NuffNANG

Wednesday, December 29, 2010

Antara Buah Piah dan Avocado

bagi saya yang pernah melihat luaran jer avocado ni dan jugak melihat gambar-gambar macam tak banyak bezanya dengan buah piah?.Tak kenal buah piah?..ya sapa yang nak kenal buah yang isinya liat kalau dimakan memang melekat digigi. Emm itulah agaknya istimewanya buah piah ni, sebab memori tu la saya tiba-tiba digamit ingatan akan buah tersebut. Namanya saya seakan-akan ingat2 lupa lantas saya menelefon bonda saya untuk mengesahkannya. Tekaan saya tepat..cuma pertanyaan bonda saya tadi jer buat saya tersengih sorang-sorang.
"kenapa tiba-tiba tanya buah tu?, jangan nak mengidam buah yang susah dah nak jumpa tu, kalau ada pun pokoknya dah tak berbuah lagi..jangan".keras jugak bunyinya.

Puas jugak saya google gambar buah piah ni tadi akhirnya dapat jugak walaupun gambar tidaklah jelas sangat untuk saya compare dengan buah avocado tu. Bagi sapa yang tak kenal buah tu boleh tgk disini..

Beza buah piah dengan avocado?.. saya nampak buah avocado ni kulitnya pun macam buah piah jugak tapi lebih lembut. Buah piah kecil sahaja,saiznya lebih kurang telur ayam kampung sahaja manakala avocado adalah lebih besar. Yang sama mungkin pada isinya yang liat (saya tak tahu nak guna atau umpamakan sebagai apa). Ramai rasanya yang tak kenal akan buah ni, maklumlah buah hutan kalau nak compare dengan avocado tu memang jauh sangat. Buah piah ni hanya boleh dimakan begitu sahaja. Avocado pulak banyak gunanya..buah salad pun ada, minyak pun ada. Pokok buah avocado ni saya tak kenal macamana tapi saya ingat lagi akan pokok buah piah yang tinggi di kebun arwah nenek saudara saya...cuma tak pasti masih ada tak lagi pokok tersebut disitu ataupun sudah ditebang, malum pokok lama yang pastinya lebih dari usia saya mahupun usia mak saya barangkali.

6 comments:

Lady Lavender said...

first time dgr & tengok rupa buah piah ni :-)

sz | m.s.s said...

ahahaa..
akak ingat tak iklan monyet & cili/lada merah ...
monyet: aku nak itu..aku nak itu...
sang kancil: jangan monyet..jangannn..

TopsyTurvyMum said...

1st time gak tgk buah piah ni..
avocado mak takleh telan camtu jer..
sapu roti ngan kat sushi boleh la telannn..

Sally said...

LL,
rasanya mmg tak ramai yg kenal sebab ni kategori buah hutan..

Sz,
monyet: aku tak peduli aku nak jugak!!..hhahdegil punye monyet dah tak pasal2 berapi telinga hhehe..ingat sgt fasal iklan terbitan FNM tu..

TTM,
sapu kat roti lepas buah tu dilenyek2 la ya..agak2 buah piah ni boleh tak buat gitu.hhhe..

zue said...

saya prnh mkn dua2 buah ni..dulu2 ms selalu ikut nenek msk dusun...lain rsnya buah piah dan kado..piah kelat2, makan gitu je, kado tu..br tghari tadi makan..potong kecik2, tmbh susu manis skt..pergggh sedap betul..lbh2 lg kalau disejukkan....

Anonymous said...

saya dah lama ingin mencari buah ni..dah lama teringat buah ni.. pernah makan masa sekolah rendah dulu.. beli ngan harga 20 sen sebiji.. nak makan kena ketuk dulu biar sampai lembut kulit nya..skrg x pernah jumpa lagi.. entah ada entahkan tidak ...