NuffNANG

Wednesday, December 1, 2010

Sale!...Sale..!!

jual murah..jual murah..lelong2. Hari ni saya buat pengumuman tak berbayar. Hujung tahun dah tiba...ada jualan murah untuk jenama Pensonic..diulangi..PENSONIC..bukan Panasonic so sendiri tahulah quality barangan tu bagaimana.

Oh kenapa saya beria-ia promo ni?? oleh kerana Pensonic merupakan jiran terdekat dengan company tempat saya kerja..rasanya tak kisahlah untuk promo kan lebih kurang. Bagi saya barangan Pensonic ni tak kurang hebatnya jugak...setakat ni banyak jugak barang electrik kat rumah saya dari brand ni...so far?..ok dah 3 tahun guna tak ada masalah pun. Biasanya memang saya tunggu jualan akhir tahun ni..nak2 pula kalau ramai sedara mara yang kawen..berbaloi la jugak nak belikan mereka hadiah-hadiah kawen ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni biasanya discount sehingga 70% tau. Tahun ni saya tak sempat usha lagi..

Sempat tengok kain rentang pun pagi tadi jer. Jualan gudang ni bermula pada 3 hingga 5 December 2010. 3 hari saja. Kalau siapa yang baru pindah rumah silalah mengusha untuk membeli kipas..heater, aircond washing machine dan macam-macam barang electrik lagilah..cerita banyak-banyak pun bukan ada komisen pun kan!..hehe..opss lupa nak bagitahu..locationnya dekat jalan 223..landmarknya dekat dengan Amway HQ tu..Naza World dan jugak Nutremetics.

2 comments:

makcikkantin said...

berapa banyak sally borong pensonic? beli masa sale mmg lah berbaloi kan?

Sally said...

Mck,
kali ni tak borong,just tolong belikan untuk kawan-kawan dan jiran jer..tunggu sale tahun depan pulak..compare dengan harga kat kedai memang sangat berbaloi..adalh beza dalam 40-50 jugak