NuffNANG

Sunday, January 4, 2009

Sekolah Oh Sekolah

Sesi persekolahan bakal bermula esok. Bagi aku segalanya akan berubah..esok Sara akan mula bersekolah..emm cepatnya masa berlalu..sudah 7 tahun rupanya anak dara aku sorang tu. Berat rasanya nak aku biarkan dia menguruskan diri sendiri. Lain dengan zaman kanak-kanak aku dulu..seingat aku dulu emak akan temankan aku sepanjang hari pertama kesekolah, rasa hebat jugak time tu sebab aku tak menangis walaupun itulah 1st time aku campur budak-budak lain yang langsung aku tak kenal, almaklum kami tak pernah di hantar ke tadika dan tak pernah kenal apa itu tadika...tak seorang pun antara adik-beradik kami yang belajar di tadika. Sekolah yang pertama bagi kami adalah sekolah rendah..huhu I miss my old school SEKOLAH RENDAH SULTAN IBRAHIM SATU(1) berlocated di Pasir Mas. Ok itu zaman aku, zaman 26 tahun yang lalu, sekarang aku dah punya anak yang bakal bersekolah esok hari. Mulai esok aku kena bangun awal.. lebih awal dari biasa.. dapat tak aku melakukannya??? itu cabaran bagu aku. Aku perlu sediakan segala kelengkapan Sara kesekolah, actually aku agak terkilan gak sebab Sekolah yang Sara akan bersekolah esok adalah sesi petang, huhuh ..susah bagi aku kerana Sara agak kecil berbanding kanak-kanak sebaya dia.genetik aku la tu..pepohonan renek la katakan..so bila dia kecil aku risau untuk dia bilamana dia nak membeli makanan di kantin dan sebagainya. Alangkah baiknya kalo dia sekolah pagi dapat la aku sediakan makanan untuk dia makan waktu rehat, tak perlu la dia beratur panjang dan berebut untuk membeli makanan pada waktu rehat, sah-sah aku akan sediakan fresh food for her, petang???..emm nampaknya cuma makanan yang bergoreng seperti nuget, sandwich, karipap ..tah la ..kena find makanan yang boleh aku masak waktu pagi dan Sarah boleh makan waktu rehat dan lambat basi.waktu rehat dia kul 3 kot?.sian dia..mungkin ada yang boleh bagi panduan pada aku untuk menghadapi hari esok??? Ok aku nak kena tido dulu ,good night now as I have to asked Sara to sleep early. also .esok dia kena wake up early..esok cerita lagi..

4 comments:

Rohaiza said...

emi dulu pun macam tu gak...rasa macam "tak harap" je nak lepaskan dia kat sekolah tu...dia dah la kecik, lembik lak tu...takut kena buli ngan budak lain..tapi nak tak nak kita kena terima hakikat yg anak2 kita dah besar dan sampai masanya kita perlu lepaskan mereka untuk berdikari. Any way...GOOD LUCK FOR SARA....mama mahu Sara selalu dapat no 1 tau...

Anonymous said...

ingat juga ku masa kecik2 dulu.. mak bagi seposen je utk kesekolah.. aku boleh simpan lg.. naik darjah 3 dapat tambahan seposen lg.. dapat le simpan seposen .. beli bihun seposen.. beli kalam 2B seposen jugak.. but now.. how much those kids get everyday.. how much they spend.. grrr.. adik2 ku sekelian.. ku ada celita bgaimana ku idup kat MARA KB dan USMKCP.. bgaimana nak beli bahan2 utk projek tahun akhir dgn duit x de.. next time

Anonymous said...

19 HADIS RASULULLAH S.A.W. MENGENAI WANITA..

1.) Doa wanita lebih makbul dr lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dr lelaki. Ketika ditanya kpd baginda Rasulullah s.a.w. akan hal itu, baginda menjawab.. "Ibu lebih penyayang dr bapa dan doa orang penyayang tidak sia-sia"

2.) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka malaikat beristighfar utknya. Allah mencatat 1000 kebajikan dan menghapus 1000 kejahatan darinya..

Sally said...

Ya betul tu.. I have to let her to be standalone..no more following me from behindor beside, she's a big girl already...namun x dapat elakkan rasa risau tu..emm zaman sudah jauh berbeza.. masa kita dulu 10 ker 20 sen ker mmg cukup tapi sekarang 20 sen hanya boleh dapat seketul keropok lekor..30 sen nuget. itu lah bezanya peredaran masa setelah 25-30 tahun ni camtu jugak la usia kita..kalo kita still nak kekalkan keadaan masa tu rasanya umur kita jugak perlu dikekalkan supaya seiring.hehhe