NuffNANG

Thursday, March 18, 2010

Apa guna hidup bersama..

Jika sudah tidak serasi. Kita bukan lagi pasangan sejoli.Sedih sungguh untuk saya akui bahawa hidup kami dah tak serasi lagi..dah tak seperti dulu lagi. Jika dulu ketika mata diserang dek mengantuk dialah pengubatnya. Jika ingin berjaga malam dialah yang saya cari, tika tiada apa bekal yang saya bawa dialah pelapis perut saya sehingga jam 12.30 tengahari. Namun sekarang saya merasa jauh ditinggalkan. Terasa diri sendirian. Seteguk dua teguk langsung tak menjadi, habis satu mug pun saya masih lemah dan tak bertenaga. Masih mengantuk. Dia bukan lagi "one now one Nescafe" nampaknya saya terpaksa mencari pasangan yang lain yang mampu menyegarkan mata saya sepanjang hari. Maaf encik Nescafe, awak tak mampu lagi menjadi penawar rasa mengantuk saya saat ini. Mungkin kah saya akan beralih arah kepada cik kacip Fatimah coffee pulak nanti.

4 comments:

Umie said...

hak3... lawOk3... mai pekena kOpi kaw meh! =P

m-i-o said...

kak, sekali sekala memang jadi macam tu. sy pun sama.

pastu tukar 3-in-1 old town white coffee pulak. dah bantai 3-4 hari, kembali semula kpd nescafe.

hahaha :P

Sally said...

Anis..err kopi o kopi susu..selalu konpius eh..hehe

MIO..3in1 old town tu ok ker..nampaknya terpaksa bercerai seketika dengan En. Nescafe la ni..lepas edah nnt rujuk la balik..ekeke:p

ns said...

super power sedap juga ;p