sedihnya.
Walau apa pun aku bersyukur kitchen cabinet aku tak hangus dan hancur..walaupun ada jugak sikit-sikit terkena pecrcikkan api.huhuh.
Nak tahu puncanya??? ini kes cuai..tanya la kat bf aku silap siapa, kenapa aku rasa geram, kenapa dia yang perlu ganti dapur tu balik..huhuhuh malas la mka cerita lagi..

No comments: